TESTIMONIAL TERKINI ii

PENGIKUT

TESTIMONIAL TERKINI i

Selasa, 15 Januari 2013

OTITIS MEDIA JEJAS PENDENGARAN



DI Malaysia, kira-kira setengah juta kes Otitis Media (jangkitan kuman di dalam saluran tengah telinga) berlaku di kalangan kanak-kanak berumur dua tahun ke bawah setiap tahun.

Otitis Media adalah satu jangkitan pada telinga tengah yang berlaku apabila tiub Eustachian tersumbat dengan cecair dan seterusnya dijangkiti oleh bakteria atau virus. Apabila ini berlaku, cecair tersebut menghalang penyaluran bunyi yang betul dalam telinga anak anda. Ini akan mengganggu pendengaran normal dan boleh menyebabkan anak anda menjadi kurang sensitif terhadap bunyi, malah boleh menyebabkan kerosakan pendengaran yang kekal dalam jangka masa panjang.

JangkitanKanak-kanak yang berumur di bawah dua tahun adalah lebih mudah dijangkiti Otitis Media. Walaupun demikian, jangkitan telinga juga boleh berlaku pada orang dewasa. Tiub Eustachian kanak-kanak adalah lebih sempit dan pendek berbanding dengan orang dewasa, jadi cecair lebih mudah untuk terperangkap dalam telinga tengah. Apabila ini berlaku, keadaan ini boleh menyebabkan kehilangan pendengaran.

Anak anda tidak akan dapat mendengar bunyi yang lembut dan mereka tidak dapat mendengar jika anda berbisik kepada mereka. Jika cecair dalam telinga tengah bertambah pekat, kehilangan pendengaran yang lebih teruk akan berlaku dan anak anda mungkin tidak dapat mendengar apabila anda bercakap dengan mereka pada kelantangan bunyi yang biasa. Jika anak anda mengalami kehilangan pendengaran, maka mereka mungkin tidak dapat memahami perkataan atau frasa tertentu, ataupun mereka mungkin bercakap dengan lebih kuat daripada biasa.

Walaupun kehilangan pendengaran itu mungkin bersifat sementara, ia boleh merencat perkembangan si anak. Anak anda yang berada pada peringkat dia cepat belajar kemahiran yang baru dan masalah pendengaran akibat daripada Otitis Media boleh merencat perkembangan pertuturan dan bahasanya.

Mereka mungkin kehilangan keupayaan untuk memahami apa yang diperkatakan dalam persekitaran yang bising seperti di bilik darjah. Malah, kanak-kanak yang bersekolah akan mendapati bahawa mendengar itu tidak ternilai dan jika mereka tidak dapat mendengar dengan baik dalam kelas, ini akan menghalang kemajuan akademik mereka.
GejalaOleh sebab pendengaran anak anda adalah sangat penting, anda mesti berwaspada terhadap sebarang tanda-tanda atau gejala-gejala yang boleh menyebabkan kehilangan pendengaran seperti:

Tanda-tanda atau gejala-gejala untuk diperhatikan pada bayi
- Mereka tidak kelihatan terperanjat atau terkejut oleh bunyi yang kuat.
- Mereka tidak berpaling untuk mencari sumber bunyi.
- Apabila mereka mencapai umur satu tahun, mereka masih tidak dapat bertutur perkataan mudah seperti "papa" atau "mama".
- Mereka hanya akan berpusing untuk melihat anda apabila mereka dapat melihat anda, tetapi bukan semasa anda berada di luar penglihatan atau
memanggil mereka.
- Mereka seolah-olah mampu mendengar sesetengah bunyi tetapi bukan bunyi lain.
Tanda-tanda atau gejala-gejala untuk diperhatikan pada kanak-kanak kecil
- Mereka mengalami kelambatan dalam pertuturan.
- Pertuturan mereka tidak jelas atau sukar difahami
- Mereka sering gagal mematuhi arahan anda.
- Anda perlu sentiasa mengulang apabila anda bercakap dengan anak anda supaya dia faham.
- Mereka menonton TV atau mendengar muzik dengan bunyi yang kuat.
- Mereka sering bercakap dengan kuat, walaupun persekitarannya adalah sunyi.

Nota: Ini juga mungkin kerana mereka tidak memberikan perhatian penuh atau tidak mengendahkan anda, tetapi jangan mengabaikan kemungkinan bahawa ia adalah gejala kehilangan separa atau penuh pendengaran.

Anda harus berusaha untuk memerhati dan menganalisis reaksi anak anda terhadap persekitarannya, terutama sekali bagaimana mereka bertindak balas terhadap bunyi atau kepada anda apabila anda bercakap dengan mereka.

PencegahanPencegahan adalah kaedah yang paling baik untuk memelihara pendengaran anak anda. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh anda ambil untuk mencegah jangkitan kuman berlaku kepada telinga tengah anak anda:

- Menyusu anak anda - susu ibu
mengandungi antibodi yang boleh melindungi anak anda daripada pelbagai jenis penyakit. Teruskan dengan penyusuan ibu sehingga anak anda mencapai umur dua tahun untuk membina imuniti mereka.
- Elakkan pendedahan kepada asap rokok asap rokok pasif adalah sangat berbahaya. Ia boleh menyebabkan anak anda menjadi lebih terdedah kepada jangkitan kerana sistem imun mereka akan dibebankan dengan toksin dalam asap rokok.
- Kebersihan yang baik - mengamalkan kebersihan yang baik untuk mengurangkan dan mencegah jangkitan bakteria
- Pengesanan dan rawatan awal - apabila anak anda mengalami selesema yang berlanjutan atau kerap kali, bawa mereka untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin.


Isnin, 31 Disember 2012

DNA: UJIAN GENETIK YANG MENGUBAH HIDUP



DUNIA sekarang semakin canggih. Dengan darah yang kurang sesudu teh, saintis dapat mengesan lebih 2,500 jenis masalah kesihatan yang dialami, malah yang bakal datang satu hari nanti.

500 daripadanya mampu dirawat awal. Melalui sesudu teh darah itu juga, ujian genetik sudah dapat mengesan apa yang bakal dihadapi seorang bayi apabila dia meningkat dewasa. Saintis turut dapat memeriksa kesemua 21,000 genetik yang mengalami mutasi yang mampu meningkatkan risiko pelbagai penyakit.

