INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Isnin, 25 Januari 2010

DYSMENORRHOEA/SENGGUGUT


Setiap bulan wanita akan mengalami satu kitaran haid selama 28 hari seminggu. Penyakit senggugut (dysmenorrheoa) merupakan himpunan simptom fizikal, psikologi dan emosi yang berkait dengan kitaran haid wanita. Dianggarkan kebanyakan wanita pada usia akil baligh sekitar 80% mempunyai sebahagian tanda penyakit senggugut. Simptom sedemikian biasanya boleh dijangka dan berlaku secara tetap semasa dua minggu sebelum haid. Biasanya simptom tersebut mungkin hilang sebelum atau selepas permulaan aliran haid.

Terdapat dua jenis senggugut boleh menyerang ketika haid iaitu senggugut primer dan senggugut sekundar. Senggugut primari adalah disebabkan oleh pengeluaran prostaglandin yang menyebabkan pengecutan rahim yang kuat.

Kebiasaanya, ia sering menyerang pada usia muda sebelum berkahwin dan bertahan pada hari pertama dan kedua haid. Manakala senggugut sekundar pula disebabkan oleh endometriosis (wujudnya sel endometrium di luar rahim dan berlaku pendarahan di dalam perut) atau jangkitan kronik yang menyebabkan senggugut datang kebiasaannya pada usia lanjut dan bertahan sepanjang pendarahan haid.

Penyakit senggugut bukan sekadar kekejangan teruk ketika haid, tetapi ia turut menjadi petanda penting supaya semua wanita yang mengalami masalah ini menjalani pemeriksaan awal bagi mengesan kewujudan endometriosis. Endometriosis adalah penyakit yang berlaku apabila tisu endometrium, iaitu tisu pengalas dinding rahim (yang sepatutnya tanggal ketika haid) tumbuh di luar rahim sama ada di ovari, tiub Fallopian, ligamen yang menopang rahim atau di mana saja dalam rongga pelvik.

Tisu endometrium juga boleh berkumpul di hampir semua lokasi dalam badan, antaranya pundi kencing, usus, faraj, apendiks, rektum (dubur), parut pembedahan Caeserean (pembedahan ketika bersalin) termasuk tempat terpencil seperti otak, saraf, paru-paru dan kulit.

Apabila ada di luar rahim, tisu endometrium akan menjadi ketumbuhan yang menyakitkan. Ia akan berubah bersama perubahan hormon ketika pusingan haid. Ketika haid, tisu ini juga akan pecah dan berlaku pendarahan.

Bezanya, lapisan endometrium dalam rahim akan tanggal dan dikeluarkan bersama cecair uterin (sebagai darah haid) tetapi pendarahan daripada endometriosis tidak mempunyai jalan keluar. Pengumpulannya menyebabkan tisu di kawasan ia melekat menjadi radang dan berparut.

Sebagai tindak balas terhadap keadaan tidak normal ini, badan menghasilkan tisu parut untuk melingkungi tempat berkenaan. Keadaan ini menyebabkan wanita mengalami kesakitan dan tekanan pada pelvik atau senggugut setiap kali haid. Malahan, sesetengahnya juga akan berasa sakit ketika mengadakan hubungan seks. Penyakit ini dikenali sebagai Dyspareunia.

Punca endometriosis masih tidak diketahui dengan tepat, tetapi saintis percaya ia disebabkan aliran haid retrograd atau menyongsang iaitu darah haid mengalir masuk ke dalam tiub Fallopian. Sel endometrium dalam darah haid akan melekat di tempat tertentu dan mula mendatangkan masalah.

Dianggarkan 10 hingga 20% wanita mengalami gejala endometriosis sewaktu dalam peringkat subur. Walaupun ia biasanya berlaku di kalangan wanita berumur antara 25 hingga 40 tahun, endometriosis boleh dialami wanita bermula dari kali pertama mendapat haid hinggalah menopaus, tidak kira sama ada mempunyai anak ataupun tidak.

Semua gejala endometriosis mungkin kekal, berkurang walaupun tanpa dirawat atau meningkat dengan tiba-tiba. Namun biasanya gejala ini berkurang ketika mengandung atau selepas menopaus.

Bagaimanapun, ada wanita mempunyai endometriosis tanpa mengalami gejala. Malah, tahap kesakitan dialami juga tidak boleh dijadikan pengukur saiz endometriosis kerana ada wanita berasa sangat sakit walaupun endometriosisnya kecil dan sebaliknya.

