INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Selasa, 27 Julai 2010

VITAMIN E



Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Ia memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic buah dada. Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan.

Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki. Ia juga mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari.

Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang.

Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok. Lain-lain kajian megesyorkan bahawa vitamin ini dapat memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer. Sepanjang ini diketahui bahawa vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit.

Vitamin E adalah istilah generik untuk sekumpulan sebatian yang berkaitan dipanggil tokoferol. Oleh kerana larut lemak, vitamin E disimpan dalam tubuh, terutama dalam tisu lemak dan hati. Vitamin E ditemui hanya dalam beberapa makanan, dan banyak daripadanya adalah tinggi kandungan lemaknya.
Oleh itu suplimen boleh menjadi sangat berguna untuk mendapatkan jumlah yang optimum. Satu daripada fungsi asas vitamin E ialah melindungi membran sel. Tetapi reputasi vitamin E sekarang datang daripada potensinya yang menentang penyakit sebagai antioksidan. Memakan suplemen vitamin E boleh menguatkan sistem imun bagi orang tua.

SUMBER
Vitamin E boleh didapati daripada sumber makanan berikut:
1. Minyak sayuran.
2. Sayuran berdaun hijau gelap.
3. Kacang.
4. Biji-bijian dan semua bijirin.
5. Beras perang.
6. Makanan daripada jagung.
7. Telur.
8. Rumpai laut.
9. Hati yang dikeringkan.
10. Susu.
11. Oat.
12. Daging organ.Kacang soya.
13. Ubi kentang.
14. Gandum.

KEKURANGAN
Kekurangan vitamin E boleh menyebabkan :
1. Mudah radang dan odema (pengumpulan air dalam tisu) pada bayi.
2. Penuaan kulit sebelum masa.
3. Rambut gugur
4. Anemia