INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Rabu, 13 Mei 2009

FALSAFAH PERUBATAN HOLISTIK
.
Kelahiran perubatan elektronik merupakan kesinambungan terhadap kajian ilmu sains fizik yang terbukti mempunyai hubungan secara langsung dengan kehidupan alam semula jadi.

Fizik adalah pengajian terhadap peraturan dan fenomena alam semula jadi. Oleh kerana manusia merupakan sebahagian daripada komponen alam ini, maka sudah pasti aplikasi sains fizik kepada dunia perubatan dapat memberi manfaat kepada kesihatan manusia.

Kaedah perubatan yang tidak membawa fahaman sains Theo fizik (fizik keagamaan) dalam pengamalannya bererti telah meninggalkan satu keperluan terbesar ke arah penyembuhan total terhadap pesakit.

Hasilnya, dunia perubatan semakin bertambah kompleks walaupun pelbagai penemuan terbaru dari masa kesemasa dilaporkan. Malangnya, semua tumpuan serta kajian itu tertumpu kepada sumber yang berasaskan unsur jisim semata-mata.

Sedangkan, pesakit yang menjadi bahan kajian serta yang mahu dirawat itu tercipta dari dua unsur, iaitu unsur jasad (jisim) dan unsur roh (gelombang atau vital force).

Ilmu asas kedoktoran iaitu anatomi dan fisiology yang dihidangkan bagi melahirkan para perawat dan doktor selama ini gagal berfungsi kerana telah mengabaikan kajian terhadap kewujudan unsur gelombang (roh atau vital force) dalam tubuh kasar manusia yang merupakan asal usul kejadian manusia sebelum terbentuknya janin di dalam kandungan.

Kewujudan tenaga gelombang (hf) mengambil tugas deria kepada tubuh manusia yang membolehkan manusia mendengar melalui gelombang bunyi dan melihat melalui kehadiran gelombang cahaya .

Tanpa cahaya manusia berada dalam kegelapan. Cahaya merupakan zarah halus (microscopic particle) yang tidak boleh disentuh kerana ianya bukan jisim tetapi berupaya menghasilkan tenaga dalam bentuk gelombang.

Falsafah Perubatan Holistik menegaskan bahawa segala kewujudan adalah berasaskan tenaga. Tenaga membawa erti keupayaan melakukan sesuatu kerja. Dengan tenaga, semua jisim bergerak, berkembang dan bergetar.

Nabi Adam a.s adalah manusia pertama walaupun lengkap dan sempurna anatominya. Namun, masih terbujur kaku tidak bergerak serta tidak berfungsi seluruh sistem tubuhnya sehinggalah menerima tenaga asas iaitu roh.

Begitulah juga dapat disaksikan sebuah telefon bimbit yang terdiri dari komponen beberapa jisim seperti loga, plastik dan lain-lain tidak dapat berfungsi dan gagal menerima pancaran gelombang tanpa kuasa bateri.

Bayangkan, untuk telefon bimbit itu berfungsi ianya memerlukan dua eleman penting iaitu menerima pancaran dari rangkaian pemancar dengan melalui media alam semula jadi ciptaan Tuhan.

Bawalah kefahaman ini ke dalam teknologi kejadian manusia dan alam sejagat. Tuhan selaku empunya kepada tenaga mutlak dengan cahaya Ilahinya telah menyinari segala kejadian makhluk ciptaannya.

Sains Theo Fizik (sains fizik keagamaan) menjelaskan bagaimana radiasi dari tenaga fokal melahirkan tenaga spektra, propagasi atau penjelajahan gelombang dari satu arah ke suatu arah dengan kelajuan, jarak dan frekuensi tertentu bergantung kepada jumlah daya dengan menggunakan kiraan seperti newton, volt pada elektrik dan seumpamanya.

Tenaga itu sendiri tidak dapat diterangkan tetapi daya yang terhasil daripadanya boleh dibandingkan dan boleh disukat. Oleh itu, tenaga (gelombang) bukanlah suatu jisim dan tidak mempunyai rupa dan bentuk yang mampu kita lihat.

Inilah tenaga gelombang yang menjadi asas kepada teknologi Perubatan Elektronik. Perubatan Holistik adalah satu aliran baru di dalam sains perubatan. Asas kefahaman terhadap teknologi ini ialah semua kehidupan dan kewujudan mestilah berada dalam keadaan keseimbangan.

Tuhan menjadikan ciptaannya berpasangan dan berkembar. Siang malam, panjang pendek, lelaki perempuan, penyakit, penawar dan sebagainya.

Semuanya mempunyai peranan dan sokong menyokong antara satu sama lain bagi tujuan keseimbangan dan keharmonian. Inilah yang dinamakan 0 mutlak (Absolute Zero), yang dilabelkan sebagai sihat.

Segala sesuatu yang berjauhan darinya adalah tidak sihat. Semua ini dapat diterangkan dalam bentuk nombor dan angka.

Bagaimana untuk mendapatkan status sihat dalam bentuk angka? Sebenarnya semua benda berada di sekeliling kita bergerak dan bergetar. Gerakan dan getaran ini dinamakan simple harmonic motion yang mempunyai kelajuan, jarak gelombang dan kekerapan ulangan tersendiri.