Senggugut tidak harus dianggap perkara biasa, sebaliknya perlu diberi perhatian serius, terutama jika anda mengalaminya sejak mula mendapat haid. Masalah ini boleh berlaku pada bila-bila masa dan wanita boleh mengesan perubahan haid mereka pada usia lewat 20-an dan 30-an.

Selain masalah kesihatan, endometriosis boleh mempengaruhi kesuburan seseorang. Ini kerana kehadiran pertumbuhan endometriosis dalam tiub Fallopian misalnya boleh menghalang laluan telur dari ovari ke uterus untuk bersenyawa dengan sperma. Keadaan ini menyebabkan seseorang wanita sukar mengandung.

Kehadiran endometriosis menyumbang 10% kepada masalah kemandulan dan dianggarkan 30 hingga 40% wanita yang mempunyai endometriosis mengalami kesukaran untuk hamil.


DISMENORRHOEA PRIMER
Kebanyakan gadis telah mengalami senggugut bermula period pertama mereka atau sejurus selepas itu. Gadis yang mendapat period pada umur 12 atau lebih awal dan mereka yang mempunyai period lebih lama lebih berkemungkinan untuk mengalami dismenorrhoea primer. Dismenorrhoea jenis ini tidak disebabkan oleh penyakit lain seperti ketumbuhan abnormal ataupun jangkitan. Sebab-sebab untuk dismenorea primer termasuklah:


KETIDAKSEIMBANGAN BAHAN KIMIA
Oleh kerana keseimbangan merupakan perkara utama dalam mengekalkan kesihatan, ketidakseimbangan sesetengah bahan kimia di dalam tubuh boleh menyebabkan dismenorrhoea. Bahan kimia yang menyebabkan senggugut adalah prostaglandin. Prostaglandin merupakan kimia yang membuatkan kita merasai kesakitan apabila ia berinteraksi dengan penghujung saraf kesakitan dalam tubuh kita.


Wanita yang mengalami dismenorrhoea menghasilkan lebih banyak prostaglandin di dalam uterus mereka. Ini menyebabkan otot di dalam uterus mereka bergerak lebih kuat dan lebih kerap pada hari pertama period mereka. Semakin kuat pergerakan otot uterus semakin kurang darah mengalir ke kawasan itu. Kekurangan aliran darah ini menyebabkan hujung saraf di dalam uterus semakin sensitif pada kesakitan.


GENETIK
Ada juga yang berpendapat bahawa keturunan mungkin memainkan peranan penting. Sekiranya ibu atau makcik anda mengalami senggugut, anda juga mungkin turut sama mengalaminya.


Sesetengah wanita mungkin mempunyai gen yang menyebabkan mereka lebih terdedah kepada dismenorrhoea. Beberapa kajian menunjukkan gen merupakan faktor utama. Gen membuatkan seseorang mengalami tahap dismenorrhoea yang berlainan. Faktor lain seperti diet dan suasana persekitaran juga memainkan peranan.

Diet yang berlemak, rendah protein dan rendah serat boleh meninggikan risiko untuk kamu mengalami senggugut. Pengambilan gula yang banyak dan alkohol serta kopi semasa period boleh mengakibatkan dismenorrhoea. Wanita yang merokok lebih berisiko untuk mengalami dismenorrhoea berbanding yang tidak merokok. Rehat yang tidak mencukupi dan tekanan yang tinggi di tempat kerja dan sekolah boleh mengganggu keseimbangan bahan kimia di dalam badan kamu seterusnya mengakibatkan dismenorrhoea.

Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan dismenorrhoea. Ada faktor yang tidak dapat dielak seperti gen tetapi faktor lain seperti diet boleh diubah. Jadi, sebenarnya senggugut boleh dicegah atau setidak-tidaknya boleh mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan dengan mengamalkan gaya hidup sihat.


DISMENORRHOEA SEKUNDER
Dismenorrhoea Sekunder adalah apabila senggugut bermula sekitar dua tahun atau lebih selepas period pertama. Sesetengah wanita yang mengalami dismenorrhoea jenis ini biasanya dibekalkan dengan pil penahan sakit sahaja.


