INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Isnin, 22 Mac 2010

PENDARAHAN ABNORMAL WANITA




Ramai wanita yang mengalami keganjilan pendarahan yang bukan berkaitan dengan darah haid bulanan. Ada yang serius dan ada juga yang sembuh tanpa memerlukan apa-apa rawatan. Walau apa pun cara persembahan pendarahan tersebut, wanita haruslah mengetahui penyebab-penyebab pendarahan tersebut, bagaimana ia didiagnosis dan kaedah rawatan yang mungkin diberikan.

KITARAN HAID Ovari yang berada di kedua-dua belah rahim wanita mengeluarkan 2 jenis hormon yang penting untuk wanita iaitu estrogen dan progesteron.Hormon-hormon tersebut berganding dalam fungsi menyediakan benih serta penebalan dinding dalaman rahim untuk kemungkinan penanaman selepas persenyawaan sperma dan telur. Ovulasi berlaku sekitar 12 hingga 14 hari sebelum datangnya kitaran haid yang berikutnya.Benih yang dikeluarkan akan melalui tiub fallopian di mana persenyawaan mungkin (atau tidak) berlaku dengan sperma. Sekiranya persenyawaan tidak berlaku, paras hormon akan jatuh dan memberi isyarat pada dinding dalaman rahim untuk gugur sebagai darah haid. Kebanyakan kitaran berlangsung selama 28 hari dan kitaran yang sedikit pendek atau panjang sehingga 35 hari adalah normal.

PENDARAHAN ABNORMAL
Pendarahan abnormal mungkin melibatkan :

* Pendarahan di antara kitaran haid (iaitu di peringkat antara 2 kitaran haid).

* Pendarahan selepas hubungan kelamin* pendarahan tidak menentu harinya dalam kitaran haid.

* Pendarahan yang banyak serta bilangan harinya panjang dari hari-hari sebelum ini.

* Pendarahan yang berlaku selepas menopaus.

Segeralah dapatkan rawatan sekiranya kitaran haid anda melebihi 35 hari ataupun pendek kurang dari 21 hari. Tidak hadirnya haid selama tiga hingga enam bulan juga abnormal dan memerlukan pemeriksaan kesihatan lanjut.

Jika keganjilan kitaran haid hanya berlaku sekali atau kadang kala, anda tidak perlu berasa cemas kerana mungkin itu adalah normal. Juga sesuatu yang normal jika jadual haid gadis yang baru akil baligh (antara 9 hingga 16 tahun) tidak dapat diramalkan di awal kehadiran haid dalam hidup mereka.Apabila wanita menghampiri umur 35 tahun, kitaran haid mungkin menjadi pendek dan makin bertambah pendek apabila menghampiri usia menopaus. Haid juga mungkin menjadi lebih sedikit (atau lebih banyak) dan kadangkala haid pada bulan tertentu tidak langsung tiada.

Pendarahan abnormal mempunyai banyak punca dan lazimnya doktor akan menumpukan pemeriksaan pada penyebab yang biasa mengikut umur. Sejarah kesihatan dan pengambilan ubat juga akan direkodkan. Biasanya ketidakseimbangan paras hormon mungkin menyebabkan keganjilan kitaran haid.

Di antara penyebab-penyebab yang akan disiasat termasuklah mengandung, keguguran, mengandung di luar rahim atau masalah berkaitan penggunaan alat dalam rahim dan pil perancang keluarga. Selain itu, jangkitan pada rahim atau pangkal rahim, fibroid, polip, masalah dengan sistem pembekuan darah, kanser wanita (rahim, ovari, pangkal rahim, faraj) atau masalah kesihatan kronik seperti penyakit tiroid dan kencing manis mungkin menjadi puncanya.

Kebanyakan di klinik-klinik, doktor akan merekodkan sejarah kesihatan serta keluarga. Penggunaan ubat-ubatan, sama ada tradisional ataupun yang dipreskripsikan, penggunaan pil perancang keluarga, tabiat pemakanan, senaman, berat dan tinggi juga direkodkan. Ketegangan dan kestabilan emosi juga perlu diamati. Pesakit juga akan diberikan carta bagi menandakan hari-hari berlakunya keabnormalan kitaran haid.

Pemeriksaan lanjutan yang lazim disyorkan, berdasarkan pada simptom dan tanda-tanda yang dipersembahkan termasuklah;

+ Pemeriksaan ultrasound untuk meneliti keadaan di dalam kawasan pinggul

+ Biopsi dinding dalam rahim dengan menggunakan kaedah aspirasi vakum (ujian ini dilakukan di klinik)

+ Sonohisterografi pula merupakan kaedah ultrasound di mana sebelum dijalankan, cecair steril dimasukkan ke dalam rahim melalui bukaan pangkal rahim untuk menjelaskan lagi pengimejan dalaman rahim apabila ultrasound digunakan

+ Histeroskopi pula seperti kaedah binokular untuk melihat secara langsung keadaan dalaman rahim

+ Histerosalfingografi pula kaedah sinar-X, di mana bahan pewarna dimasukkan ke dalam rahim dan kedua-dua tiub falopian untuk tujuan visualisasi dengan kaedah sinar-X

+ Dilatasi serta pengkuretan adalah kaedah pembedahan kecil di mana pensampelan tisu diambil dari bahagian dalam rahim untuk diperiksa di bawah mikroskop

+ Laporoskopi adalah kaedah visualisasi langsung anatomi di bahagian pinggul, sejenis alat visual dimasukkan ke bahagian pusat dan rongga abdomen dikembangkan supaya visualisasi tidak terhalang (prosedur ini dijalankan di bawah bius keseluruhan).


RAWATAN DI PUSAT PERUBATAN HOLISTIK DAN ALTERNATIF

Jika anda mengalami keganjilan haid atau haid berpanjangan dan jika anda mendapat rawatan di Pusat Perubatan Holistik, anda dikehendaki memberikan sample DNA anda seperti rambut, darah, air liur dan urin supaya pihak kami mengkodkan penyakit asal anda dan seterusnya menjadikannya penawar dalam bentuk tablet yang dipancarkan penawar gelombang elektromagnetik yang berfungsi sebagai penstabil hormon terutama hormon magnesium yang membantu merawat pendarahan di bahagian rahim.

Perubatan elektronik juga mampu berusaha menstabilkan hormon wanita yang berlebihan sehingga pendarahan dalaman dapat diberhentikan secara semulajadi.

Disamping itu, jika anda datang ke Pusat Perubatan Holistik, pihak kami akan melakukan Therapy Live Auto-Node yang bertujuan supaya peralatan elektronik yang dikenali sebagai OPAMP MACHINE dapat memusnahkan gelombang asal penyakit secara langsung.

Biasanya, ubat yang dibekalkan berbentuk tablet kunyah yang diperbuat daripada glukos dan perlu dimakan tiga kali sehari.

Untuk rawatan secara online sila klik di sini.