Bayangkan, melalui ujian ringkas DNA, kita dapat mengetahui sama ada anak kita mempunyai risiko diabetes di masa depan lantas boleh mengawal diet anak-anak dari awal.

Jika mereka berisiko untuk menghidap asma yang kronik, langkah pencegahan seperti tidak membela haiwan atau menghindar pengambilan sebarang makanan yang boleh menjadi pencetus masalah tersebut.

Topik menarik mengenai ujian genetik baru yang mampu mendedahkan risiko-risiko penyakit yang bakal dihadapi seorang individu seawal usia bayi ini menghiasi muka depan majalah Time edisi 24 Disember lalu di bawah tajuk Want to Know My Future?

Di dalam artikel empat halaman di bawah segmen Kesihatan dan Genetik, penulisnya menyatakan pemeriksaan terhadap 23 genetik dapat mendedahkan rawatan kemoterapi yang mana tidak dapat mengubat bakal pesakit kanser payudara, pengetahuan yang turut dapat menyelamatkan sejumlah besar wang daripada dibazirkan untuk rawatan yang salah.

Pelbagai masalah kesihatan dapat dikecam awal sebelum ia muncul melalui pemeriksaan DNA, contohnya Alzheimer, diabetes, kanser, Parkinson, glukoma, dementia, epilepsi, fibroid, obesiti dan bermacam-macam lagi.

Harga

Harga ujian genetik iaitu pemetaan genom manusia ini hanya AS$7,500 dan dijangka semakin menurun. Diramalkan pada masa depan, ujian ini akan semudah menjalani ujian kehamilan di farmasi!

Ujian genetik dilakukan dengan memeriksa setiap genetik khusus (kromosom) bagi memastikan adakah sebarang masalah pada genetik tersebut.

Sesetengah penyakit berpunca daripada satu mutasi manakala yang lain melibatkan gabungan kompleks beberapa genetik dan faktor persekitaran.

Keburukan


Menentukan masa depan hanya dengan satu ujian ringkas? Bunyinya memang hebat! Namun, bukan semuanya indah belaka. Kadang-kala pengetahuan yang lebih tentang masa depan membuatkan kita tidak tenteram malah mungkin jadi gila.

Bayangkan jika ibu bapa mengetahui anak mereka mempunyai genetik ApoE4 yang berisiko tinggi untuk menghidapi Alzheimer. Mereka mungkin tidak membenarkan anak berkenaan aktif bersukan dan beriadah seperti kanak-kanak lain memandangkan kajian mengaitkan kecederaan otak berkemungkinan besar menyebabkan penyakit otak kepada mereka yang positif ApoE4.

Kanak-kanak tersebut akan kehilangan pengalaman berharga ketika membesar kerana terlalu takutkan sesuatu yang belum pasti.

Bila ibu bapa mengetahui anak-anak mereka bakal berdepan dengan kanser usus besar atau payudara, bagaimana perasaan mereka dan tekanan yang bakal dihadapi.

Bagaimana pula dengan nasib bayi yang dikesan pada mutasi genetiknya bakal menyebabkan dia mengalami dimentia seawal usia 40 tahun?

Dengan memaklumkan kepada ibu bapa dari awal pastinya membuatkan kanak-kanak tersebut tidak layak mendapatkan insurans diri untuk jangka masa panjang lalu menuntut sejumlah wang yang besar bagi merawatnya sendiri.

Malah sebenarnya, walaupun harga ujian genetik tidak terlalu mahal dan semakin menurun, pelbagai ujian lain yang akan dilakukan dan lebih kerap bagi memeriksa keseluruhan badan sebarang progres penyakit yang diramalkan, walaupun sebenarnya ia belum tentu akan muncul.

Cabaran timbul kepada para doktor pula. Sebanyak mana mereka perlu memaklumkan ibu bapa.

Maklumat mereka mungkin dapat menyelamatkan nyawa ramai pesakit dan mengurangkan kos perubatan, tetapi ia juga pada masa sama membebankan perasaan dan fikiran mereka.
Ada yang berpendapat segala maklumat daripada ujian genetik tersebut disimpan oleh hospital terlebih dahulu dan hanya didedahkan bila pesakit mencapai usia tertentu untuk melakukan langkah berjaga-jaga.

Namun sejauh manakah jaminan `rahsia’ itu dapat disimpan? Dalam hal ini, walaupun pengetahuan tentang masa depan boleh dianggap sebagai satu rahmat dan kelebihan untuk mengubah takdir, tetapi ia perlu dibayar dengan gangguan emosi yang dihadapi daripada itu.
Malah, pesakit yang terjebak dengan ujian genetik ini perlu bersiap-sedia sebarang kemungkinan berdepan dengan kehilangan daya atau nyawa dalam tempoh yang awal.

Sumber: utusanonline.com.my



RAWATAN DI PUSAT PERUBATAN HOLISTIK DAN ALTERNATIF


Jika anda mengalami sebarang penyakit dan ingin membuat rawatan di Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif, prosedur pertama yang kami perlu lakukan terhadap pesakit ialah dengan mengambil beberapa specimen DNA pesakit seperti air liur dan rambut. 

Kajian yang kami jalankan, sesuatu penyakit yang dihidapi seseorang itu berpunca dari kerosakan struktur DNA. Jika pihak sintis dapat mengenal sesuatu penyakit mendatang hanya dengan DNA, maka kami di Pusat perubatan Holistik dan Alternatif mampu memperbaiki kerosakan DNA dan mampu menggantikan DNA yang berpenyakit kepada DNA yang sihat.

Antara tujuan DNA diambil ialah supaya Perubatan Holistik dan Alternatif dapat memproses DNA yang berpenyakit tadi (melalui proses pembantaian molekul DNA pesakit) sehingga DNA yang berpenyakit tadi dirawat (discan) menggunakan peralatan terkini berteknologi German yang dikenali sebagai OPAMP MACHINE sehingga ia menjadi DNA yang sihat serta disusun secara  digital, lalu tenaga penawar gelombangnya diakstrekkan atau dipancarkan ke dalam air atau ubatan berbentuk tablet kunyah (yang perlu dimakan tiga kali sehari) bagi merangsang dan memperbaiki sistem organ yang meliputi sistem psikologi, saraf, tulang, otot, limpatik, pernafasan, penghadaman, peredaran darah, perkumuhan, endrokrin, pembiakan dan sistem otak. 

