INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Ahad, 4 Julai 2010

VITAMIN B6


Vitamin B6 adalah nama generik untuk:
# Piridoksin
# Piridoksal
# Piridoksamin.
.
Vitamin ini diperlukan sebagai bahan untuk mempercepatkan tindakan kimia yang melibatkan asid amino dalam sel darah, sel otak dan sel kulit.

Vitamin B6 ataupun pyridoxine adalah vitamin yang lebih banyak terlibat dalam fungsi badan berbanding dengan kebanyakan nutrien yang lain.

Ia memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental. Ia adalah perlu untuk proses ungkaibina dan penggunaan protein, karbohidrat dan lemak daripada makanan, untuk pelepasan karbohidrat yang tersimpan di dalam hati dan otot bagi pengeluaran tenaga.

Pyridoxine juga membantu mengimbangi tahap sodium dan potassium. Vitamin B6 ini perlu untuk pengeluaran sel darah merah dan antibodi. Ia perlu bagi sistem saraf dan otak berfungsi dengan normal dan untuk sintesis nukleik asid RNA dan DNA yang mana mengandungi araha-arahan genetik bagi pengeluaran semula semua sel-sel dan pertumbuhan normal selular.
.
Ia mengaktifkan banyak enzim dan membantu dalam penyerapan vitamin B12 dalam fungsi sistem imuniti dan dalam pengeluaran antibodi.

KEKURANGAN VITAMIN B6
Kekurangan vitamin B6 terjadi apabila sistem penghazaman lemah atau terjadi pada penyakit keturunan yang menghambat metabolism vitamin B6. Penyakit ini boleh menyebabkan emosi yang negatif, kekejangan otot dan tekanan darah rendah.

Kekurangan vitamin B6 pada bayi juga boleh menyebabkan kekejangan dan anemia.
Manakala kepada orang dewasa akan timbul dermatitis, kerosakan saraf (neuropati) dan ketidakseimbangan emosi.
.
GEJALA KEKURANGAN VITAMIN B6
1. Insomnia.
2. Hilang deria rasa.
3. lemah badan
4. kegelisahan.
5. Tekanan.
6. Penyakit kulit.
7. Bibir merekah, bengkak mulut dan lidah .
8. Anemia .
9. Sawan pada bayi.