Namun, ia tidak akan menyelesaikan masalah pengidap Dysmenorrhoea kerana ia akan meninggalkan kesan sampingan seperti mengalami penyakit endometriosis, barah rahim, kemandulan dan pelbagai penyakit puan. Dismenorrhoea sekunder disebabkan oleh:

• Ketumbuhan polips atau sista pada ovari atau uterus
• Jangkitan
• Radang Rongga Pelvis
• Endometriosis
• Penyakit usus seperti apendisitis
• Kehamilan ektopia atau kehamilan di dalam tiub fallopio

ENDOMETRIOSIS
Wanita yang menghidap endometriosis kadang-kadang mengalami dismenorea yang amat teruk. Ia boleh berlaku setiap kali mereka period. Endometriosis terjadi apabila sebilangan kecil tisu yang menyerupai uterus tumbuh dalam struktur lain pada tubuh.


TANDA DYSMENORRHOEA
.• Kesakitan telah mula dirasai sejak pertama kali kamu period atau 6 hingga 12 bulan selepas itu.
• Kesakitan mula dirasai beberapa jam sebelum atau sejurus selepas permulaan period.
• Dua hari pertama haid adalah paling sakit.
• Kesakitan mungkin akan hilang 2 atau 3 hari selepas permulaan period.
• Kesakitan mungkin dirasai di bahagian belakang badan, peha dan kaki.
• Kekejangan di bahagian bawah perut dan terasa seperti dipulas atau dipintal.
• Sakit kepala yang berdenyut-denyut
• Muntah atau mual/loya
• Sakit kaki dan bahagian belakang badan
• Pergerakan usus yang tidak sekata
• Pitam

RAWATAN DI PUSAT PERUBATAN HOLISTIK DAN ALTERNATIF
HAID adalah merupakan pendarahan yang keluar dari faraj. Kejadian ini berlaku hanya bila seseorang wanita itu masih subur dan ia dikawal oleh hormon yang dikeluarkan oleh kelenjar dalam tubuh badan wanita.


KAWALAN ENDOKRIN
Kelenjar pituitari di hadapan yang terletak di bawah otak adalah merupakan pusat kawalan bagi hampir semua kelenjar tubuh badan manusia.


Dalam kes ini, hormon yang dikenali sebagai hormon 'gonadotrophins' dikeluarkan oleh kelenjar pituitari yang di hadapan untuk menggerakkan ovari mengeluarkan hormon oestrogen dan hormon progesterone. Bagaimanapun 'gonadotrophins' juga dikeluarkan oleh uri bila seseorang wanita hamil.

Ovari seseorang wanita mula berfungsi bila seorang gadis mula meningkat usia 10 tahun iaitu bila seorang anak perempuan mula membesar dan meningkat ke alam remaja. Bila anak perempuan itu berusia 13 tahun, haid boleh berlaku atas pengaruh hormon oestrogen dan progesterone yang dikeluarkan.

Peraturan kejadian-kejadian berakhir dengan haid, bermula dengan perkembangan 'follicles' dalam ovari. Setiap 'follicles' dalam ovari mengandungi ovum ataupun 'telur'. Telur-telur' ini terjadi di bawah pengaruh hormon 'foolicular' (FSH) yang menggiatkan satu daripada 'gonadotrophins' yang dikeluarkan oleh kelenjar pituitari hadapan.

Banyak daripada 'follicles' yang mengandungi 'telur' berkembang tetapi hanya satu sahaja yang pecah untuk melepaskan 'telurnya' yang akan belayar hingga ke saluran fallopian.

Sementara 'follicle' dan telur yang lain akan musnah dengan sendirinya. Follicle yang pecah akan menjadi kelenjar di bawah pengaruh hormon 'luteinising (LH), iaitu sejenis lagi hormon pituitari. Kelenjar yang terjadi ini dipanggil 'corpus luteum' yang mana, kedua hormon oestrogen dan progesterone dikeluarkan olehnya.

Jika persenyawaan berlaku, maka telur yang bersenyawa akan membesar dan pada hari keempat belas ia akan bertapak pada saluran peranakan ataupun 'endometrium'. Ketika ini uri telah pun terbentuk dan ia akan mengeluarkan 'gonadotrophins' yang akan bertindak memelihara kelenjar 'corpus luteum'.

