INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Selasa, 8 Jun 2010

VITAMIN B12 (CYANOCOBALAMIN)


Vitamin B12 atau cyanocobalamin adalah diperlukan bagi pembuatan bahan genetik pada sel (DNA) untuk pertumbuhan dan pembesaran. Pembentukan sel darah merah oleh sum-sum tulang adalah bergantung pada vitamin ini. Ia menolong memelihara sel saraf dan sel darah merah.

Ia juga terlibat dalam penggunaan folik asid dan karbohidrat dalam makanan. Asid hydroklorik melepaskan vitamin B12 di dalam perut ketika proses penghadaman. Selepas itu ia bercantum dengan sejenis bahan yang dipanggil faktor intrinsik (IF) sebelum ianya diserap ke dalam darah. Vitamin B12 juga perlu untuk memelihara sistem saraf yang sihat.


SUMBER
Vitamin B12 boleh didapati secara semulajadi pada haiwan termasuk ikan, susu, telur, daging dan ayam.

Bijirin sarapan pagi yang diperkayakan adalah sumber yang sangat baik vitamin B12 dan merupakan juga sumber yang berharga bagi vegetarians. Tempe yang diperbuat dari kacang soya juga mengandungi vitamin B12 yang sesuai untuk wanita mengandung.


KEKURANGAN
Kekurangan vitamin B12 boleh menyebabkan :
1. Keletihan, lemah badan.
2. Megaloblastic anaemia.
3. Sakit mulut dan lidah.
4. Kebas dan sesemut pada kaki dan tangan disebabkan oleh kerosakkan saraf tunjang.
5. Gangguan mental dan emosi.
6. Mudah marah dan mudah tersinggung.