Disamping itu, tubuh manusia juga laksana sebuah komputer canggih yang perlu diformatkan  supaya segala  fail DNA yang selama ini bercelaru dapat disusun secara digital. Sehingga DNA yang sihat dan tersusun rapi tadi dapat merawat sel-sel dalaman, memperbaiki keseluruhan sistem saraf tunjang (Central Nerve system), menguatkan imun sistem, menguatkan antibodi, menstabilkan hormon dalaman dan memperbaiki kerosakan DNA sehingga ia menjadi DNA yang sihat dan kuat.

Malahan, DNA yang telah diterapikan tadi laksana stem sel asal yang bertujuan membaik pulih DNA pesakit dengan menyusunnya secara digital sehingga ia benar-benar tersusun rapi sebagai benteng pertahanan tubuh untuk melawan kuman dan radikal bebas.

Kesimpulannya, sebaik-baik penawar bagi sesuatu penyakit ialah terapi DNA pesakit itu sendiri. Oleh itu, motto kami ialah setiap penyakit ada penawarnya kecuali maut dan tua, serta mencegah itu lebih baik dari merawat.

Ahad, 4 November 2012

POLYCYSTIC OVARY SYNDROME (PCOS)




Wanita yang gemuk, pusingan haidnya tidak teratur dan tumbuh rambut pada kaki, badan atau muka. Berwaspadalah mungkin anda mengalami masalah kilang ovary bengkak atau ‘polycystic ovary’.

Polycystic Ovary Syndrom atau PCOs adalah suatu keadaan di mana kilang telur atau ovari pada seseorang wanita menjadi bengkak oleh sebab benih-benih telah terperangkap dalam ovari dan tidak boleh menetas pada waktu subur. Maka apabila berlaku keadaan seperti ini lama-kelamaan ovari akan membengkak dan menimbulkan berbagai jenis masalah kesuburan dan gangguan haid pada wanita tersebut.

Gejala utama akibat PCOS ialah kemandulan, sukar untuk hamil dan bila hamil, mudah gugur. Ramai juga dikalangan pengidap PCOS yang mengalami masalah tidak datang haid untuk jangka waktu yang panjang, perdarahan haid yang banyak atau berpanjagan, masalah kegemukan/obesity dan ada yang bermasalah tumbuh rambut pada kaki dada dan muka.

Kejadian penyakit ini kian meningkat di kalangan wanita-wanita Malaysia ke taraf yang membimbangkan kerana ia menjejaskan kesuburan dan keupayaan mereka untuk hamil dan melahirkan anak.

Apakah tanda-tanda penyakit Polycystic Ovary?

1. TIDAK SUBUR ATAU MANDUL

Kebanyakan dari pesakit-pesakit PCOs datang berjumpa doktor pakar sakit puan sebab sukar hendak hamil walaupun telah lama mencuba. Ada yang telah beberapa tahun berkahwin tetapi masih belum medapat zuriat. Ada yang berjaya mendapat anak pertama dan gagal untuk hamil lagi selepas itu. Ramai juga yang boleh hamil tetapi mudah gugur diperingkat awal kehamilan; malah ada yang berulang-ulang kali gugur.

Pelbagai Jenis Gangguan Haid

Tanda yang biasa ialah haid yang tidak teratur, biasanya lambat datang haid dan kadang- kadang jarak antara haid menjadi begitu jauh sekali sampai hingga 3 atau 6 bulan barulah datang haid yang berikutnya. Ada setengah wanita pula sampai setahun tidak datang haid.

2. Gemuk

Tanda lain ialah peningkatan berat badan menyebabkan wanita itu gemuk atau obes. Seringkali peningkatan berat badan ini berlaku secara mendadak selepas ia berkahwin dan pada ketika itu pusingan haid pun menjadi lebih tidak teratur dan kesuburan mereka sangat kurang ataupun langsung tidak subur kerana telur tidak dapat menetas.

3. Darah haid sikit atau berpanjangan

Wanita pula mengalami selain daripada pusingan haid yang begitu panjang jangka waktunya, ialah perdarahan haid yang mungkin berlaku dengan sedikit sekali, tidak seperti biasa haid akan keluar dengan sederhana selama seminggu. Tetapi wanita yang mengidap penyakit polycystic ovary akan mengalami haid yang sangat sedikit hanya menitis selama 2 atau 3 hari. Ada juga di kalangan mereka yang mengalami pendarahan yang berpanjangan sampai 15 hari ataupun 30 hari tanpa henti.

4. Tumbuh rambut

Setengah wanita pula tanda-tanda lain ialah tumbuh rambut pada kaki, tumbuh misai dan janggut dan juga tumbuh rambut pada bahagian tangan dan ada kalanya di bahagian dada. Ini menandakan peningkatan dalam hormon lelaki dalam darah wanita tersebut. Iaitu satu keadaan yang sering berlaku dikalangan pengidap penyakit polycystic ovary.

Kegagalan seseorang wanita untuk mengeluarkan telur atau ovulation boleh dikesan dengan beberapa cara.

Berikut pula tentang masalah ketidaksuburan yang berlaku di kalangan wanita pula dan kaedah rawatan yang boleh dilakukan.

Biasanya, kita boleh membahagikan punca masalah kemandulan atau ketidaksuburan bahagian wanita kepada beberapa jenis. Pertama mungkin ia berpunca dari masalah kegagalan untuk telur menetas ataupun kegagalan 'ovulation'. Maknanya telur wanita tidak dapat dikeluarkan daripada kilang ovari pada waktu tertentu. Wanita yang tidak dapat mengeluarkan telur atau gagal untuk ovulasi mungkin disebabkan oleh beberapa faktor.

Antaranya masalah kegemukan yang dikaitkan dengan gangguan hormon wanita. Wanita ini biasanya akan mempunyai ovari yang bengkak disebabkan telur-telur ini terperangkap dalam kilang ovari. Keadaan ini digelar dengan nama 'polycystic ovary'. Kadangkala wanita ini mempunyai tumbuhan rambut yang berlebihan pada bahagian kaki serta badan dan ada juga yang tumbuh misai.