Kelenjar ini jugalah yang memelihara kandungan seorang wanita. Paras hormon oestrogen yang tinggi yang dikeluarkan oleh 'corpus luteum' ini akan menghalang pengeluaran 'gonadotrophins'. Sekiranya persenyawaan tidak berlaku, maka 'corpus luteum' tidak mempunyai sokongan dan ia akan mengecut dan akhirnya terhapus. Akibat ini, paras oestrogen dan progesterone menurun dan ini menyebabkan pendarahan yang dipanggil haid.

PERUBAHAN ENDOMETRICAL
Pendarahan ataupun turun darah adalah akibat luruhnya 'endometrium' ataupun lapisan dalam dinding peranakkan yang telah 'disediakan' untuk memperkayakan telur yang telah bersenyawa. Kejadian dalam perubahan 'endometrical' ini adalah di bawah kawalan paras hormon yang berubah-ubah dalam darah. Sebaik-baik selepas haid, FSH yang dikeluarkan oteh kelenjar pituitari menggiatkan pengeluaran hormon oestrogen dari ovari.


Hormon inilah juga yang memulakan kerja-kerja memperbaiki lapisan dalam dinding peranakan dan tunggul kelenjar yang tinggal mula membina semula. Dalam masa yang sama, 'follicles' terus membina di bawah pengaruh FSH pituitari.

Bila ovulasi berlaku paras progesterone akan neningkat dan ia akan memulakan kerja memperkukuhkan kelenjar 'endometrical' dan juga nnenyimpan 'glycogen' serta lain-lain keperluan sebagal persediaan bila 'telur' bersenyawa.

Paras hormon oestrogen dan progesterone yang tinggi menghalang pengeluaran FSH dan LH dari kelenjar pituitari. Setelah tujuh hari 'corpus luteum' akan menjadi matang. Jika kehamilan tidak berlaku, maka kelenjar ini tidak mempunyai sokongan, ia akan menjadi susut dan pengeluaran hormon oestrogen dan progesterone menurun. Tanpa kehadiran kedua hormon ini, maka lapisan dalam dinding peranakan tidak dapat dipelihara dan kemudian ia akan mula luruh.


DYSMENORRHOEA (SENGGUGUT) DAN MENORRHAGIA (HAID YANG BERLEBIHAN)
Dua perkara boleh berlaku bila haid berlaku. Jika pengeluaran ‘prostagladin' berlebihan, kekejangan otot lapisan dalam dinding peranakan akan berlaku dan ini membuat seseorang wanita merasa sakit dan senak di bahagian ari-ari. Inilah yang dipanggil dysmenorrhoea (senggugut). Sebaliknya jika lapisan dalam dinding peranakan luruh terlalu cepat dan terlalu banyak dalam masa yang sama, dengan itu darah turun terlalu banyak dan ini dikenali sebagai menorrhagia (haid berlebihan).


Dysmenorrhoea merupakan satu masalah yang biasa dihadapi oleh wanita. Masalah ini semakin rumit kerana ramai wanita tidak mengadu pada doktor dan hanya menerimanya sebagai sakit biasa yang harus dihadapi oleh setiap wanita seperti dia menghadapi sakit bersalin.

Jika mereka mengadu sakit, suami dan rakan-rakan akan mengambilnya indah tak indah dan akan berpendapat mereka mengada-ngada sahaja. Kerana masalah ini tidak dibawa ke pengetahuan doktor, ramai juga doktor kadang-kadang seperti tidak percaya tentang tanda-tanda serius yang diidapi oleh setengah wanita.

Tanda-tanda ini termasuklah rasa sakit yang amat sangat di bawah perut yang bermula beberapa jam sebelum pendarahan ataupun sebaik-baik setelah turun darah. Kesakitan yang amat sangat ini akan diikuti dengan rasa mabuk, muntah ataupun cerit berit. Pesakit ini lazimnya akan kelihatan pucat dan lembab bila dipegang. Pesakit juga akan merasa pening.

Wanita yang mengidap senggugut yang serius akan dinasihatkan oleh doktor supaya berehat selama satu hingga 3 hari setiap bulan, dengan itu dalam setahun, masa yang dihabiskan kesakitan lebih daripada masa yang diperuntukkan bagi berehat.

Sesetengah wanita yang sedang dirawat kerana sakit sendi tiba-tiba mendapati penyakit senggugutnya hilang. Ini kerana ubat sakit sendi yang diamalkan mengandungi dadah dan steroid sehingga sedikit sebanyak menghilangkan senggugut buat sementara waktu.

