INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Rabu, 24 Mac 2010

ANDROPAUS




Menopaus sering dikaitkan dengan kaum wanita, tetapi jangan hairan sekiranya kaum lelaki juga mengalami menopaus. Menopaus kaum lelaki dipanggil fenomena andropaus.

Lelaki yang berusia sekitar di antara 40 hingga 55 tahun akan berhadapan fenomena andropaus. Perbezaan di antara kedua-dua menopaus lelaki dam wanita ialah menopaus kaum wanita adalah apabila seseorang itu mengalami putus haid. Manakala bagi lelaki pula apabila paras hormon testosteron (hormon yang memberi sifat kelelakian) menurun dengan mendadak.

Secara umumnya lelaki normal sebenarnya sentiasa mengandungi banyak imej ‘nakal dan ghairah’ mengenai wanita dan gambaran ini ada sepanjang masa atau boleh muncul pada bila-bila masa sahaja. Jika gambaran ‘nakal’ ini hilang, bermakna lelaki berkenaan sebenarnya mengalami masalah fenomena andropaus.

Tanda-tanda Andropaus

Bukan mudah untuk setiap pasangan anda mengakui yang mereka mengalami masalah andropaus. Ini kerana mereka menganggap ia boleh menjatuhkan air muka mereka. Terdapat beberapa tanda yang menunjukkan mereka menghidap penyakit Andropaus, antaranya ialah:-

1. Keinginan seks menurun.

2. Orgasma dan ereksi pada waktu pagi berkurang.

3. Masalah ED (Erectile Dysfunction).

4. Menjadi sugul dan murung.

5. Hilang daya tumpuan.

6. Jisim otot menyusut.

7. Otot menjadi lemah.

8. Ukuran pinggang meningkat.

9. Kesihatan keseluruhan mula terjejas.

10. Cepat letih.

Faktor Lelaki Menopaus

Tabiat dan gaya hidup memberi pengaruh besar kepada kesihatan lelaki, terutama apabila umur meningkat. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi penyakit ini diantaranya ialah:-

1. Merokok .

2. Terlalu banyak memakan makanan yang mengandungi lemak dan seafood.

3. Memakan makanan yang mengandungi banyak garam .

4. Ketagihan alkohol dan nakotin.

5. Kurang melakukan senaman

Semua faktor di atas, disertakan gaya hidup mewah dan pasif, corak pemakanan yang tidak seimbang serta kurang perhatian terhadap taraf kesihatan, turut mempercepatkan proses penuaan dan andropaus sebelum tiba waktunya.

RAWATAN DI PUSAT PERUBATAN HOLISTIK DAN ALTERNATIF

Antara punca seseorang lelaki itu menghidap andropause (lelaki menopause) adalah berpunca dari masalah lemah tenaga batin yang biasanya berlaku akibat gangguan vaskular yang menjejaskan bekalan darah ke zakar.

Perjalanan darah boleh terganggu akibat pengerasan arteri (arteriosclerosis), diabetes, tekanan darah tinggi atau tahap kolesterol dalam darah yang luar biasa tingginya.

Diabetes (kencing manis) merupakan satu-satunya masalah utama yang boleh dikaitkan dengan lemah tenaga batin. Ia boleh menimbulkan kesukaran seksual lelaki pada sebarang usia melalui gangguan sistem perjalanan darah dan saraf yang terlibat untuk merangsang ketegangan. Kesannya, kira-kira setengah daripada penghidap diabetes lelaki akan menghidapi masalah lemah tenaga batin.

Jika anda mendapati diri anda tergolong dalam definisi andropause atau menuju ke arah andropause , maka kami di Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif mampu mengembalikan hormon kelakian anda seperti semulajadi dengan memancarkan penawar gelombang elektromagnetik secara langsung ke tubuh anda supaya Perubatan Holistik dapat memusnahkan gelombang penyakit yang ada ditubuh anda terutama penyakit berkaitan ED (Electile Dysfunction).

Disamping itu, kami juga akan memancarkan penawar gelombang elektromagnetik berupa multi vitamain dan pelbagai tenaga yang halus yang dapat menembusi sel-sel dalaman yang tidak dapat ditembusi oleh ubatan biasa.

Anda juga dikehendaki mengamalkan Perubatan Holistik selama empat hingga enam bulan atau sehingga penyakit anda benar-benar pulih.

Kesimpulannya, Perubatan Holistik sangat sesuai bagi penyakit ED, mati pucuk, kekurangan hormon lelaki dan pelbagai penyakit lain yang berkaitan saraf.

Untuk rawatan secara online berkaitan tenaga batin sila klik di sini.