INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Sabtu, 3 April 2010

DEMAM DENGGI



DEMAM DENGGI dikenali sebagai demam 'pematah tulang' atau 'pematah tulang belakang', demam denggi pernah dianggap penyakit akibat ilmu hitam akibat satu simptomnya menyebabkan sakit di dalam tulang, seperti akan meletup.

Namun, tahukah anda terdapat empat peringkat demam denggi; cirit-birit merupakan antara simptom demam denggi dan bukan semua pesakit denggi perlu dimasukkan ke wad?

Kesemua empat jenis virus denggi ini juga boleh menyebabkan demam denggi berdarah tetapi lebih kerap dengan jenis DEN 2, diikuti jenis 4, 3 dan 1.

Jangkitan salah satu serotype virus denggi akan memberikan pesakit perlindungan imuniti seumur hidup terhadap jenis virus tersebut dan juga imuniti jangka pendek (dua hingga empat bulan) terhadap serotype lain. Bahkan kesemua virus denggi turut mengalami mutasi genetik yang menghasilkan variasi dalam jenis virus yang sama.

Mutasi yang berlaku sekali setiap tiga atau empat tahun membolehkan virus tersebut 'menukar baju' dan menyebabkan badan pesakit tidak dapat mengenalinya walaupun pernah dijangkiti jenis virus sama sebelum ini.

Segelintir variasi virus tersebut lebih ganas dan berpotensi menyebabkan berlakunya wabak besar denggi dari semasa ke semasa.

Manusia adalah perumah semulajadi virus denggi dengan tempoh eraman antara tiga hingga 14 hari selepas digigit nyamuk, di mana virus membiak dalam hati dan nodus limfa pesakit.
Fasa demam akan bermula selepas tempoh eraman berakhir, apabila virus memasuki darah dan menyerang sel darah putih (WBC) dan platlet.

Demam biasanya berlaku antara empat ke enam hari selepas digigit nyamuk tetapi pesakit biasanya kembali pulih antara tujuh ke 10 hari kemudian. Simptom denggi bagaimanapun boleh berpanjangan sehingga sebulan walaupun sudah tidak demam.


Pemeriksaan Dan Rawatan

Semua pengidap demam denggi boleh mengalami peringkat denggi dengan demam biasa yang melarat kepada Demam Denggi Berdarah (DDB) atau Sindrom Kerenjatan Denggi (DSS), mengikut ketahanan badan, bentuk jangkitan dan jenis virus. Selain itu, diagnosis denggi juga perlu membezakannya dengan simptom hampir serupa penyakit lain seperti selesema, campak, malaria, demam kepialu dan demam berdarah virus.

Pemeriksaan klinikal denggi melibatkan ujian tekanan darah, bukti pendarahan pada kulit atau bahagian badan lain, kandungan air di dalam badan yang cukup, dan bukti kebocoran atau pendarahan dalaman. Ujian dijalankan termasuk:

Ujian Tourniquet - menggunakan alat menguji tekanan darah dan stetoskop; lebih 20 bintik merah atau hitam timbul.

Ujian makmal - seperti kiraan sel darah dan platelet, kepekatan darah, albumin, ujian fungsi hati dan ujian kehadiran darah dalam air kencing.

Ujian khusus denggi - ujian mengenalpasti virus atau ujian serologi. Ujian khusus dapat menentukan bentuk jangkitan virus denggi dengan mengesan antibodi IgG dan IgM. IgM dihasilkan jika jangkitan baru berlaku, di bawah dua minggu. Selepas dua minggu pulih, pesakit akan membentuk antibodi memori (IgG) pula untuk menentang jenis virus yang sama kelak (perlindungan kekal).

Kebiasaannya, pesakit akan dimasukkan ke wad selama tiga hingga empat hari untuk pemantauan sahaja melalui ujian darah setiap hari dan juga dimasukkan air jika badan pesakit kurang air.

Ujian darah pada hari ketiga pesakit demam akan menunjukkan jika mula menjurus kepada denggi berdarah dan perlu dimasukkan wad.

Transfusi platlet perlu diberikan jika bacaan platlet pesakit di bawah 20,000 sel/milimeter padu dan terdapat tanda-tanda pendarahan.

Bila pesakit mencapai tahap renjatan (DSS), pemindahan darah dan komponen darah lain perlu dilakukan mengikut keadaan pesakit.

Pesakit juga hanya perlu diasingkan mengunakan kelambu sehingga pulih dari demam bagi mengelakkan virus disebar nyamuk.


Jenis Demam Denggi

Terdapat empat bentuk demam denggi dan bukan semuanya membahayakan dan akan membunuh.

(1) Denggi Dengan Demam Biasa
Demam denggi jenis ini merupakan yang paling kerap berlaku dengan simptom demam seakan-akan selesema dan bertahan selama satu hingga dua hari sahaja. Pesakit juga tidak mengalami tanda-tanda lain demam denggi klasik dan kebiasaannya pesakit sendiri tidak mengetahui dirinya dijangkiti virus denggi.

(2) Demam Denggi Klasik
Pesakit yang menghidap bentuk demam denggi ini akan mengalami demam yang tinggi secara tiba-tiba, dengan suhu badan boleh mencecah 40°C. Pesakit juga akan berasa sakit serta sengal pada sendi di seluruh badan di samping sakit kepala dan sakit di dalam bebola mata. Rasa mual, muntah- muntah, pedih ulu hati dan senak perut, hilang selera makan dan cirit birit pula adalah antara simptom denggi yang sering diabaikan pesakit dan dianggap sebagai masalah kesihatan biasa. Pesakit juga akan mengalami ruam kemerahan dan gatal-gatal yang mula timbul pada hari ketiga atau keempat selepas mula demam.

