INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Sabtu, 8 Mei 2010

KANSER OTAK DAN SARAF TUNJANG


Otak dan Saraf TunjangOtak mengawal pemikiran, kecerdikan, ingatan dan emosi kita. Ia juga mengkoordinasi fungsi tubuh (seperti pergerakan, peredaran darah dan penghasilan hormon) dan mentafsir maklumat daripada deria-deria (penglihatan, pendengaran, bau, sentuhan dan rasa) kita. Berat purata otak ialah kira-kira satu setengah kilogram dan dikelilingi dan dilindungi oleh tengkorak.

Saraf tunjang (korda spina) terletak di dalam turus spina (tulang belakang): ia terdiri daripada sel-sel saraf dan berkas saraf yang menyambung otak ke seluruh bahagian badan. Saraf tunjang bermula dari pangkal otak dan berakhir di pangkal turus spina. Otak dan saraf tunjang membentuk sistem saraf pusat (central nervous system).

Bahagian-bahagian sistem saraf pusat ini sebahagian besarnya terdiri daripada sel-sel saraf yang dipanggil neuron. Neuron menghantar mesej ke sekitar tubuh yang membolehkan kita bertindak seperti yang kita ingini (contohnya, berdiri dan terus berjalan). Neuron juga membolehkan fungsi badan yang kita tidak sedari langsung: contohnya, mengawal penghadaman makanan dan menyebabkan jantung berdegup kencang semasa kita bersenam.


TUMOR OTAK
Sesetengah jenis tumor otak adalah benigna dan ada juga yang malignan. Tumor yang benigna terbentuk oleh sel-sel yang membesar dengan lambat dan jarang sekali merebak. Sesetengah tumor yang benigna boleh menyebabkan masalah dengan menekan dan merosakkan tisu-tisu otak di sekitarnya; walau bagaimanapun, ia selalunya dapat dikeluarkan dengan sempurna. Jenis-jenis tumor otak yang biasa ialah meninglomas, neuromas, pituitary cranio-pharyngiomas dan juvenile pilocytic astrocytomas. Tumor yang malignan sangat berbeza daripada cara ia membesar dan bertindak balas terhadap rawatan. Di dalam sesetengah tumor malignan, sel-sel kanser hanya berada di suatu kawasan yang tertentu. Di dalam sesetengah yang lain pula, sel-sel kanser juga didapati di dalam tisu di sekeliling tumor tersebut.

Tumor otak selalunya dikenali oleh jenis sel di mana ia bermula. Jenis tumor otak yang malignan termasuk: gliomas (astrositomas, oligodendrogliomas, ependimomas, glioblastomas) dan anaplastik astrositomas dan campuran sel jenis gliomas medulloblastomas, chordomas dan limfomas sistem saraf pusat.

HIDROSEFALUS
Otak juga mengandungi empat kaviti (rerongga) yang dipenuhi cecair serebrospinal (cerebrospinal fluid), yang mengalir melalui saluran-saluran sempit di antara kaviti-kaviti itu dan permukaan otak. Kadang-kala, tumor otak boleh menyekat pengaliran ini. Apabila ini berlaku, cecair boleh berkumpul dan semakin membesar, menyebabkan tekanan pada otak. Ini dipanggil hidrosefalus dan ianya biasa pada kanak-kanak yang menghidapi tumor otak.


TUMOR SARAF TUNJANG
Saraf tunjang menyambung saraf-saraf daripada seluruh bahagian tubuh kepada otak. Ia bermula di pangkal otak dan berakhir di bahagian bawah pinggang. Ia setebal jari kecil dan dilindungi oleh turus spina. Tumor jarang dijumpai di saraf tunjang berbanding dengan otak.

Suatu tumor di saraf tunjang boleh menyekat aliran mesej sepanjang saraf-saraf di antara otak dan tubuh, seperti sebagaimana kecederaan kepada saraf tunjang. Paling biasa, suatu tumor di saraf tunjang akan menjejaskan saraf tunjang dengan menekannya. Tumor boleh wujud di saraf tunjang atau di membran yang mengelilingi turus spina. Ia mungkin benigna atau malignan. Seperti tumor otak, ia dinamakan mengikut jenis sel di mana ia terbentuk.