Kegagalan penetasan telur mungkin disebabkan gangguan hormon yang mungkin disebabkan kandungan hormon susu ataupun prolactin yang tinggi. Keadaan ini digelarkan dengan 'hyperprolactinemia'. Ini biasanya disertai dengan tanda-tanda seperti haidnya tidak teratur, atau tidak datang langsung, ataupun kalau datang dua tiga bulan sekali. Kadangkala juga ia disertai dengan keluaran susu atau cecair daripada puting buah dada. Wanita-wanita ini didapati sukar untuk hamil. Keadaan seperti ini boleh disebabkan oleh satu tumbuhan pada kilang pituitari yang terletak pada bahagian otak.

Kadangkala juga kandungan prolaktin ini boleh meningkat dalam penyakit endometriasis yang sering melanda wanita dan tandanya ialah senggugut yang sangat teruk.

Kegagalan seseorang wanita untuk mengeluarkan telur atau ovulation boleh dikesan dengan beberapa cara. Di antaranya ialah jika haidnya tidak teratur ataupun lambat datang, misalnya pusingan haidnya berlaku dalam 2 atau 3 bulan sekali, kadangkala tidak datang sehingga 6 bulan. Ini adalah satu tanda yang mungkin wanita itu tidak mengeluarkan telur.

Kedua ia juga boleh dikesan dengan mencatitkan suhu badan setiap pagi dengan menggunakan alat suhu ovulation termometer yang boleh dibeli di farmasi. Paling penting sekali suhu badan ini patut disukat atau diambil sewaktu pagi sejurus ia bangun tidur sebelum ia memulakan aktiviti-aktiviti lain. Jika dicatitkan setiap hari, maka satu bentuk akan timbul, sebelum telur menetas berlaku, suhu badannya akan menurun sedikit dan sebelum telur keluar suhu badannya akan meningkat. lni lebih daripada paras biasa selama lebih kurang dua minggu. Jika tiada kehamilan, suhu badan akan turun dan akan diikuti dengan haid, tetapi jika ia hamil suhu badannya akan terus meningkat dan bila haidnya telah lambat dua minggu, ujian air kencing untuk mengesan kehamilan akan menjadi positif. Ketika itu juga kehamilan akan disahkan dengan melakukan ujian ultrasound scanning.

Lain-lain kaedah untuk mengesan ovulation ini juga boleh dilakukan dengan memeriksa air kencing setiap pagi, iaitu air kencing pertama pagi hari mulai pada hari ke sepuluh dikira pada hari pertama keluar haid. Biasanya haid turun seminggu bagi wanita biasa dan tiga hari kemudian iaitu hari ke sepuluh mulalah ia catitkan air kencingnya dengan ujian khusus untuk mengesan kesuburan. Banyak jenama ujian kesuburan melalui ujian air kencing ini didapati di pasaran dan mudah didapati di mana-mana kedai farmasi.

RAWATAN DI PUSAT PERUBATAN HOLISTIK

Wanita yang mengalami masalah kegagalan penetasan atau ovulation boleh dirawat dengan pelbagai kaedah.

Wanita-wanita yang mengalami masalah ‘polycystic ovaries' kadang-kadang agak sukar untuk merangsang telur daripada kilang ovari. Kadangkala ia terlebih rangsang dan banyak telur akan tumbuh dan kadangkala ada kemungkinan berlakunya kembar dari 2 bayi hingga ke lapan bayi.

Organ serviks pula adalah salah satu organ dalaman wanita yang sangat penting. Ini kerana antara fungsinya ialah ia menghasilkan cecair yang boleh melembabkan kawasan vagina sehingga segala anasir luar dapat disingkirkan.

Jika fungsi organ serviks berjalan dengan baik, ia akan memudahkan wanita untuk mengandung dan bertindak sebagai penyokong bayi yang berkembang di uterus semasa kehamilan.

Jika anda mengalami 'polycystic ovary syndrome’, kami di Perubatan Pusat Holistik mempunyai rawatan khusus yang mampu membunuh kuman penyebab 'polycystic ovaries’  dan rawatan yang mampu memperbaiki imun sistem, homon serta membantu menguatkan antibodi sehingga DNA tubuh pengidap 'polycystic ovaries dapat disusun secara digital dan DNA yang rosak dapat diganti dengan DNA yang sihat. Manakala stem sel pula dapat  dihidupkan kembali seperti sedia kala menurut kejadian manusia sehingga kebengkakan ovari dapat dipulihkan seperti sediakala.

Antara kelebihan Perubatan Holistik ialah ia mengandungi pelbagai kod penawar gelombang elektromagnetik yang mampu membunuh gelombang sesuatu penyakit,  mampu memperbaiki DNA, antibodi dan menguatkan sistem imun secara semulajadi.

Rawatan Perubatan Holistik juga boleh diibaratkan laksana anti virus yang mampu mengesan (scan) ketidakseimbangan tubuh dari hujung rambut ke hujung kaki. Jika ada DNA ataupun sel yang musnah, ia akan berusaha memperbaiki dan menstabilkan hormon-hormon serta menguatkan antibodi tubuh secara semulajadi menurut fitrah kejadian manusia.

Natijahnya, Perubatan Holistik sangat sesuai dengan penyakit berkaitan kanser dan penyakit   puan.

Selasa, 16 Oktober 2012

RAWATAN SINUS CARA BETUL



dianna.azaham@utusan.com.my

HIDUNG anda selalu tersumbat akibat selesema. Hingus anda berwarna kuning dan pekat. Anda juga sering batuk serta berasa penat dan pening.

Malah, pipi, sekitar mata, tulang atas gigi dan dahi sering berasa sakit seperti ada sesuatu di dalamnya yang menekan tengkorak anda.

Anda berasa anda diserang demam selesema lalu mengambil ubat selesema biasa tetapi ia masih tidak mengurangkan kesengsaraan anda.

Akhirnya anda mengheret kaki ke klinik setelah berdepan dengan pening yang teruk dan selepas diperiksa, doktor menyatakan anda menghidap sinusitis.

Sampai manakah tahap kesedaran anda? Adakah selepas pening teruk baru merujuk pada pakar atau masih membiarkannya kerana menganggap ia hanyalah masalah biasa berpunca daripada cuaca yang tidak menentu?

