INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Ahad, 27 Jun 2010

VITAMIN B4

Vitamin B4 dikenali juga dengan adenin, yang berperanan penting dalam DNA dan RNA. Vitamin B4 merupakan pengganti sebagai koenzim untuk memproduksi energi. Secara sederhana, peranan vitamin B4 menstransfer energi kimia untuk kepentingan metabolisme sel.


CHOLINE
Choline merupakan sejenis zat yang sering juga disebut sebagai vitamin B4. Zat ini, menurut laporan Food and Nutrition Board of the Institute of Medicine telah menjadi sebahagian dalam keperluan makanan untuk kesihatan kerana ia berhubungkait dengan memori, fungsi jantung, hati dan perkembangan otak.
.
Kemampuan choline dalam memperbaiki memori ini dibuktikan dalam sebuah kajian. Di mana, tikus yang mendapat bekalan choline selama minggu kedua kehamilan menunjukkan perubahan fungsi otak. Tikus-tikus itu juga menunjukkan adanya peningkatan memori dalam waktu lebih lama berbanding dengan yang tidak dibekalkan choline.
.
Choline merupakan bahan utama fosfolipid membran sel, termasuk sel otak. Di sini choline berperanan sebagai penyampai signal dari luar ke dalam sel. Zat ini dapat meningkatkan actylcholine neurotransmitter yang membantu dalam perkembangan perkembangan otak. Di dalam otak, choline merupakan bahan pembentuk sphyngomyelin yang diperlukan dalam proses perkembangan otak janin.
.
Ada dua ra pemberian choline, samada pemberian choline ketika hamil atau ketika menyusukan bayi. Namun, hasil yang terbaik ialah memberikan choline ketika mengandung.

Semasa mengandung dan mengamalkan vitamin B4, sejumlah besar choline disalurkan melalui plasenta dari ibu ke janin.

Choline juga penting untuk mengatur metabolisme lemak, pembentukan kolesterol dalam tubuh, mengatur kerja ginjal, hati dan hempedu. Zat ini amat penting bagi ibu hamil kerana berperanan sebagai perkembangan janin.

Bagi mereka yang aktif dan ahli sukan, zat ini baik untuk meningkatkan daya tahan, kecergasan dan membantu menguatkan ketahanan fizikal.
.
Vitamin B4 sangat berguna untuk fungsi memori dan minda, terutama kepada pesakit Alzheimer. Mereka yang mengidap masalah jantung dan hati juga sangat sesuai mengamalkan vitamin B4.
.
KEKURANGAN VITAMIN B4
Kekurangan choline atau Vitamin B4 boleh menyebabkan:
1. Tekanan darah tinggi.
2. Arterosklerosis.
3. Sirosis.
4. Berlebihan lemak dalam hati.
5. Mengganggu fungsi ginjal,
6. Kemandulan.
7. Pertumbuhan tulang yang tidak normal.
8. Melemahkan memori.
9. Melemahkan denyutan jantung.

Secara semulajadi janin akan memperoleh choline atau Vitamin B4 melalui ibunya. Melihat betapa pentingnya Vitamin B4, kini choline menjadi salah satu pelengkap zat susu formula. Di dalam makanan, choline boleh diperolehi dalam kuning telur dan daging.