INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Khamis, 8 Julai 2010

TUMOUR MARKERS/PETANDA TUMOR


Kesihatan organ dalam tubuh boleh dinilai melalui pemeriksaan darah. Setengah doktor menggunakan petanda tumor untuk mengesan aktiviti kanser dalam badan. Jikalau hadirnya kanser, ia akan menghasilkan sejenis protin yang spesifik di dalam darah yang menjadi "petanda" pada kanser tersebut.
.
Kadar Biokimia seperti Biomarkers C12 mengukur petanda tumor dan meramal perkembangan tumor berdasarkan konsentrasi petanda. Misalnya, CA 15.3 adalah protin yang digunakan untuk mengesan kanser ovari dan payudara.
.
CA125 mungkin mengisyarat penimbulan semula kanser ovari dan payudara.
.
CA 27.29 adalah contoh protin yang berhubung dengan kanser payudara yang diperiksa oleh doktor.
.
CEA (carcinoembryonic antigen) adalah petanda jika kehadirannya kanser kolon, paru-paru dan hati. Petanda ini boleh digunakan untuk memastikan samada kanser telah disebarkan ke bahagian lain badan. Sesetengah doktor bergantung kepada petanda sebagai petunjuk awal dalam perkembangan atau ulangan penyakit kanser, dengan harapan dapat mengesan dan merawat kanser tersebut. Jika peningkatan petanda dijumpai pada tubuh anda, doktor akan memeriksa petanda ini secara berkala untuk menentukan tindalbalas kepada kemoterapi.
.
Dengan ini, kita tahu bahawa tidak ada satu petanda tumor yang sensitif atau spesifik bagi pengesanan tumor. Pergabungan beberapa petanda kanser adalah lebih tepat untuk pengesanan tumor dan Biomarkers C12 adalah penyelesaian yang sempurna - mengesan 12 petanda tumor serentak - bermakna lebih ekonomi dan tepat. Dahulu pemeriksaan kesemua 12 petanda tumor adalah amat mahal.
.
Biomarkers C12
Biomarkers C12 menggunakan bioteknologi cip protin terkini untuk mengesan sebanyak 10 jenis kanser dengan 12 petanda tumor serentak. Menggunakan analisa selari untuk merawat dengan serentak beberapa jenis tumor termasuk kanser heptoselulor, kanser paru-paru, kanser prostat, kanser pankreas, kanser perut, kanser esofagus, kanser ovari, kanser endometium, kanser kolon/rektum dan kanser payudara.
.
Biomarkers mempunyai ciri-ciri sensitiviti dan spesifisiti, ianya cepat, tepat dan kos efisien. Ia mengesan 12 petanda tumor yang biasa dan paling efisien bagi pengesanan kanser dalam populasi yang besar. Biomarkers C12 dapat memberi penyelesaian kepada masalah utama dalam rawatan klinikal, seperti pengesanan awal yang cepat dan tepat.