Ya, sinusitis bukanlah masalah yang membawa maut secara langsung tetapi ia memberi kesan kepada kehidupan seharian pesakit serta keyakinan diri.

Bayangkan, bagaimana anda mahu menjadi produktif atau bersemangat jika sering bersin tidak henti serta berasa pening yang teruk sehingga menjejaskan kehidupan anda.

Pakar Runding Pembedahan Telinga, Hidung dan Tekak, Kepala dan Leher, Pusat Perubatan Tropicana, Dr. Mallina Sivarajasingam berkata, ramai pesakit yang merujuk kepada pakar selepas melalui saat-saat menyusahkan itu untuk tempoh lama.

"Selesema biasa akan reda dalam tempoh tiga hari hingga seminggu dan jika berterusan, berkemungkinan pesakit mempunyai masalah sinusitis.

"Ada sesetengah kes pesakit tidak dapat melakukan pelbagai aktiviti yang melibatkan perubahan altitud seperti menaiki kapal terbang dan menyelam skuba disebabkan sakit kepala vakum (vacuum headache) akibat daripada sinusitis.

"Malah, ada yang sampai ke tahap jangkitan pada sinus menyebabkan adanya polip (ketumbuhan) di dalam hidung, menyukarkan pesakit untuk bernafas.

"Lagi teruk jika kuman sinusitis merebak ke otak kerana lapisan tulang kepala tidak tebal.
"Sinusitis boleh dirawat sama ada melalui pengambilan ubat-ubatan terutamanya antibiotik bagi mematikan kuman atau ada kes perlu melakukan pembedahan sinus," ujarnya.

Apa itu sinusitis Terang Dr. Mallina, orang ramai sering salah faham dengan istilah sinus. Semua orang mempunyai sinus iaitu rongga-rongga di dalam tengkorak yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil dan masalah yang dihidapi dipanggil sinusitis.

Sinus terletak pada bahagian muka iaitu pipi di bawah mata, di antara dua mata, sedikit di belakang hidung serta turut meliputi bahagian dahi seseorang.

"Ia berfungsi untuk meringankan tulang di samping memberi resonan pada vokal dan lendir yang dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa disalirkan ke dalam hidung.

"Jangkitan sinusitis atau resdung berlaku apabila salur yang pengaliran lendir secara semula-jadi itu tersumbat lalu membengkak serta bernanah di dalamnya," ujar Dr. Mallina.

Terangnya, pesakit akan merasa simptom seakan-akan selesema biasa tetapi dalam tempoh lama disertai dengan pelbagai simptom lain terutamanya pening dan sakit pada tulang di wajah iaitu di sekitar mata, pipi, atas gigi dan dahi.

Sinusitis dibahagikan kepada dua jenis iaitu akut (berlaku dalam tempoh pendek) dan kronik.
PuncaPelbagai punca menyebabkan sinusitis. Punca yang paling kerap adalah selesema biasa berlanjutan yang tidak dirawat lalu menyebabkan jangkitan bakteria pada sinus.

Rinitis yang teruk, berulang dan tidak dirawat juga boleh menyebabkan sinusitis kerana alahan pada hidung akan mengganggu bahagian sinus.

Sinusitis turut boleh berlaku jika pesakit pernah mengalami kecederaan pada tulang hidung atau keretakan pada tengkorak.

Tulang rawan yang bengkok mungkin terkena pada bahagian sinus lalu menyebabkan jangkitan kuman.

Selain itu, apa saja yang mengganggu sistem penyaliran mukus dari sinus akan menyebabkan sinusitis.

Perubahan cuaca sejuk, alahan, masalah sistem imun seperti virus HIV dan pesakit kanser yang menjalani kimoterapi juga boleh menjadi penyebab sinusitis.

Rawatan alternatifSinusitis yang lebih dikenali sebagai resdung dalam kalangan orang tempatan sering dikaitkan dengan 'ulat' yang memakan muka.

Pelbagai cara alternatif yang dijalankan bagi mematikan 'ulat resdung ' ini. Antara yang paling terkenal teknik berasap iaitu asap daripada kertas herba yang dibakar akan disalurkan pada seluruh muka.

Menurut Dr. Mallina, tidak ada masalah jika pesakit mahu berusaha melalui cara alternatif asalkan ia tidak memudaratkan.

Tetapi tegasnya, tiada teknik berasap yang digunakan dalam perubatan hospital dan dia juga tidak pernah menemui ulat di dalam rongga sinus.

"Apa yang paling hampir dengan teknik berasap tersebut adalah ubat wap mentol yang mampu melancarkan pernafasan tetapi ia hanya melegakan untuk sementara.

"Tiada masalah meneruskan rawatan alternatif asalkan tidak memudaratkan kerana saya percaya ia juga sebagai langkah psikologi untuk pesakit.

"Namun, saya syorkan pesakit juga mencuba rawatan dengan doktor kerana ia terbukti dengan kajian yang dijalankan oleh pakar," ujarnya.

Beliau turut menolak andaian yang jerawat berpunca daripada sinusitis kerana jelasnya, jerawat merupakan jangkitan pada lapisan luar iaitu kulit manakala sinusitis berada di dalam

Sumber: utusan.com.my

RAWATAN DI PUSAT PERUBATAN HOLISTIK DAN ALTERNATIF

Jika anda disahkan mengidap sinusitis (resdung) dan ingin membuat rawatan di Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif, anda dikehendaki memberikan sample DNA anda seperti  air liur dan rambut  supaya Perubatan Holistik dapat mengkodkan DNA anda yang berpenyakit, kemudian ianya akan diproses melalui pembantaian molekul sehingga DNA anda dapat disusun secara digital dan seterusnya diekstrakkan ke dalam ubatan berbentuk tablet kunyah yang perlu dimakan tiga kali sehari.

Biasanya, jika anda mengalami resdung dalaman, kesan sampingan yang anda hadapi ialah saraf, hidung, mata, telinga, kepala dan pernafasan akan berkurangan fungsinya. oleh itu, dengan mengamalkan perubatan Holistik ia laksana scaner yang mampu mengesan dan memperbaiki fungsi saraf pancaindera anda.


