INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Ahad, 1 Ogos 2010

VITAMIN F



Vitamin F terdiri dari 2 jenis asid lemak iaitu asid linoleat (Linoleic Acid) dan juga asid alfa linoleat (Alpha Linoleic Acid). Vitamin F berupaya menjaga kesihatan membran sel dan menguatkan sistem kekebalan tubuh.
.
Vitamin F juga mampu menyeimbangkan sistem hormon. Bagi wanita, vitamin F ini banyak faedahnya. Ia berfungsi menjaga kecantikan kulit, kuku dan juga rambut.

Vitamin F banyak terkandung di dalam biji-bijian seperti bunga matahari dan juga dari jenis kekacang seperti badam dan lain-lain. Bijirin seperti gandum juga sumber terbesar vitamin ini. Kesemua bahan ini bukan sahaja baik untuk kulit, malahan ia pembekal serat utama dalam badan yang membantu melawaskan pembuangan di samping bekalan protein yang menyihatkan.

KEKURANGAN VITAMIN F
Setiap vitamin mempunyai peranan yang tersendiri terhadap tubuh. Begitulah juga pentingnya vitamin F. Walaupun kewujudan vitamin ini tidak begitu disedari, tetapi sebenarnya kekurangan vitamin ini mengundang kesan yang agak buruk pada tubuh badan. Biasanya tubuh yang kekurangan vitamin ini akan mengalami gangguan pada kerosakan jantung dan seterusnya ginjal dan hati.

Kekurangan vitamin F ini juga turut memberi kesan yang nyata pada rambut dan seterusnya disertai dengan gangguan penglihatan dan sistem kekebalan tubuh badan lain.