INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Selasa, 31 Ogos 2010

KESAN PENGAMBILAN MAKANAN

Makanan yang kita makan adalah menyerupai bahan bakar. Makanan akan memberikan tenaga pada tubuh sehingga dapat berfungsi dengan baik dan efisien . Jika kita tidak memastikan bahawa bahan bakar yang kita masukkan ke dalam tubuh tepat secara berkualiti, maka kita tidak akan memperolehi kesihatan yang kita inginkan.

Tubuh kita memiliki lebih dari 100 trilion sel. Setiap tubuh memerlukankan tenaga dan gizi terus-menerus setiap hari, sehingga dapat berfungsi secara optimal.

Makanan mempengaruhi seluruh sel dan seterusnya mempengaruhi seluruh aspek kehidupan kita seperti suara hati, tingkatan energi, nafsu makan, kemampuan berfikir, gairah seks, kebiasaan tidur dan sebagainya.

BUKTI
Hubungan antara makanan dan kesihatan sangat erat. Diet berperanan penting dalam meraih kesihatan dan kesejahteraan. Langkah penting yang pertama adalah membuat hubungan antara pilihan makanan yang baik dengan kesihatan yang baik dan pilihan makanan yang tidak baik akan mempengaruhi kesihatan yang juga tidak baik.

Masalah kesihatan sebagian besar disebabkan oleh pemilihan makanan yang tidak stabil. Makanan-makanan tersebut merupakan pencetus dari sebahagian besar penyakit dan keluhan lainnya.

SEPULUH FAKTA PENTING TENTANG MAKANAN
1. Pemakanan berlemak dan bergaram akan meningkatkan risiko penyakit jantung koroneri.

2. Dianggarkan sepertiga kes kanser dapat dicegah dengan mengubah diet makanan. Diet yang tinggi serat dan sereal gandum serta rendah lemak berpotensi mencegah kanser termasuk kanser usus besar, perut dan payudara.

3. Sebagian besar pakar kesuburan mempercayai bahawa diet yang tidak sihat seperti tinggi lemak, gula berlebihan, makanan segera dan makanan rendah kandungan tenaga untuk kesuburan boleh menyebabkan kemandulan dan meningkatkan kemungkinan keguguran kandungan.
.
4. Diet yang tinggi lemak, gula dan garam dapat menyebabkan penambahan berat badan dan peningkatan risiko obesiti. Kegemukan tidak hanya meningkatakan risiko penyakit jantung, diabetes, kanser dan kemandulan, tetapi juga berhubungkait dengan keletihan, rendahnya kepercayaan diri, serta penampilan fizikal dan mental yang lemah.
.
5. Diet yang tidak sihat dapat meningkatkan risiko kemurungan, gelisah dan stres.
.
6. Diet yang mempunyai kandungan aditif yang tinggi, pengawet dan gula berlebihan dapat menyebabkan ketidakmampuan untuk berkonsentrasi, hiperaktiviti dan terlalu agresif. Ini kerana makanan dengan kandungan gula dan zat aditif yang tinggi boleh menyebabkan kehilangan zat kromium. Zat kromium ini diperlukan untuk menstabilkan kadar gula dalam darah.
.
7. Diet yang rendah kalsium boleh meningkatkan risiko terkena pereputan tulang atau dikenali sebagai osteoprosis.
.
8. Diet yang rendah nutrisi boleh menyebabkan kontraksi pada hati. Kerana hati sangat penting untuk pencernaan dan penyerapan vitamin serta mineral. Untuk kesihatan yang optimum, hati hendaklah sentiasa dalam keadaan segar. Hati tidak dapat mengatasi lemak dan alkohol dalam jumlah banyak dan ini akan mengakibatkan masalah pada ginjal dan hati, seperti penyakit ginjal dan sirosis (pengerasan organ hati).
.
9. Diet yang tinggi gula dapat menyebabkan terlalu banyak glukosa (gula yang dibawa dalam pengaliran darah) yang mengalir dalam tubuh kita. Terlalu banyak glukosa menimbulkan peningkatan masalah gula dalam darah seperti diabetes mellitus. Manakala gejala diabetes mellitus adalah sering, sering membuang air kecil, gangguan penglihatan, keletihan, dan infeksi yang berulang.
.
10. Diet buruk dapat membahayakan sistem kekebalan tubuh dan membuatkan kita mudah terdedah kepada demam, batuk, selesema dan keadaan kesihatan yang buruk. Kita memerlukan vitamin dan mineral yang teratur dan seimbang untuk menjaga sistem kekebalan tubuh kita agar tetap bekerja dengan baik, iaitu untuk melindungi dari infeksi dan serangan pelbagai penyakit.