Rawatan di Pusat Perubatan Holistik sangat sesuai untuk mereka yang mengidap resdung kerana antara keistimewaan lain Perubatan Holistik ialah ia mengandungi pelbagai kod dan penawar gelombang elektromagnetik yang mampu mencari akar umbi sel-sel yang dijangkiti kuman dan seterusnya berusaha memusnahkan gelombang asal kuman tersebut yang berada di dalam tubuh pengidap resdung.


Apabila gelombang asal kuman penyebab resdung sudah dimusnahkan maka, fizikal kuman juga turut termusnah dan pesakit akan menuju ke arah penyembuhan. Anda juga dikehendaki mengamalkan perubatan holistik selama tiga hingga enam bulan sehingga kuman-kuman penyebab resdung dapat dimusnahkan secara menyeluruh.

Perubatan Holistik  laksana scanner yang mampu memusnahkan sel-sel kuman resdung dan mampu memperbaiki dan mengenalpasti antibodi dan imun sistem. Hanya sel-sel kuman penyebab resdung sahaja akan dimusnahkan, manakala antibodi dan imun sistem akan diperbaiki sehingga tubuh pesakit resdung dapat menyahkan sel-sel jahat secara semulajadi. 

Ini kerana segala ubatan yang dibekalkan sudah kami memori dan programkan supaya dapat mengenalpasti yang mana imun sistem atau  yang mana kuman-kuman perosak.


Natijahnya, Perubatan Holistik sangat sesuai bagi mereka yang mengidap resdung, alahan atau pelbagai penyakit lain.

Sabtu, 13 Oktober 2012

RISIKO MEMAKAN IKAN YANG TIDAK BERSISIK


Satu kajian di Jepun mengesahkan bahawa jenis ikan yang tidak bersisik membawa risiko yang tinggi kepada kesihatan. Samada ikan jenis dari laut atau sungai seperti patin dan keli atau ikan laut seperti pari(sekadar menyebut). Risiko ikan jenis tidak bersisik adalah kerana ia mengandungi kandungan RAKSA (MERCURY) yang tinggi dari ikan bersisik. Kesan raksa kepada seorang wanita mengandung yang kerap makan ikan tidak bersisik , insya ALLAH bakal melahir bayi `down syndrome’ dan pelbagai penyakit lain . Kesan raksa yang lain adalah kandungan toksid yang tinggi dalam darah yg menjurus kepada penyakit kronik.

Maklumat lanjut: http://newtowncrew.blogspot.com/2012/10/mengapa-tidak-boleh-makan-ikan-tidak.html#links

Selasa, 9 Oktober 2012

BAHAYA SUNTIKAN VAKSIN DAN IMUNISASI?



Jika kita melihat sejarah vaksin moden yang dilakukan oleh Flexner Brothers, kita dapat menemukan kegiatan mereka dalam penelitian tentang vaksinasi pada manusia telah dibiayai oleh Keluarga Rockefeller.
Rockefeller sendiri adalah salah satu keluarga Yahudi yang paling berpengaruh di dunia, dan mereka adalah bagian dari Zionis Internasional. Dan kenyataannya, mereka adalah pengasas WHO dan badan-badan strategik lainnya :
The UN’s WHO was established by the Rockefeller family’s foundation in 1948– the year after the same Rockefeller cohort established the CIA. Two years later the Rockefeller Foundation established the U.S. Government’s National Science Foundation, the National Institute of Health (NIH), and earlier, the nation’s Public Health Service (PHS).~ (Dr. Leonard Horowitz, “WHO Issues H1N1 Swine Flu Propaganda”)
Jika dilihat dari latar belakang WHO, jelas bahwa vaksinasi moden (imunisasi) adalah salah satu campur tangan (konspirasi) Zionisme dengan tujuan untuk menguasai dan memperhambakan seluruh dunia dalam “New World Order” mereka.

Ahad, 23 September 2012

SRUKTUR MOLEKUL DNA


Secara umumnya Atom karbon berwarna hitam, oksigen berwarna merah, nitrogen berwarna biru, fosfor berwarna hijau dan hidrogen pula berwarna putih. Deoksiribonuklik Asid lebih dikenali  sebagai DNA (deoxyribonucleic acid), adalah sejenis asid nuklik yang tergolong biomolekul utama penyusunan berat kering setiap organisme. Secara umumnya, DNA terletak di dalam sesuatu inti sel. Secara garis besar, peranan DNA di dalam sebuah sel adalah sebagai material genetik; artinya, DNA menyimpan cetak biru bagi segala aktiviti sel. Ini berlaku secara umum bagi setiap organisme. Di antara pengecualian yang menonjol adalah beberapa jenis virus (virus tidak termasuk organisme) seperti HIV (Human Immunodeficiency Virus).

STRUKTUR DNA

DNA merupakan polimer yang terdiri dari tiga komponen utama, iaitu gugus fosfate, gula deoksiribosa dan basa nitrogen. Sebuah unit monomer DNA yang terdiri dari ketiga komponen tersebut dinamakan nukleotida, sehingga DNA tergolong sebagai polinukleotida. Rantaian DNA memiliki lebar 22–24 Ã…, sementara panjang satu unit nukleotida 3,3 Ã…. Walaupun unit monomer ini sangatlah kecil, DNA boleh memiliki jutaan nukleotida yang terangkai seperti rantai. Misalnya, kromosom terbesar pada manusia terdiri di atas 220 juta nukleotida.

Struktur untaian komplementer DNA menunjukkan pasangan basa (adenin dengan timin dan guanin dengan sitosin) yang membentuk DNA beruntai ganda. Rangka utama untaian DNA terdiri dari gugus fosfate dan gula yang berselang-seling. Gula pada DNA adalah gula pentosa (berkarbon lima), iaitu 2-deoksiribosa. Dua gugus gula terhubung dengan fosfate melalui ikatan fosfodiester antara atom karbon ketiga pada cincin satu gula dan atom karbon kelima pada gula lainnya. Salah satu perbezaan utama DNA dan RNA adalah pada gula penyusunnya, di mana gula RNA adalah ribosa.

