INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Selasa, 26 Mei 2009

RHEUMATISM


Di sebelah petang, salah seorang pesakit saya mengadu mengalami sakit tumit yang amat sangat. Beliau adalah seorang wanita yang berusia 45 tahun dan berkerja sebagai penjual makanan. Sakitnya sudah berpanjangan semenjak setahun yang lalu. Pelbagai usaha dan beberapa klinik sudah beliau pergi, namun doktor hanya memberi ubat tahan sakit sahaja.

Setiap kali pesakit saya datang ke klinik saya, pertama sekali beliau perlu mengisi borang pendaftaran dengan lengkap, kerana dengan maklumat peribadi tersebut saya boleh mengenal pasti punca sesuatu penyakit yang dihidapi.

Antara soalan pertama yang saya ajukan ialah bagaimana beliau boleh mengetahui tentang Perubatan Holistik. Dalam jawapannya, beliau mengatakan bahawa beliau mengetahuinya melalui anaknya yang sebelum ini pernah membuat rawatan ditempat saya.

Kebanyakan pesakit yang datang ke klinik saya, mereka mengetahui Perubatan Holistik samada dari mulut ke mulut ataupun risalah yang sering saya edarkan di masjid-masjid setiap hari Jumaat.

Prosedur pertama yang saya perlu lakukan terhadap pesakit ialah dengan mengambil beberapa specimen DNA pesakit seperti rambut dan air liur. Ini bertujuan supaya Perubatan Holistik dapat mengenalpasti kerosakan yang berlaku terhadap DNA pesakit tadi dan seterusnya memasukkan gelombang penawar elektromagnetik secara automatik ke atas ubat yang dibekalkan supaya ubat tersebut dapat merawat sel-sel dalaman, urat saraf dan DNA yang rosak. Berbeza pula dengan perubatan Homeopathy, mereka hanya memerlukan rambut sahaja.

Seterusnya, setelah menanyakan beberapa soalan lazim tentang sejarah penyakit yang dihidapi, saya akan melakukan life Therapy (Life Auto-Nosode) selama 10 minit. Ini bertujuan supaya Peralatan Perubatan holistik yang dikenali sebagai OPAMP MACHINE dapat memancarkan penawar gelombang elektromagnetik secara langsung yang berupaya mengaktifkan organ-organ yang bermasalah serta memperbaiki laluan sistem saraf tubuh. Ianya perlu dilakukan supaya apabila pesakit mengamalkan Perubatan Holistik yang dibekalkan, sistem saraf yang sudah mulai aktif tadi akan menerima penawar gelombang elektromagnetik secara efisien dan seterusnya akan memancarkannya ke seluruh tubuh secara automatik. Kerana di dalam Perubatan Holistik, saya terlebih dahulu perlu mengaktifkan sistem saraf pesakit yang dikenali sebagai Central Nerve System (CNS). Apabila sistem saraf (CNS) mulai aktif, Insya-Allah pesakit akan menuju ke arah penyembuhan.

Setelah pemeriksaan fizikal dan Life Auto-Nosode (memancarkan gelombang penawar elektromagnetik secara langsung) dilakukan, barulah saya memproses ubat khusus mengikut DNA yang saya ambil tadi. Ini bermakna, hanya pesakit tadi sahaja yang boleh makan ubat tersebut dan orang lain tidak digalakkan, kerana tidak begitu berkesan dan setiap manusia mempunyai DNA tersendiri.

Dalam Perubatan Holistik, Pesakit A yang menghidap demam, ubat yang diberikan tidak sama dengan pesakit B yang juga menghidap demam. Ini berbeza dengan rawatan secara biasa, kerana doktor akan memberi ubat yang sama kepada kedua-dua pesakit tadi.

Kesimpulannya, apabila anda datang ke Klinik Perubatan EHolistik, anda akan ditanya dengan pelbagai soalan dan pemeriksaan secara fizikal. Ianya mengambil masa selama 30 minit hingga sejam. Sebab itu jika anda datang ke klinik saya, anda akan melihat signbord di atas kaunter ubat yang berbunyi 'Diharap anda sabar menunggu'.

Untuk rawatan secara online berkaitan sakit sendi dan saraf sila klik di sini.