INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Sabtu, 21 Ogos 2010

VITAMIN K (SIRI 2)


SIFAT VITAMIN K
1. Ia tergolong dalam golongan Naphthoquinone. Di dalam alam semulajadi terdapat dua bentuk, iaitu: Vitamin K1 (Phytomenadione) dan Vitamin K2.

2. Vitamin K dari alam semulajadi yang larut dalam Lemak manakala Vitamin K analogue sintetis pula larut di dalam air.
3. Stabil terhadap pemanasan dan reducing agents.

4. Stabil terhadap Oxidizing agents, alkali dan cahaya.

5. Vitamin K1 dan K2 berwarna kuning manakala Vitamin K sintetis pula tidak berwarna.
FUNGSI Vitamin K sangat penting untuk pembentukan faktor2 pembekuan darah, yaitu : Prothrombin (faktor II); Proconvertin (faktor VII), plasma Thromboplastin Component (PTC, faktor IX) dan Stuart-Prower Factor (Faktor X).

METABOLISME
Hempedu sangat diperlukan untuk absorpsi Vitamin K yang larut dalam Lemak dan sangat sedikit yang disimpan dalam hati. Vitamin K dapat dibuat oleh Microorganisme dalam usus.

KEKURANGAN VITAMIN K
Orang dewasa belum pernah dibuktikan secara jelas menderita kerana kekurangan Vitamin K primer. Oleh itu diet yang paling sedikit pun masih mengandungi vitamin K untuk keperluan tubuh atau bakteria-bakteria dalam usus besar yang menghasilkan Naphthoquinone.

KEKURANGAN VITAMIN K BOLEH TERJADI PADA:
1. Neonatus terutama bayi prematur dengan usus yang belum cukup pertumbuhan flora usus yang normal.
2. Penggunaan berbagai antibiotik jangka lama akan merosak pertumbuhan flora usus yang normal.
3. Pesakit yang mengalami Coeliac syndrome, masalah gangguan hempedu dan lain-lain.

GEJALA KEKURANGAN VITAMIN K
1. Perdarahan pada gusi, kulit, hidung dan lain-lain.
2. Pada Neonatus menyebabkan "Haemorrhagic Disease of the Newborn".

Manakala pengambilan Vitamin K sintesis secara berlebihan boleh menyebabkan Hemolisis sel darah merah.