DNA terdiri di atas dua untaian yang berpilin membentuk struktur heliks ganda. Pada struktur heliks ganda, orientasi rantai nukleotida pada satu untai berlawanan dengan orientasi nukleotida untai lainnya. Ianya disebut sebagai anti paralel. Masing-masing untai terdiri dari rangka utama, sebagai struktur utama dan basa nitrogen yang berinteraksi dengan untaian DNA satunya pada heliks. Kedua untaian pada heliks ganda DNA disatukan oleh ikatan hidrogen antara basa-basa yang terdapat pada kedua untai tersebut. Empat basa yang ditemukan pada DNA adalah:

1. adenin (dilambangkan sebagai A)
2. sitosin (dilambangkan sebagai C, cytosine),
3. guanin (dilambangkan sebagai G),
4. timin (dilambangkan sebagaiT).

Adenin berikatan hidrogen dengan timin, manakala guanin berikatan dengan sitosin.

FUNGSI BIOLOGI

Pada replikasi DNA, rantaian DNA baru dibentuk berdasarkan urutan nukleotida pada DNA yang digandakan. Replikasi merupakan proses pelipatgandaan DNA. Proses replikasi ini diperlukan ketika sel akan membelah diri. Pada setiap sel, kecuali sel gamet, pembelahan diri harus disertai dengan replikasi DNA supaya semua sel turunan memiliki informasi genetik yang sama. Pada dasarnya, proses replikasi memanfaatkan fakta bahawa DNA terdiri dari dua rantai.

yang satu merupakan "konjugat" dari rantai pasangannya. Dengan kata lain, dengan mengetahui susunan satu rantai, maka susunan rantai pasangan dapat dengan mudah dibentuk. Ada beberapa teori yang cuba menjelaskan bagaimana proses replikasi DNA ini terjadi. Salah satu teori yang paling populer menyatakan bahawa pada setiap DNA baru yang diperoleh pada akhir proses replikasi; satu rantai tunggal merupakan rantai DNA dari rantai DNA sebelumnya, sedangkan rantai pasangannya merupakan rantai yang baru disintesis. Rantai tunggal yang diperoleh dari DNA sebelumnya tersebut bertindak sebagai "cetakan" untuk membuat rantai pasangannya.

Proses replikasi memerlukan protein atau enzim pembantu; salah satu yang terpenting dikenali dengan nama DNA polimerase, yang merupakan enzim pembantu pembentukan rantai DNA baru yang merupakan suatu polimer. Proses replikasi dimulakan dengan pembukaan untaian ganda DNA pada titik-titik tertentu di sepanjang rantai DNA. Proses pembukaan rantai DNA ini dibantu oleh beberapa jenis protein yang dapat mengenali titik-titik tersebut dan juga protein yang mampu membuka pilinan rantaian DNA. Setelah cukup ruang terbentuk akibat pembukaan untaian ganda ini, DNA polimerase masuk dan mengikat diri pada kedua rantai DNA yang sudah terbuka secara lokal tersebut. Proses pembukaan rantai ganda tersebut berlangsung disertai dengan pergeseran DNA polimerase mengikuti arah membukanya rantai ganda. Monomer DNA ditambahkan di kedua sisi rantai yang membuka setiap kali DNA polimerase bergesel. Hal ini berlanjut sehingga seluruh rantai telah benar-benar terpisah.

Proses replikasi DNA ini merupakan proses yang rumit namun teliti. Proses sintesis rantai DNA baru memiliki suatu mekanisme yang mencegah terjadinya kesalahan pemasukan monomer yang boleh mengakibatkan kecelakaan (fatal). Kerana mekanisme inilah kemungkinan terjadinya kesalahan sintesis amatlah kecil.
  
RNA

RNA bermaksud Ribonuklik Asid (Ribonucleic acid) yang merupakan bahan genetik dan memainkan peranan utama dalam ekspresi genetik. Di dalam intipati molekul genetik, RNA menjadi perantara antara informasi yang dibawa DNA dan ekspresi yang diwujudkan dalam bentuk protein.

STRUKTUR RNA

Struktur dasar RNA sama seperti dengan DNA. RNA merupakan polimer yang tersusun dari sejumlah nukleotida. Setiap nukleotida memiliki satu gugus fosfat, satu gugus gula ribosa dan satu gugus basa nitrogen (basa N). Polimer tersusun dari ikatan berselang-seling antara gugus fosfat dari satu nukleotida dengan gugus gula ribosa dari nukleotida yang lain.

Perbedaan RNA dengan DNA terletak pada satu gugus hidroksil tambahan pada cincin gula ribosa (sehingga dinamakan ribosa). Basa nitrogen pada RNA sama dengan DNA, kecuali basa timin pada DNA diganti dengan urasil pada RNA. Jadi, tetap ada empat pilihan: adenin, guanin, sitosin atau urasil untuk suatu nukleotida. Selain itu, bentuk konformasi RNA tidak berupa pilin ganda sebagaimana DNA, tetapi bervariasi sesuai dengan bentuk dan fungsinya.

BENTUK RNA

RNA hadir di dalam pelbagai bentuk. Sebagai bahan genetik, RNA berupa
sepasang pita (Double-stranded RNA, dsRNA).Terdapat tiga tipe RNA yang terlibat dalam proses sintesis protein:
1. RNA-pengantar (messenger-RNA, mRNA),
2. RNA-ribosom (ribos omal-RNA, rRNA),
3. RNA-transfer (:trans fer-RNA, tRNA).

Pada akhir abad ke-20 dan awal abad ke-21 diketahui bahawa RNA hadir dalam pelbagai bentuk dan terlibat dalam proses pasca-translasi.

Di dalam pengaturan ekspresi genetik, ianya dikenali sebagai RNA-mikro (miRNA) yang terlibat dalam "peredaman gen" manakala small-interfering RNA (siRNA) pula terlibat dalam proses pertahanan terhadap serangan virus.

FUNGSI RNA

Peranan penting RNA terletak pada fungsinya sebagai perantara antara DNA dan protein dalam proses ekspresi genetik kerana ini berlaku untuk semua organisme hidup. Dalam peranan ini, RNA diproduksi sebagai salinan kod urutan basa nitrogen DNA dalam proses transkripsi. Kod urutan basa ini tersusun dalam bentuk 'triplet', tiga urutan basa N, yang dikenal dengan nama kodon. Setiap kodon berelasi dengan satu asid amino (atau kod untuk berhenti), monomer yang menyusun protein.

