INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Jumaat, 5 Jun 2009

ASTHMA




Petang tadi saya telah merawat seorang wanita yang menghidap asma semenjak sebelum berumahtangga lagi. Kini beliau berusia awal 30an dan memiliki 5 orang anak. Dua daripada anaknya juga baru menghidap asma.

Saya mengatakan kepada ibu muda tadi bahawa asma adalah sejenis penyakit pengecutan saluran pernafasan akibat radang saluran tersebut. Paru-paru juga akan mengecut disebabkan saluran pernafasan terlalu hyperaktif dan sensitif terhadap perubahan alam sekeliling serta bahan alergi.

Ketika saya memeriksa pesakit asma tadi, beliau bertanyakan kepada saya punca seseorang itu dihidapi asma. Dalam jawapannya saya mengatakan bahawa kebanyakan asma berpunca daripada keturunan (genetik). Jika salah seoarangg ibubapa menghidap asma, anak mereka juga berkemungkinan akan menghidap asma kerana mereka sekeluarga mempunyai DNA yang sama. Oleh itu, tujuan Perubatan Holistik mengambil specimen DNA pesakit ialah bertujuan supaya alatan elektronik yang dikenali sebagai OPAM Mechine dapat mengkodkan DNA pesakit dan seterusnya menjadikannya penawar secara automatik lalu ditransferkan ke dalam ubat untuk dimakan tiga kali sehari, sehingga kerosakan DNA pesakit tadi benar-benar pulih secara semulajadi.

Antara faktor lain ialah keadaan alam sekeliling seperti udara yang terlalu sejuk atau udara yang terlalu panas, abuk, asap, jangkitan saluran pernafasan, tekanan emosi dan fizikal.

Jika kita kerap mengamalkan ubat-ubat yang mengandungi dadah dan steroid, ianya boleh menyebabkan saraf paru-paru menjadi lemah sehingga berlakunya asma dan jika tidak dirawat, ia akan bertambah teruk menjadi paru-paru berair.

Manakala tanda dan simptom mereka yang menghidap asma pula ialah sering batuk terutama di waktu pagi dan malam, nafas berbunyi serta rasa sesak nafas ketika berjalan atau melakukan sesuatu pekerjaan.

Jika penyakit asma dibiarkan dan menjadi kronik boleh menyebabkan paru-paru menjadi kembang sehingga mengakibatkan bocor selaput paru-paru (pneumothorax). Manakala bagi wanita hamil pula akan mengalami kesukaran semasa kelahiran.

Setiap kali selesai memproses ubat, saya akan memastikan pesakit saya mendapat maklumat tentang cara makan ubat. Biasanya, saya akan memastikan pesakit saya makan ubat di depan saya. Ini bertujuan supaya ubat yang dimakan mengikut peraturan sebenar iaitu meminum segelas air dahulu kemudian ubat hendaklah dikemam dan bukan ditelan seperti ubat di klinik lain. Kaedah ini sama seperti kita makan ubat Homeopathy.

Tujuan ubat dikemam ialah supaya kelenjar air liur kita dapat mengambil penawar elektromagnetik yang diperlukan supaya sampai ke Central Nerve System. Kemudian tugas CNS pula ialah memancarkan penawar elektromagnetik tadi ke tempat organ yang bermasalah sehingga segala ketidakseimbangan organ tubuh dapat diperbaiki.

Ibu muda yang menghidap asma tadi mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana penerangan saya yang begitu jelas. sebelum pulang, saya memberikannya sehelai kertas panduan makan ubat sebagaimana yang tertera di dalam blog saya.

Untuk rawatan online sila klik di sini