JENIS TUMOR/KANSER OTAK1. Supra tentoria (bahagian atas otak)
a. Astrocytoma (ketumbuhan otak yang bukan berasal daripada sel saraf).
b. Craniopharingioma (berasal daripada saki baki Rathker).
c. Kanser kelenjar pinea.
2. Infra tentoria (bahagian bawah otak)
a. Infra tentorial.
b. Medulloblastoma (belakang otak).
c. Cerellar astrocytoma (ketumbuhan pada serebrum).
d. Brain stem glioma (pangkal otak).
e. Ependymoma (ketumbuhan serebral yang berasal daripada sel ependimal slia. Ia menyekat cecair serebrospina dan menyebabkan hidrosefulus) jenis yang paling kerap berlaku.


PUNCA TUMOR OTAK DAN SARAF TUNJANG
1. Genetik atau keturunan.
2. Radiasi pada otak.
3. Pesakit AIDS, leukemia, dan kegagalan buah pinggang.
4. Kuman ‘papova’ semasa mengandung yang member risiko kepada anak yang bakal dilahirkan.


TANDA TUMOR/KANSER OTAK1. Pada peringkat bayi mereka akan mengalami:
a. Proses pertumbuhan yang tidak normal.
b. Hydrocephalus (kepala besar) kerana meningkatnya tekana pada kepala
c. Ubun-ubun membengkak, bayi akan gelisah, tidak bermaya dan kurang menyusu.
2. Pada peringkat awal kanak-kanak:
a. Mengadu sakit kepala berulang-ulang.
b. Kelihatan letih dan tidak bertenaga.
c. Prestasi pembelajaran menurun.
d. Lebih menderita kerana tekanan dalam otak semakin tinggi.
3. Simptom yang lebih ketara
a. Sakit kepala yang lebih teruk pada bahagian depan dan tepi kepala.
b. Muntah dan sakit kepala pada awal pagi.
c. Sawan boleh berlaku, contohnya kejang pada tangan.
d. Kabur penglihatan.
e. Kanak-kanak yang menderita pada bahagian infratentoria tidak dapat berdiri atau berjalan dengan stabil.
f. Sekiranya kanser merebak pada brain stem (pangkal otak) kanak-kanak akan mengalami gangguan pada pertuturan, lemah anggota badan dan gangguan pada fungsi saraf otak.

RAWATAN DI PUSAT PERUBATAN HOLISTIK DAN ALTERNATIFBiasanya jika salah seorang keluarga anda mengidap penyakit tumor atau kanser otak dan ingin membuat rawatan di Pusat Perubatan Holistik, kami memerlukan sample DNA pesakit kanser otak seperti rambut, air liur ataupun kuku supaya Perubatan Elektronik dapat mengkodkan kuman kanser yang berada di DNA pesakit tumor atau kanser otak menggunakan peralatan yang dikenali sebagai OPAMP MACHINE.

Setelah kesemua penyakit yang berada di DNA dikodkan, kami akan menukarkannya menjadi kod-kod penawar gelombang elektromagnetik yang akan dipancar secara auto ke atas medium seperti air atau tablet kunyah.

Oleh kerana gelombang yang dipancarkan sangat halus yang bertenaga tinggi sehingga ia dapat menembusi sel-sel otak yang tidak mampu ditembusi oleh ubatan biasa.

Antara keistimewaan Perubatan Holistik ialah ia mampu memperbaiki sistem saraf tunjang otak secara semulajadi sehingga ia boleh berfungsi dengan efisien.

Antara fungsi lain Perubatan Holistik ialah ia mampu membunuh sel kanser benigna ataupun malignan dan mampu mengecutkan ketumbuhan otak secara semulajadi sehingga ‘central nervous system’ dan sel neuron berfungsi seperti sediakala.

Kesimpulannya, Perubatan Holistik laksana scanner yang mampu mengesan sesuatu penyakit samada penyakit lama, baru mahupun akan datang.

Untuk rawatan secara online berkaitan kanser dan saraf sila klik di sini.