INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Ahad, 13 Jun 2010

ISTILAH GLOSARI KANSER



Setiap orang dari kita mempunyai sel kanser di dalam tubuh masing-masing. Sel kanser ini tidak dapat dikesan melalui ujian biasa sehingga ianya membiak ke jumlah beberapa ribu juta.
.
Sel kanser hanya akan dikesan apabila ia telah membesar ke satu saiz yang mampu dikesan. Di sini disenaraikan maklumat penting agar kita dapat mengambil langkah bagi mencegah penyakit kanser:

1. Seseorang akan mendapat sel kanser sebanyak 6 hingga 10 kali di dalam hayatnya.

2. Sistem imun yang sihat akan memusnah dan menghalang sel kanser dari membiak dan membentuk tumor.

3. Kanser mungkin disebabkan oleh kekurangan zat makanan, alam sekitar, gaya hidup, makanan dan genetik.

4. Perubahan diet dan pengambilan makanan tambahan yang sesuai boleh mengekalkan kesihatan sistem imun.

5. Rawatan kemoterapi memusnahkan sel kanser, tetapi dalam masa yangsama ia turut memusnahkan sel tubuh yang sihat. Begitu juga dengan rawatan radiasi.
.
CARA SEL KANSER MEMBIAK
Untuk membiak, sel kanser memerlukan makanan yang diperolehi melalui:
1. Pengambilan gula
Dengan mengurangkan pengambilan gula, ianya dapat memutuskan bekalan makanan kepada sel kanser. Pemanis tiruan bukan pengganti yang baik. Pengganti yang lebih baik ialah madu asli.

2. Garam halus
Bahan kimia digunakan untuk membuat ia kelihatan putih, ianya baik untuk sel kanser berkembangbiak. Bertukarlah kepada garam laut atau garam bukit.

2. Susu
Susu membuatkan tubuh menghasilkan mukus/lendir terutamanya di trek usus perut. Sel kanser memakan mukus. Bertukarlah kepada susu soya tanpa gula.

3. Sel kanser subur dalam persekitaran berasid
Makanan berasaskan daging dan seafood (makanan laut) adalah berasid. Lebih baik untuk memakan ikan atau sedikit ayam. Daging juga mengandungi antibiotik, hormon pembiakan dan parasit yang membahayakan terutamanya kepada pesakit kanser.


Istilah-istilah glosari kanser

Abdomen
Bahagian badan yang mengandungi pankreas, perut, usus, hati, pundi hempedu, dan organ-organ lain.

Kelenjar-kelenjar adrenal
Sepasang kelenjar yang kecil, setiap satunya terletak di atas setiap buah pinggang. Kelenjar-kelenjar ini menghasilkan hormon-hormon steroid, adrenalina dan nonadrenali, yang membantu mengawal kadar degupan jantung, tekanan darah dan fungsi-fungsi penting tubuh.

Anemia
Suatu keadaan di mana kiraan sel-sel darah merah ialah di bawah normal.

Embolisasi arteri
Penyekatan suatu arteri dengan segumpal bahan asing. Ini boleh dilakukan sebagai rawatan untuk menyekat pengaliran darah ke tumor.

Arteriografi
Suatu prosedur untuk melakukan x-ray ke atas arteri-arteri. Arteri-arteri ini boleh dilihat kerana suatu suntikan pewarna yang menggariskan salur-salur pada x-ray.

Benigna
Tidak berkanser; tidak menyerang tisu yang berhampiran atau merebak ke bahagian lain tubuh.

Biopsi
Pengeluaran sel-sel atau tisu-tisu untuk diperiksa di bawah mikroskop. Apabila hanya sampel tisu sahaja dikeluarkan, prosedur ini dipanggil biopsi insisional atau biopsi teras. Apabila suatu sampel tisu atau cecair dikeluarkan melalui suatu jarum, prosedur ini dipanggil biopsi eksisional atau aspirasi jarum halus.

Pundi kencing
Organ yang menyimpan kencing.

Kanser
Suatu istilah bagi penyakit-penyakit yang di dalamnya sel-sel abnormal membahagi tanpa kawalan. Sel-sel kanser boleh menyerang tisu-tisu yang berhampiran dan merebak melalui salur darah dan sistem limfa ke bahagian lain tubuh.

Sista
Suatu kapsul yang dipenuhi cecair.

Gen
Unit keturunan yang berfungsi dan fizikal yang diturunkan daripada ibu bapa kepada anaknya. Gen-gen merupakan cebisan-cebisan DNA dan kebanyakan gen mengandungi maklumat bagi membuat suatu protein yang tertentu.

Folikel rambut
Tangkai atau bukaan-bukaan pada permukaan kulit yang melaluinya rambut tumbuh.

Hormon
Bahan-bahan kimia yang dihasilkan oleh kelenjar-kelenjar di dalam tubuh dan diedarkan di dalam saluran-saluran darah. Hormon mengawal tindakan-tindakan sel-sel atau organ-organ yang tertentu.
.
Sistem daya tahan badan
Sekumpulan organ-organ dan sel-sel yang kompleks yang mempertahankan tubuh terhadap jangkitan atau penyakit.

