INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Ahad, 11 April 2010

KANAK-KANAK HIPERAKTIF


Kanak-kanak yang sering dilihat tidak boleh duduk diam dan lebih gemar bermain biasanya disebabkan oleh sindrom yang dipanggil hiperaktif (ADHD - Attention deficit disorder). Kanak-kanak yang menghidap sindrom ADHD lebih bertenaga, cepat gelisah dan sukar memberi tumpuan.Biasanya ADHD ini lebih kepada kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan.





Hiperaktif (ADHD)

Kebiasaannya kanak-kanak hiperaktif ini boleh memahami dan berfikir tetapi sukar untuk memberi tumpuan atau perhatian. Oleh sebab itu kanak-kanak ini sukar untuk bergaul dengan masyarakat serta lemah dalam akademik.

Hasil kajian oleh doktor perubatan moden sukar menentukan punca atau penyebab sindrom ini namun menurut mereka sindrom ADHD ini melibatkan faktor genetik. Menurut mereka ADHD berlaku di sebabkan perubahan kimia yang dipanggil neurotransmitter pada otak dan ada juga yang berpendapat saiz otak kanak-kanak penghidap ADHD lebih kecil daripada otak normal diantara 5-10%. Ada juga yang menyatakan ibu yang merokok ketika hamil boleh menyebabkan kanak-kanak hiperaktif.

Faktor kelahiran pramatang atau bayi yang dilahirkan tidak cukup berat serta mengalami kecederaan pada otak semasa dalam kandungan juga dikatakan faktor atau punca kepada masalah hiperaktif.

Sifat atau sikap kanak-kanak hiperaktif


- Kanak-kanak hiperaktif biasanya akan bersikap degil.
- Mereka suka membantah.
- Suka melanggar peraturan terutama di sekolah.
- Lalai dan tidak memberi tumpuan.
- Sering merasa tidak puashati.
- Sering tertekan.
- Menghadapi masalah dalam pelajaran.
- Menghadapi masalah dalam hubungan sosial.
- Cepat takut dan risau.
- Suka berpeluh dan mengalami masalah sakit perut atau cirit birit.

RAWATAN DI PUSAT PERUBATAN HOLISTIK DAN ALTERNATIF

Pada asasnya simptom hiperaktif dapat diperhatikan sejak kanak-kanak itu berada pada usia 3 hingga 4 tahun dan jelas dapat dilihat sebelum usia 6 tahun.

Antara simptom yang dipamerkan termasuklah tidak dapat duduk diam, sentiasa berada dalam keadaan bergerak (sama ada berjalan ataupun berlari). Tidak dapat bermain dengan senyap, banyak bercakap, tidak sabar menunggu giliran untuk berbuat sesuatu, mengganggu perbualan dan permainan orang lain. Melakukan sesuatu mengikut desakan dalam atau gerak hati.

Kanak-kanak ini akan mengamuk apabila kehendaknya tidak dituruti. Kesukaran melakukan tugas yang berulang-ulang (kecuali jika aktivitinya menarik).

Sebenarnya, banyak daripada simptom yang disenaraikan di atas itu dipamerkan oleh kanak-kanak normal. Namun bagi kanak-kanak ADHD, ia terlalu kerap berlaku. Simptom itu dipamerkan dalam pelbagai keadaan sama ada di rumah di sekolah ataupun di rumah orang lain yang dilawati.

Simptom-simptom itu mengganggu fungsi kanak-kanak itu menyebabkan pencapaian di sekolah tidak cemerlang, bermasalah menjalinkan hubungan baik dengan rakan-rakan sebaya, malah dilihat sebagai pengacau. Antara kesan jangka panjang ADHD adalah gangguan kecemerlangan pencapaian akademik, kejayaan dalam pekerjaan dan perkembangan sosial serta emosi.

Jika anak anda mengalami hiperaktif, kami di Pusat Perubatan Holistik mempunyai ubat khusus untuk mereka yang dikatogerikan sebagai hiperaktif.

Antara ubat yang dibekalkan ialah pancaran gelombang elektromagnetik yang di kenali sebagai Anti Hiperactive, Brain organ, Multi Vitamins dan Children Remedy.

Biasanya, kami akan mengambil sample DNA kanak-kanak Hiperaktif seperti rambut, darah, air liur dan urin supaya Perubatan Holistik dapat mengkodkan gelombang penyakit asal Hiperaktif dan seterusnya memusnahkan gelombang penyakit yang ada di DNA dan tubuh kanak-kanak Hiperaktif.

Kesimpulannya, Perubatan Holistik sangat sesuai untuk kanak-kanak kerana ia diperbuat daripada glukos berbentuk tablet kunyah yang telah dipancarkan pelbagai penawar gelombang elektromagnetik yang mampu memperbaiki imun sistem dan mampu menguatkan antibodi sehingga kerosakan DNA kanak-kanak Hiperaktif dapat diperbaiki.

Untuk rawatan Perubatan Holistik secara online sila klik di sini.