Berdasarkan hukum resonans yang mampu menyukat alunan bunyi gema dapat dikira kod-kod tertentu bagi penyakit sesuatu organ dan sebagainya, bagi menwakili jisim tersebut dalam bentuk gelombang dan dengannya dibuat pengiraan kepada kod-kod tersebut untuk tujuan rawatan.

MEKANISME RAWATAN PERUBATAN HOLISTIK
.Dalam tubuh manusia terdapat bahan kimia yang akan bertukar menjadi racun apabila jumlahnya melebihi keperluan sistem tubuh dalam keadaan normal dan ia juga bertindak sebagai penawar kepada penyakit dan racun bagi memastikan kesihatan berkekalan.

Semua gejala yang lahir serta kelancaran fungsi sistem tubuh adalah dibawah kawalan Sistem Saraf Pusat (Central Nervous System). CNS bekerja secara automatik dengan menerima dan menghantar maklumat serta mengeluarkan arahan tertentu selaku pentadbir tubuh.

Allah S.W.T. yang menjadikan manusia dengan keadaan sempurna telah menyediakan segala bahan dan kelengkapan semula jadi yang terdapat pada setiap sistem dan dengannya tubuh berupaya merawat dirinya sendiri di bawah pengawasan CNS.

Namun, disebabkan oleh beberapa faktor seperti, amalan pemakanan yang bertoksid, pencemaran udara, bebanan mental dan fizikal, Miasma keturunan dan sebagainya menyebabkan ketahanan semulajadi tubuh serta sensitiviti CNS berkurangan.

Ditambah pula dengan penggunaan ubat-ubatan berunsur dadah dan steroid yang secara langsung bertindak terhadap CNS. Akibatnya CNS menjadi lemah dan gagal menjalankan fungsinya bagi merangsang pengeluaran enzim dan mengawal keseimbangan hormon serta menyebabkan kegagalan kepada organ dari terus bertindak yang menyebabkan kadar toksik meningkat di dalam tubuh dan akhirnya menjadi penyakit.

Perubatan Holistik yang berasaskan teknologi gelombang (hf) dan kod gelombang tertentu dengan pelbagai potensi bertindak melalui CNS bertujuan merawat, memenuhi dan mengimbangi semula segala keperluan untuk tubuh menjalani aktiviti biasanya serta dapat meningkatkan sistem imun bagi mewakili tenaga sesuatu jisim.
.
Kerana antara kelebihan Perubatan Holistik ialah ia tidak menggunakan sebarang dadah, steroid, bahan toksik dan bahan kimia yang boleh mendatangkan kesan sampingan dalam jangka masa panjang.
.
KENAPA PERLU BERALIH KEPADA PERUBATAN HOLISTIK
.Penggunaan bahan kimia, steroid atau dadah dalam perubatan hanya untuk menahan sakit sesuatu penyakit dan hanya tertumpu kepada pemulihan terhadap simptom sesuatu penyakit tanpa merawat punca penyakit tersebut.

Penggunaan bahan kimia, steroid, dadah atau bahan bertoksid juga akan menyebabkan gangguan terhadap 'Central Nerve System' (CNS) yang akan mengakibatkan kemunculan penyakit baru (kesan sampingan) akibat kegagalan 'Central Nerve System' (CNS) di dalam mengawal fungsi organ dengan baik.

Sebaliknya, Perubatan Holistik pula bertindak merangsang 'Central Nerve System' (CNS) bagi mengaktif dan merawat fungsi organ serta meningkatkan sistem imun tubuh badan secara semula jadi. Perubatan Holistik juga mampu bertindak memperbaiki kerosakan DNA dan RNA seseorang pesakit.

Pendekatan Perubatan Holistik lebih kepada mengeluarkan toksid dan penyakit yang terdapat di dalam badan seorang pesakit, dengan membunuh akar umbi sesuatu penyakit tersebut.

Manakala tenaga penawar gelombang yang digunakan 125,000 kali lebih halus dari nano dan 2,500 lebih halus dari sel darah sehingga ia dapat menembusi sel-sel mati yang tidak dapat ditembusi oleh ubatan biasa.
.
Perubatan Holistik juga laksana scanner yang mampu mengesan penyakit yang telah lama terpendam mahupun penyakit yang mendatang.
.
APLIKASI PERUBATAN HOLISTIK

Perubatan Holistik merupakan perubatan terkini yang dihasilkan melalui proses pancaran ribuan gelombang 'Electromagnetic Coding' ke atas bahan-bahan yang diperlukan bagi merangsang dan memperbaiki sistem organ yang meliputi sistem psikologi, saraf, tulang, perkumuhan, endrokrin, pembiakan dan sistem otak.
.
Serangan suatu penyakit atau suatu gangguan terhadap fungsi organ juga dapat ditunjukkan melalui gangguan terhadap 'Wave Patten' dan 'Wave Lenght' sesuatu organ.
.
Bahan-bahan yang diperlukan bagi merangsang fungsi organ dan gelombang suatu penyakit dikodkan secara 'Electromagnetic Coding' bagi digunakan samada dalam bentuk 'Constructive Wave Interference' atau 'Destructive Wave Interference'.