Interferon
Suatu pengubah tindak balas biologi (biological response modifier) (suatu bahan yang boleh meningkatkan tindak balas semula jadi tubuh terhadap jangkitan dan penyakit). Interferon mengganggu pembahagian sel-sel kanser dan boleh melambatkan tumbesaran tumor. Terdapat beberapa jenis interferon, termasuk interferon- alpha, -beta, dan -gamma. Tubuh kita biasanya menghasilkan bahan-bahan ini. Bahan-bahan ini juga boleh dihasilkan di dalam makmal bagi kegunaan merawat kanser dan penyakit-penyakit lain.

Interleukin-2 IL-2.
Suatu pengubah tindak balas biologi (biological response modifier) (suatu bahan yang boleh meningkatkan tindak balas semula jadi tubuh terhadap jangkitan dan penyakit) yang menggalakkan tumbesaran sel-sel darah tertentu di dalam sistem daya tahan badan yang melawan jangkitan. Tubuh kita biasanya menghasilkan bahan-bahan ini. Aldesleukin ialah IL-2 yang dihasilkan di dalam makmal bagi kegunaan merawat kanser dan penyakit-penyakit lain.

Intravena
IV. Di dalam suatu salur darah. Intravena. Disuntik ke dalam suatu salur darah.

Buah pinggang (ginjal)
Sepasang organ di dalam abdomen yang mengalirkan keluar sisa-sisa daripada darah (sebagai kencing), menghasilkan eritropoietin (suatu bahan yang menggalakkan penghasilan sel darah merah), dan memainkan peranan di dalam mengawal tekanan darah.

Nodus limfa
Suatu gumpalan membulat tisu-tisu limfa yang dikelilingi oleh suatu kapsul tisu-tisu perantara. Nodus limfa menapis limfa (cecair limfa), dan menyimpan limfosit-limfosit (sel-sel darah putih). Ia terletak sepanjang salur-salur limfa. Juga dipanggil kelenjar limfa.

Sistem limfa
Tisu-tisu dan organ yang menghasilkan, menyimpan dan mengangkut sel-sel darah putih yang melawan jangkitan dan lain-lain penyakit. Sistem ini termasuk sum sum tulang, limpa, timus, nodus limfa dan salur-salur limfa (rangkaian tiub-tiub halus yang membawa limfa dan sel-sel darah putih). Salur-salur limfa bercabang, seperti salur darah, memasuki semua tisu di dalam tubuh.

Malignan
Berkanser; suatu ketumbuhan yang cenderung untuk menyerang dan membinasakan seterusnya merebak ke bahagian lain tubuh.

Metatesis
Perkembangan kanser dari satu bahagian tubuh ke bahagian yang lain. Tumor-tumor yang terbentuk daripada sel-sel yang telah merebak dipanggil "tumor sekunder" dan mengandungi sel-sel yang sama seperti sel-sel tumor asal (primer). Perkataan majmuk bagi metatesis ialah metastases.

Progesteron
Suatu hormon perempuan.

Sel-sel darah merah
Sel-sel yang membawa oksigen ke seluruh bahagian tubuh. Juga dipanggil eritrosit.

Remisi
Pengurangan atau hilangnya tanda-tanda dan gejala-gejala. Di dalam remisi separa, sesetengah, tetapi bukan semua, tanda-tanda dan gejala-gejala kanser telah hilang. Di dalam remisi sempurna, kesemua tanda-tanda dan gejala-gejala telah hilang, walaupun mungkin masih ada kanser di dalam tubuh.

Kanser sel renal
Kanser yang terbentuk di dalam pengalas tubul-tubul renal yang menapis darah dan menghasilkan kencing.

Faktor risiko
Apa sahaja yang meningkatkan peluang seseorang mendapat suatu penyakit, termasuk bahan, agen, perubahan genetik, ciri, tabiat atau keadaan.

Kesan-kesan sampingan
Masalah-masalah yang timbul apabila rawatan menjejaskan tisu-tisu dan organ-organ selain daripada yang sememangnya harus mendapat kesan dari rawatan. Kesan-kesan sampingan rawatan kanser seperti kemoterapi yang biasa ialah lesu, rasa sakit, rasa loya, muntah, kiraan sel darah yang berkurangan, rambut gugur dan sakit mulut.

Peringkat
Tahap kanser di dalam tubuh, terutamanya sama ada penyakit ini telah merebak dari tempat asal ke bahagian lain tubuh.

Tisu
Suatu kumpulan atau lapisan sel-sel yang serupa dan bekerja bersama-sama untuk menjalankan fungsi yang tertentu.

Karsinoma sel peralihan
Sejenis kanser yang berkembang di dalam pengalas pundi kencing, ureter atau renal pelvis.

Tumor
Suatu gumpalan tisu abnormal hasil daripada pembahagian sel yang berlebihan. Tumor tidak melakukan sebarang fungsi tubuh yang berguna. Ia mungkin benigna (tidak berkanser) atau malignan (berkanser).

Trek kencingari
Organ-organ tubuh yang menghasilkan dan mengeluarkan kencing. Ini termasuk buah pinggang, ureter, pundi kencing, dan uretra.

Kencing
Iaitu air kencing, mengandungi air dan bahan-bahan sisa. Kencing dihasilkan oleh ginjal, disimpan di dalam pundi kencing, dan dialirkan keluar melalui uretra.

Sel darah putih
Merujuk kepada suatu sel darah yang tidak mengandungi hemoglobin. Sel-sel darah putih termasuk limfosit, neutrofil, eosinopfil, makrofaj, and sel-sel mast. Sel-sel ini dihasilkan oleh sum sum tulang dan membantu tubuh melawan jangkitan dan penyakit-penyakit lain.