INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Selasa, 11 Mei 2010

INSOMNIA


Bayi yang baru lahir sehingga berusia tiga bulan memerlukan tidur antara 16 hingga 20 jam sehari iaitu dalam jangka masa antara satu setengah jam hingga lima atau enam jam setiap kali pada siang hari.

Kanak-kanak kecil juga memerlukan tidur yang banyak. Orang muda dan remaja tidur dalam lapan atau sembilan jam setiap malam sementara orang dewasa boleh tidur tujuh hingga lapan jam. Kebiasaannya warga tua lebih kerap terjaga di waktu malam dan tidur di waktu siang

Warga tua tidak perlu atau tidak dapat tidur lama seperti tidur orang muda. Ini mungkin terjadi kerana mereka menjalani satu gaya hidup agak tidak aktif atau mendapat tidur yang banyak pada waktu siang.


APA ITU INSOMNIA
Insomnia merujuk kepada masalah untuk tidur yang menyebabkan pengidap Insomnia tidak mendapat tidur yang mencukupi atau tidur yang tidak berkualiti. Ini adalah penting untuk menekankan bahawa pada hakikatnya setiap orang mempunyai masalah tidur pada masa yang sama atau pada masa lain. Tekanan, kesedihan dan kebimbangan adalah punca-punca yang dikenal pasti untuk insomia. Sakit adalah mungkin punca yang lain, termasuklah jika terdapat kesakitan atau tidak selesa.

Terdapat banyak jenis pil tidur. Walaubagaimana pun ia adalah penting untuk tidak menggunakan pil tidur terlalu kerap. Ini adalah kerana jika anda terlalu bergantung kepada ubat ia akan menyebabkan ketagihan dan keadaan menjadi serius apabila terdapat kesan sampingan terhadap toksik dan anda sukar untuk berhenti dari mengambil pil tersebut. Anda mungkin juga perlukan untuk mengambil lebih banyak pil tidur untuk mendapatkan kesan yang diinginkan kerana badan anda menjadi imun terhadap ubat tersebut. Ia juga boleh menyebabkan anda mengantuk dan lembap pada waktu pagi. Namun begitu, pada satu ketika, pesakit langsung tidak dapat tidur selepas penggunakan pil tidur insomia.


RAWATAN DI PUSAT PERUBATAN HOLISTIK DAN ALTERNATIF

PANDUAN MEREKA YANG MENGIDAP INSOMNIA1. Jangan makan makanan yang berat sebelum tidur.
2. Usah memaksa diri untuk tidur dan merasa risau mengenainya.
3. Tidur hanya apabila anda rasa mengantuk dan gunakan tempat tidur anda untuk tidur sahaja bukannya sebagai pejabat atau tempat menonton televisyen.
4. Baca buku sehingga anda berasa bosan. Bangun semula jika anda tidak boleh tidur dalan masa setengah jam. Bangun semula,baca surat khabar, dengar sedikit muzik dan tidur semula setengah jam kemudian.
5. Bilik tidur itu sendiri boleh menjadi pengaliran udara yang baik dan sejuk,gelap dan senyap yang boleh.

Ramai pengidap insomia yang mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Holistik dapat mengatasi masalah mereka dengan rawatan terapi DNA di mana, kami akan mengambil sample DNA pengidap insomnia seperti rambut, darah, air liur dan urin supaya Perubatan Holistik dapat mengkodkan kerosakan DNA pengidap insomnia dan memperbaikinya dengan pancaran gelombang elektromagnetik secara auto lalu ditransferkan ke dalam medium berupa air atau tablet kunyah yang perlu di makan tiga kali sehari.

Antara keistimewaan Perubatan Holistik ialah ia mengandungi pelbagai penawar gelombang elektromagnetik yang berfungsi sebagai penenang jiwa. Tenaga yang diekstrakkan mampu memperbaiki sistem psikologi yang boleh menahan kegairahan, menenangkan jiwa dan membantu dalam tidur.

Antara keistimewaan lain Perubatan Holistik ialah ia mengandungi pelbagai gelombang elektromagnetik yang bertindak sebagai scanner yang mampu memperbaiki imun sistem dan mampu menguatkan antibodi secara semulajadi.

Untuk rawatan insomnia secara online sila klik di sini.