INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Rabu, 4 Ogos 2010

AIR ZAMZAM



Rasulullah s.a.w. bersabda : Ertinya: "Air Zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan atau dikehendaki." (Diriwayatkan dari Jabir, lbnu Abbas, lbnu Umar dan Muawiyah).
.
Ahli-ahli ilmu telah meluaskan huraian mereka mengenai dengan hadis di atas.
.
Al-Munawa Rahimahullah Ta'ala telah berkata: "Air Zam zam ialah penghulu segala air, paling mulia, paling berharga dan paling disukai. Allah Ta'ala telah memberi minum dan menolong putera kekasihnya, Nabi Ismail bin Nabi Ibrahim a.s. dengan air Zamzam. Maka begitulah pertolongan yang seperti itu juga boleh diperolehi oleh orang-orang yang selepas baginda, iaitu bagi sesiapa sahaja yang meminumnya dengan niat ikhlas, termasuk juga kita. Ramai para ulama telah meminumnya kerana sesuatu hajat, dan mereka itu berhasil memperolehinya".
.
Disebut oleh pengarang kitab 'al-'Aqdus Sameen, bahawa Ahmad bin Abdillah Asy-Syarifee, seorang khadam di Tanah Haram Makkah telah meminum air Zamzam dengan niat dan tujuan untuk berubat daripada buta. Lalu (dengan izin Allah) beliau itu sembuh. Menurut pengarang kitab ini lagi, bahawa kejadian ini dikhabarkan sendiri oleh gurunya, al-Fufti Abdul Rahman bin Abil Khair alFasi.
.
Berkata al-lmam an-Nawawi Rahimahullah sebagai mengulas hadis di atas: "Maknanya, barangsiapa yang minum kerana sesuatu hajat, nescaya memperolehi hajatnya itu, Hal ini, telah dicuba oleh para ulama dan orang-orang soleh bagi segala hajat mereka, sama ada hajat akhirat mahupun hajat dunia, dan Alhamdulillah, semuanya telah memperolehinya." (Lihat Tahzibul Asma Wal~Lughat 3/139).
.
lbnul Qayyim al-Jauziah pula berkata: "Saya dan juga orang-orang lain sudah pun mencuba berubat dengan air Zamzam. Saya telah berubat dengannya dalam banyak penyakit, dan sembuh dengan izin Allah. Demikian juga saya sudah menyaksikan orang yang menggantikan makanan biasa dengan air Zamzam hampir setengah bulan atau lebih , tetapi tidak merasa lapar. Bahkan dia juga tawaf bersama orang ramai, mampu menggauli isterinya dan berpuasa."
.
Ibnul Qayyim al-Jauziah menambah: "Telah berlaku kepada diri saya sewaktu di Makkah, saya jatuh sakit, dan pada masa itu benar-benar ketiadaan ubat dan doktor. Maka saya pun berubat sendiri dengan al-Fatihah. Saya ambil air Zamzam, dan saya bacakan di atasnya berulang kali, kemudian saya minum, lalu saya mendapati kesembuhan yang sempurna. Semenjak itu saya melakukannya atas banyak penyakit dan semuanya memberi sebesar-besar manfaat." (Lihat Zadul Ma'ad 4/718).
.
Berkata pula AI-Hakim: "Bahawa Abu Bakar Muhammad bin Jaafar telah bercerita tentang diri lbnu Khuzaimah (lbnu Khuzaimah ialah seorang ilmuan besar), katanya: "Saya telah mendengar orang bertanya kepada lbnu Khuzaimah: "Dari manakah tuan memperolehi ilmu? " lbnu Khuzaimah menjawab: "(Bukankah) Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: "Air Zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan?" (Lihat Sairul A'Iam anNubala14/370).
.
Jika diperhatikan dengan sehalus-halusnya keterangan di atas, maka nyatalah yang amat mustahak itu ialah niat dan keimanan yang seikhlas-ikhlasnya untuk mengiringi perbuatan minum itu. Tidak memadai setakat minum semata-mata tanpa niat dan tanpa yakin terhadap iradat dan kudrat Allah yang menunaikan hajat kita. Kerana itu, minum yang kosong daripada niat dan keyakinan mungkin sahaja tidak mendatangkan hasil, sesuai dengan maksud dan tujuan hadis yang disebutkan di atas.
.
ADAB MEMINUM AIR ZAMZAM
Terdapat beberapa adab atau peraturan bagaimana meminum air Zamzam itu, antaranya:
.
Daripada Abdullah bin Abi Mulaikah, katanya: "Seorang laki-laki telah datang menemui lbnu Abbas. Lalu bertanya lbnu Abbas: "Tuan datang dari mana?" Lelaki itu menjawab: "Saya baru sahaja meminum air Zamzam". Tanya lbnu Abbas lagi: "Adakah tuan minum itu mengikut cara yang sepatutnya'?" Lelaki itu tidak menjawab, sebaliknya bertanya pula kepada lbnu Abbas: "Bagaimanakah caranya wahai lbnu Abbas?" Maka lbnu Abbas pun menjelaskan: "Apabila minum air Zamzam hendaklah menghadap kiblat, sebutkan nama Allah (baca Bismillah) dan bernafas di luar bijana, kemudian baru teguk lagi, dan (sesudah selesai minum) ucapkan pujian kepada Allah (baca Alhamdulillah). Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ada bersabda: "Perbezaan di antara kita dengan orang ramai (kaum munafik) ialah bahawa mereka itu tidak suka meneguk (minum) air zamzam." (Hadis riwayat Addara Qutni dan lbnu Majah).
.
Daripada 'Ikramah meriwayatkan, bahawa adalah lbnu Abbas r.a. apabila minum air Zamzam beliau berdoa (ertinya) : "Ya Allah ya Tuhanku, aku bermohon kepadaMu supaya dikurniakan ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan daripada segala penyakit." (Diriwayatkan oleh ad-Dara Qutni dan lbnu Majah).
.
Menurut riwayat, lbnu Abbas adalah seorang sababat yang sangat mendalam ilmunya, luas rezekinya dan tidak pernah sakit kecuali penyakit tua.
.
Syeikh Jamaludin Muhammad Jarullah bin Muhammad Nuruddin ddi alam kitabnya, al-Jamiul Latif fi Fadhli Makkah dalam bab Adab meminum air Zamzam berkata: "Berkata seorang ulama, sesiapa yang hendak meminum air Zamzam, eloklah dia mengambil bekas yang berisi air Zamzam dengan mengadap kiblat, kemudian berkata: Ya Allah, sesungguhnya telah sampai kepadaku daripada nabiMu s.a.w. bahawa baginda bersabda: Maka Ya Allah, aku meminum air Zamzam ini untuk............. (sebutkan apa yang dikehendaki). Selepas itu diminum seteguk, kemudian bernafas diluar bijana itu. Begitulah dilakukan sebanyak tiga kali. Setiap kali meneguknya dibaca Basmalah dan setiap kali selesai, dibaca Hamdalah. Beginilah cara meminum air Zamzam yang diriwayatkan daripada lbnu Abbas dan doa yang di atas dibaca ketika meminumnya.