(3) Demam Denggi Berdarah (DDB)
Demam denggi jenis ini menjadi antara penyakit paling digeruni tetapi ia sebenarnya jarang berlaku dan hanya lima peratus daripada pesakit DDB yang meninggal dunia. Malangnya, ia juga lebih kerap berlaku di kalangan kanak-kanak dan golongan muda akibat jangkitan berulang virus denggi dari jenis yang berbeza. Pesakit biasa mendapat DDB antara hari ketiga hingga ketujuh demam, bermula dengan tanda pendarahan pada gusi, hidung, mata, kencing berdarah, najis berdarah (hitam seperti tar jalan), muntah atau batuk berdarah dan pendarahan pada kulit (bintik hitam atau lebam).

Pesakit juga mungkin mengalami pendarahan dalaman dengan tanda takungan darah dalam abdomen atau lapisan pleura paru-paru. Ini berlaku akibat saluran darah yang lusuh (darah keluar ke tisu, pleura dan abdomen), menyebabkan kepekatan darah meningkat. Selain itu, saluran darah kecil yang pecah dan kandungan platelet menurun juga boleh menyebabkan perdarahan, sama ada yang ringan atau berat.

DDB bukan sahaja boleh menyebabkan maut akibat pendarahan luaran malahan boleh membunuh akibat renjatan hasil pendarahan dalaman yang sukar dikesan. Semua pesakit denggi berpotensi membentuk DDB walaupun jika dijaga dengan rapi berikutan tindakbalas antibodi badan. DDB juga boleh dipecahkan lagi kepada empat gred mengikut simptom jangkitan seperti:

* Gred 1: Demam dan simptom lain yang tidak khusus dan ujian tourniquet yang positif (menunjukkan pendarahan berlaku).

* Gred 2: Tanda-tanda Gred 1 bersama pendarahan secara rawak (tiba-tiba).

* Gred 3: Tanda kegagalan aliran darah (denyutan nadi laju/lemah, tekanan darah rendah, kulit lembap/sejuk).

* Gred 4: Kesan renjatan yang jelas sehinggakan nadi dan tekanan darah tidak dapat dibaca.
(4) Sindrom Kerenjatan Denggi (DSS).

DSS juga sama dengan gred 4 DDB. Bentuk demam denggi ini sebenarnya yang paling bahaya dengan kadar kematian yang amat tinggi akibat renjatan (shock) hasil kehilangan cecair darah (pendarahan) ke dalam organ seperti paru-paru, perut dan kulit. Badan pesakit dengan DSS biasanya kelihatan seperti mengembang, dengan tanda-tanda DDB yang disertai tekanan darah yang jatuh mendadak.

Semua simptom DSS boleh muncul selepas tiga hingga enam hari demam bermula. Suhu badan pesakit akan berubah dengan tiba-tiba, dari amat panas kepada suhu bawah normal, bacaan platelet jatuh mendadak dan paling penting, tekanan darah amat rendah sehinggakan gagal mendapatkan bacaan. Sakit tulang atau tulang belakang yang dirasakan seperti hendak meletup juga merupakan simptom biasa bagi semua peringkat demam denggi kecuali denggi dengan demam biasa. Antara petanda awal DDB mungkin berkembang kepada DSS adalah:

* Sakit perut (abdomen) yang teramat sangat dan berpanjangan, muntah berterusan.


* Perubahan suhu badan secara tiba-tiba dari demam kepada hipotermia, disertai peluh dan kelesuan, rasa gelisah dan cemas.

* Jangkitan pada otak dan saraf pula boleh menyebabkan gangguan tahap kesedaran, sawan, lumpuh dan kekejangan leher.

* Jangkitan hati pula akan menyebabkan rasa sakit pada bahagian kanan perut (bengkak hati) dan mata kuning. Jantung dan paru-paru juga boleh dijangkiti.

RAWATAN DI PUSAT PERUBATAN HOLISTIK DAN ALTERNATIF


Demam denggi ditakuti oleh sesiapa jua terutama kanak-kanak kerana serangan yang berpunca daripada binatang sekecil nyamuk aedes itu boleh menyebabkan kematian mengejut dalam jangka masa beberapa hari sahaja.

Secara asasnya, terdapat empat bentuk demam denggi iaitu denggi dengan demam biasa, demam denggi klasik, demam denggi berdarah dan sindrom kerenjatan denggi dan sehingga kini tiada vaksin untuk mencegah penyakit itu daripada menyerang manusia.

Namun, di Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif, kami mempunyai penawar gelombang yang mampu menghindarkan penyakit dengggi, penawar demam berpanjangan, penawar gelombang yang mampu memperbaiki sistem limpatik, sistem imun dan antibodi secara semualjadi.

Kerana setiap kali anda mengamalkan Perubatan Holistik, sistem saraf tubuh anda akan diperbaiki dari masa kesemasa sehingga dapat mengenal pasti sesuatu penyakit yang akan muncul dan seterusnya mampu menyahkannya seberapa segera.

Manakala pelbagai penawar gelombang yang dipancar dan dibekalkan, akan diambil oleh central nevous sistem lalu memancarkannya ke dalam tubuh mengikut keperluan tubuh.

Kesimpulannya, Perubatan Holistik bertindak merangsang central nevous sistem bagi mengaktifkan dan merawat fungsi organ serta meningkatkan sistem imunisasi tubuh badan secara semulajadi.

Di mana, Perubatan Holistik laksana scanner yang mampu mencari akar umbi sesuatu penyakit, mampu mengeluarkan toksid dan penyakit yang terdapat di tubuh dengan membunuh akar umbi sesuatu penyakit tersebut.

Untuk rawatan secara online berkaitan demam denggi sila klik di sini.