INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Khamis, 9 Julai 2009

PANDUAN MALAM PERTAMA


Rasulullah s.a.w. pernah berpesan kepada Saidina Ali k.wh. supaya menjaga sunah dan adab malam pertama. Di mana, Baginda melarang pasangan pengantin baru memakan beberapa makanan selama seminggu, antaranya:
.
1. Kopi pekat.
2. Makanan bercuka dan berasid seperti jeruk.
3. Makanan berempah yang terlalu banyak.
4. Epal hijau yang masam.

.
Antara sebab Rasulullah melarang makanan tersebut ialah kerana dikhuatirkan boleh menyebabkan kemandulan dan menghidap masalah penyakit puan.

Saidina Ali k.wh. pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. mengapa Baginda melarang memakan makanan bercuka terhadap orang yang baru mendirikan rumahtangga.
.
Dalam jawapannya, Rasulullah s.a.w. mengatakan bahawa jika wanita yang baru berumahtangga dalam keadaan haid dan memakan makanan berasid atau bercuka, ia boleh menyebabkan pendarahan dalaman atau haid berpanjangan.

Jika banyak memakan makanan yang berempah pula akan menyebabkan datang bulan tidak teratur dan sakit bila bersalin.
Manakala banyak makan epal hijau yang masam pula boleh menyebabkan tidak datang haid atau haid tidak teratur sehingga mendapat penyakit dalaman dan sakit puan.

Tanda wanita yang sihat ialah apabila haidnya teratur dan keluar setiap bulan. Ini kerana setiap bulan darah kotor yang keluar akan digantikan dengan darah baru. Sebab itu, kulit wanita yang haidnya teratur sentiasa kelihatan lembut dan gebu.

WASIAT RASULULLAH S.A.W. KEPADA SAIDINA ALI K.WH.
.
“Wahai Ali, ketika anda ingin memasuki rumah setelah diijabkabulkan lakukanlah seperti berikut: membuka kasut isteri anda, mencuki kaki isteri anda dan setelah itu renjiskan air bekas cucian kaki isteri anda di setiap ruang rumah.”
Seterusnya Rasulullah melanjutkan,
“Jika anda melakukan ini semua, maka Allah s.w.t. akan menghindarkan anda dari 70 jenis kefakiran, memberikan anda 70 keberkatan dan mengurniakan anda 70 kerahmatan.”
Para ulama muktabar dan para imam Ahlul Bait berpendapat jika seseorang yang baru berumahtangga mampu melakukannya, nescaya penghuni rumah tersebut akan dihindarkan dari penyakit kusta, mental dan sopak.
.
HARI YANG SESUAI UNTUK MELAKUKAN HUBUNGAN SEKS
.
Setiap kali pasangan suami isteri ingin melakukan hubungan seks, ada hari-hari yang sangat dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. dan ada hari-hari yang ditegah. Di sini disenaraikan hari-hari tersebut.
MALAM ISNIN
.
Jika suami isteri melakukan hubungan seks di malam Isnin dan jika benihnya melekat nescaya anak yang dilahirkan akan menjadi seorang pengamal Kitabullah.

MALAM SELASA
.
- Anak yang dilahirkan akan menjadi seorang yang sentiasa mengesakan Allah s.w.t..
- Allah akan menjadikan anaknya seorang yang alim.
- Percakapannya sentiasa dipercayai, murni dan harum.
- Mempunyai sikap belas kasihan sesama insan.
- Tidak suka mengumpat dan bercakap bohong.

MALAM KHAMIS
.
Anak yang dilahirkan akan menjadi orang bijaksana dan berpengetahuan luas.

MALAM JUMAAT
.
Anak yang dilahirkan akan menjadi bijak berbicara dalam berdakwah. Jika pasangan suami isteri melakukan hubungan seks selepas solat Isyak yang akhir, anak yang dilahirkan akan menjadi seorang wali dan pemimpin.
.
HARI JUMAAT SELEPAS SOLAT ASAR
.
Anak yang dilahirkan akan menjadi terkenal dan orang alim.

HARI YANG DITEGAH MELAKUKAN HUBUNGAN SEKS
.
DI ANTARA SOLAT MAGHRIB DAN SOLAT ISYAK
Anak yang dilahirkan akan menyebabkan menjadi anak yang tidak beriman dan ahli sihir.

DI AWAL DAN PERTENGAHAN BULAN ISLAM
Anak yang dilahirkan akan mendapat penyakit sopak dan sakit mental.

SELEPAS SOLAT ZUHUR
Menyebabkan syaitan bergembira

PERKARA YANG DILARANG KETIKA MELAKUKAN SEKS (KETIKA MEMASUKKAN ZAKAR KE DALAM FARAJ)
.
1. Tidak boleh berbual-bual kerana boleh menyebabkan anak yang lahir tidak beriman.
.
2. Tidak dibenarkan melihat faraj isteri kerana dikhuatirkan anak akan menjadi buta.

3. Suami dilarang membayangkan wanita lain kerana jika anak lelaki yang lahir boleh menyebabkan anak tersebut berkelakuan seperti wanita.

4. Isteri juga dilarang membayangkan lelaki lain kerana jika anak perempuan yang lahir boleh menyebabkan anak tersebut berkelakuan seperti lelaki.
5. Dilarang membaca Al-Quran ketika jimak kerana dikhuatirkan di timpa bala seperti kebakaran.
.
6. Ditegah melakukan jimak sambil berdiri kerana ia adalah amalan binatang seperti kuda.
7. Dilarang melakukan hubungan badan di malam hari raya puasa dan hari raya haji kerana dikhuatirkan anak akan mempunyai enam jari atau kecacatan lain.

8. Ditegah melakukan jimak di bawah pancaran matahari kerana boleh menyebabkan anak menjadi fakir atau mati (dalam kandungan atau semasa bayi).

9. Dilarang melakukan jimak di bawah pokok berbuah kerana boleh myebabkan anak menjadi pembunuh dan penjahat.
.
10. Ditegah melakukan hubungan seks di antara azan dan iqamat kerana boleh menyebabkan anak suka kepada pertumpahan darah.
11. Dilarang melakukan hubungan badan di malam Nisfu Sya’ban kerana dikhuatirkan anak menjadi sombong, bongkak dan takabur.

Tambahan:

Ketika anda sedang mengandung anda disarankan meminum air sebanyak mungkin supaya darah dan janin mendapat bekalan oksigen secukupnya. Jika boleh, elakkan pemakanan yang mengandungi  asid belebihan, air bergas dan seafood seperti sotong kerana ia mengandungi bahan kimia seperti kadmium yang tinggi. Tentang bahaya sotong sila klik di sini. tentang bahaya asap rokok sila klik di sini.  Manakala tentang bahaya minuman bergas sila klik di sini.