KELEBIHAN AIR ZAMZAM
1. Air Zamzam merupakan air yang terbaik di atas muka bumi dan boleh menyembuhkan penyakit (dengan izin Allah) sebagaimana sabda Nabi yag maksudnya: "Sebaik-baik air yang ada di muka bumi ialah air Zam Zam. Terdapat di dalamnya zat makanan (orang yang meminumnya akan merasa kenyang seperti memakan makanan) dan penyembuh daripada penyakit".
.
2. Air Zam Zam diberkati dan mengenyangkan peminumnya. Abu Zar (Jundub Bin Junadah) Al-Ghifari telah menceritakan mengenai kedatangannya ke Makkah sehingga bertemu Rasullah SAW dan seterusnya memeluk Islam. Menurut beliau, setelah bertemu Rasullah SAW Baginda bertanya kepadanya: "Sejak bila kamu berada di sini?". Jawabnya : Semenjak 30 hari yang lalu. Rasullah SAW bertanya lagi: "Siapa yang memberi kamu makanan?". Jawab Abu Zar: Saya tidak mempunyai makanan dan saya hanya meminum air Zamzam sahaja. Tetapi saya merasa semakin gemuk dan tidak pernah merasa lapar."
.
Rasullah SAW bersabda yang maksudnya : "Sesungguhnya air Zamzam merupakan air yang diberkati. Sesungguhnya ia mengandungi zat makanan (orang yang meminumnya akan merasa kenyang seperti memakan makanan)".
.
3. Air Zamzam menyempurnakan hasrat peminumnya (dengan izin Allah). Sabda Rasullah SAW yang maksudnya : "Air Zam zam itu untuk sebarang tujuan (niat) orang yang meminumnya (dengan Izin Allah)".
.
KEBENARAN MENGAMBIL AIR ZAMZAM
Nabi SAW telah menghantar sepucuk surat kepada Suhail Bin 'Amr yang berbunyi:"Jika suratku ini sampai kepadamu pada waktu malam, maka janganlah kamu lengahkan sehingga waktu pagi atau jika ia sampai pada waktu pagi janganlah kamu lengahkan sehingga waktu petang untuk menghantar air Zamzam kepadaku".
.
Aisyah pernah membawa air Zamzam di dalam botol dan beliau memberitahu bahawa Rasullah SAW telah membawanya di dalam bekas air. Baginda menyiramnya ke atas orang yang sakit dan menyuruh mereka meminumnya".
.
Antara sebab lain air Zamzam dibolehkan mengeluarkan air Zam zam daripada Tanah Haram ialah kerana air Zamzam akan bertambah dan tidak berkurang. Sebaliknya tanah dan batu tidak boleh dikeluarkan (menurut mazhab Syafi'ie) kerana ianya tidak bertambah.