RAWATAN DI PUSAT PERUBATAN HOLISTIK DAN ALTERNATIF

Jika anda mengalami sebarang penyakit dan ingin membuat rawatan di Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif, prosedur pertama yang kami perlu lakukan terhadap pesakit ialah dengan mengambil beberapa specimen DNA pesakit seperti air liur dan rambut.

Ini bertujuan supaya Perubatan Holistik dan Alternatif dapat memproses DNA yang berpenyakit tadi (melalui proses pembantaian molekul DNA pesakit) sehingga DNA yang berpenyakit tadi dirawat menggunakan peralatan terkini teknologi German yang dikenali sebagai OPAMP MACHINE sehingga ia menjadi DNA yang disusun secara  digital dan seterusnya tenaga gelombangnya diakstrekkan atau dipancarkan ke dalam air atau ubatan berbentuk tablet kunyah sehingga ubat tersebut dapat merawat sel-sel dalaman, memperbaiki sitem saraf, menguatkan imun sistem, menguatkan antibodi, menstabilkan hormon dalaman dan memperbaiki kerosakan DNA sehingga ia menjadi DNA yang sihat dan kuat.

Malahan, DNA yang telah diterapikan tadi laksana stem sel asal yang bertujuan membaik pulih DNA pesakit dengan menyusunnya secara digital sehingga ia benar-benar tersusun rapi sebagai benteng pertahanan tubuh untuk melawan kuman dan radikal bebas.

RADIKAL BEBAS

Radikal bebas sebenarnya berasal dari molekul oksigen yang secara kimia strukturnya berubah akibat dari aktiviti alam sekitar. Keadaan alam sekitar yang dapat memunculkan radikal bebas antara lain radiasi, polusi, asap rokok, asap kenderaan dan sebagainya. Radikal bebas yang berlegar-legar dan masuk ke dalam tubuh berusaha untuk mencuri elektron yang ada pada molekul lain seperti DNA dan sel.

Pencurian ini jika berhasil akan merosak sel dan DNA tersebut. Cuba bayangkan jika radikal bebas banyak berlegar-legar dan memasuki tubuh badan, maka akan banyak pula sel yang akan rosak. Akibatnya, kerosakan yang ditimbulkan dapat menyebabkan sel tersebut menjadi tidak stabil yang berpotensi menyebabkan proses penuaan dan boleh menyebabkan penyakit berbahaya seperti kanser.

Ubatan Holistik (kod penawar gelombang) yang dibekalkan sebenarnya mampu membantu menghentikan proses kerosakan sel dan DNA dengan cara memberikan elektron kepada radikal bebas. Antara fungsi ubatan holistik ia akan meneutralkan radikal bebas sehingga tidak mempunyai kemampuan lagi mencuri elektron dari sel dan DNA. Proses yang terjadi sebenarnya sangat komplek dan rumit namun, begitulah hakikatnya.

Tujuan kami mengambil sample rambut anda ialah supaya Perubatan Holistik dapat memperbaiki sistem saraf (Central Nevous System) dan imun sistem anda.

Tujuan kami mengambil sample air liur anda ialah supaya Perubatan Elektronik dapat mengimbangi kestabilan hormon dalaman anda termasuk Glandular System.


Antara kelebihan Perubatan Holistik lain ialah ia mengandungi pelbagai kod penawar gelombang elektromagnetik yang mampu membunuh gelombang penyakit yang ada di dalam tubuh, mampu membunuh jasad kuman, mampu memperbaiki DNA dan menguatkan antibodi serta  imun sistem secara semulajadi.

Hasil kajian perubatan menunjukkan bahawa tubuh badan kita memerlukan beberapa enzim bagi tubuh melaksanakan tugasan mereka.

Salah satu enzim yang berfungsi untuk menyahkan toksin dalam badan adalah enzim yang dipanggil Rhodanese yang boleh di jumpai dalam kuantiti yang banyak di seluruh tubuh yang sihat, kecuali pada bahagian yang ada sel-sel kanser.

Oleh itu, kami di Pusat Perubatan Holistik akan membekalkan gelombang elektromagnetik menyerupai vitamin B17 kepada pesakit kami sehingga ia mampu membunuh gelombang dan jisim sel kanser mahupun anasir jahat serta menyahkannya melalui peluh, air kencing dan pembuangan air besar. Ini kerana antara fungsi utama Perubatan Holistik ialah mampu membunuh sel kanser dengan efisyen.

Perubatan Holistik sangat sesuai bagi mereka yang menghidap kanser. Kerana apabila penawar gelombang elektromagnetik memasuki ke dalam tubuh pesakit kanser, ia akan dipecahkan oleh enzim Rhodanese. Kemudian enzim Rhodanese pula akan memecahkan Hidrogen Sianida dan Benzaldehyde kepada 2 bahagian, Thiocyanate dan Benzoic asid merupakan enzim yang sangat diperlukan oleh sel-sel yang sihat untuk menjalankan proses metabolisme.

Hasil proses metabolisme enzim tersebut akan menghasilkan vitamin B12 manakala lebihan dari proses metabolisme tersebut akan di keluarkan oleh sistem pembuangan samada melalui peluh, air kencing atau najis.

Pada sel kanser hanya terdapat enzim Beta-Glucosidase dengan banyaknya. Sebaliknya apabila ubatan berasaskan holistik  bertemu dengan enzim Beta Glucosidase, satu tindak balas kimia akan berlaku disini iaitu Hidrogen Sianida bergabung dengan Benzaldehyde. Gabungan ini akan menghasilkan sebuah bahan yang akan membunuh dan membinasakan sel-sel kanser.

Rawatan Perubatan Holistik juga boleh diibaratkan laksana anti virus yang mampu mengesan (scan) ketidakseimbangan tubuh dari hujung rambut ke hujung kaki. Jika ada DNA ataupun sel yang musnah, ia akan berusaha memperbaiki dan menstabilkan hormon-hormon serta menguatkan antibodi tubuh secara semulajadi menurut fitrah kejadian manusia.

Semoga anda menemui penawar yang dicari selama ini dan sebaik-baik penawar adalah terapi DNA kita sendiri. Oleh itu, motto kami ialah setiap penyakit ada penawarnya kecuali maut dan tua serta mencegah itu lebih baik dari merawat.