Seorang aintis yang bernama Smith dan Powell telah membuktikan hasil dari ujian yang mereka jalankan menunjukkan bahawa 'prostaglandin' boleh menggiatkan pengecutan peranakan, ini sama juga dengan apa yang terjadi pada wanita yang mengidap senggugut dan lain-lain penyakit yang sama.

Wanita yang mengidap senggugut tekanan yang dirasakan kadang-kadang adalah setinggi 400 mm Hg selama 45 hingga 90 saat dan berbanding dengan sakit bersalin 85 hingga 90 mm Hg. 'Prostagladin' didapati semakin bertambah pekat di hari-hari terakhir dalam satu pusingan haid kerana dipengaruhi oleh hormon 'progesterone' yang menggiatkan pembinaan kelenjar lapisan dinding peranakan dan sel yang menghasilkan 'prostaglandin'.

'Prostagladin' jenis E2 dan F2 menyebabkan berlaku pengecutan otot-otot di seluruh badan dan ini boleh menyebabkan sakit yang amat sangat kerana kekejangan tali perut, sakit kepala dan kadang-kadang pula boleh menyebabkan pengsan.

Kerana 'prostaglandin' didapati bertanggungjawab menyebabkan senggugut dan pendarahan yang berlebihan, penyelesaian bagi masalah ini ialah menyekat kejadian hormon tertentu ataupun menyekatkan dari bertindak. Antara rawatan biasa bagi penyakit senggugut ialah penggunaan dadah atau steroid. Namun ianya hanya bersifat sementara dan dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan penyakit lain seperti endometrisis, kanser rahim, kemandulan, benih telur pra matang dan pelbagai penyakit puan.

Namun jika anda mendapat rawatan di Pusat Perubatan Holistik, kami bersedia membantu anda untuk mengatasi masalah senggugut yang anda hidapi dengan mengambil specimen DNA anda seperti darah, air liur, rambut dan air kencing supaya perubatan elektronik dapat mengkodkan kerosakan DNA anda dan seterusnya menukarkannya kepada gelombang penawar elektromagnetik yang akan dipancarkan kedalam ubat berbentuk tablet untuk dimakan tiga kali sehari.

Tujuan Perubatan Holistik mengambil specimen DNA anda ialah supaya ubat yang anda makan dapat membantu memperbaiki dan menstabilkan hormon-hormon dalaman anda terutama hormon prostaglandin.

Disamping itu pihak kami akan melakukan ‘Live Auto-Nosode’ iaitu melakukan pancaran penawar gelombang elektromagnetik ke atas tubuh anda secara langsung supaya segala gelombang penyakit yang ada di dalam tubuh anda dapat dimusnahkan seberapa segera.
Antara tujuan lain ‘Live Auto-Nosode’ dilakukan ialah supaya masin yang dikenali sebagai ‘Opam Machine’ dapat menguatkan imun sistem, antibody dan memperbaiki ‘Central Nerve System’ secara semulajadi.

Biasanya, mereka yang mengidap penyakit senggugut akan mengalami tindak balas yang agak kuat sedikit, namun anda janganlah gusar kerana ianya adalah bersifat sementara. Setelah hormon dalaman anda diperbaiki oleh perubatan Holistik, Insya-Allah ia akan kembali normal seperti sediakala.

Anda digalakkan mengamalkan Perubatan Holistik selama empat hingga enam bulan dan sehingga kesihatan anda benar-benar pulih. Anda juga digalakkan meminum air mineral sebanyak mungkin kerana salah satu punca tindak balas yang kuat setelah mengamalkan ubat elektronik ialah kerana kekurangan air di dalam badan. Apabila anda mampu meminum air sebnyak 8-10 gelas sehari, Insya-Allah ia mampu menyingkirkan segala pendarahan dalaman, segala anasir jahat yang ada di dalam tubuh dan menstabil hormon prostaglandin pengidap penyakit senggugut.

Natijahnya, Perubatan Holistik adalah satu-satunya perubatan Alternatif  (rawatan menyeluruh) yang sangat berkesan dan sesuai bagi pengidap penyakit seperti Dysmenorrhoea, Dyspareunia, Menorrhagia, Menopause, Amenorrhoea, Endrometritis, Leukorrhoea, Gonorrhoea, Ovarian Cyst, Fibroids dan pelbagai penyakit puan.

Untuk rawatan secara online berkaitan Senggugut dan masalah sakin puan sila klik di sini.