INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Jumaat, 26 Mac 2010

LEMAH TENAGA BATIN

Lemah tenaga batin dikaitkan sebagai ketidakupayaan yang berterusan untuk mencapai atau mengekalkan ketegangan yang secukupnya bagi menghasilkan satu aktiviti seks yang memuaskan. Ia merupakan satu masalah yang meluas namun jarang diperkatakan di kalangan lelaki terutamanya di dalam masyarakat Asia.

Bagi masyarakat Malaysia, adalah sesuatu yang amat mengaibkan untuk memperkatakan tentang penyakit ini secara terbuka. Banyak beranggapan 'kejantanan' lelaki terletak pada kehebatan mereka di ranjang. Justeru kerana tidak mahu diperolok-olokkan kawan-kawan, maka penghidap lemah tenaga batin lebih rela menderita dalam diam. Lebih memburukkan keadaan, jika mereka juga keberatan untuk membincangkan isu ini dengan pasangan atau mendapatkan nasihat doktor.

Lelaki yang mempunyai masalah lemah tenaga batin perlu mengambil langkah permulaan untuk mengetahui bahawa mereka tidak perlu menderita dalam diam. Walaupun, ia merupakan penyakit serius tetapi boleh diubati.

Kebanyakan orang merujuk penyakit ini sebagai mati pucuk mungkin disebabkan anggapan negatif yang tertanam di benak mereka sejak sekian lama. Justeru kebanyakan lelaki mengelakkan diri daripada mendapatkan bantuan doktor.

Sesetengahnya pula bimbang bahawa ujian yang dijalankan untuk mendiagnosa masalah lemah tenaga batin akan menyebabkan ketidakselesaan. Tambahan pula lelaki tidak tahu apa yang boleh diharapkan jika mereka mendapatkan rawatan dan akibatnya menimbulkan kekecewaan.

SEBAB LEMAH TENAGA BATIN

Masalah lemah tenaga batin biasanya berlaku akibat gangguan vaskular yang menjejaskan bekalan darah ke zakar. Perjalanan darah boleh terganggu akibat pengerasan arteri (arteriosclerosis), diabetes, tekanan darah tinggi atau tahap kolesterol dalam darah yang luar biasa tingginya.

Diabetes (kencing manis) merupakan satu-satunya masalah utama yang boleh dikaitkan dengan lemah tenaga batin. Ia boleh menimbulkan kesukaran seksual lelaki pada sebarang usia melalui gangguan sistem perjalanan darah dan saraf yang terlibat untuk merangsang ketegangan. Kesannya, kira-kira setengah daripada penghidap diabetes lelaki akan menghidapi masalah lemah tenaga batin.

Selain berpunca daripada keadaan fizikal, keadaan psikologi juga boleh menyebabkan masalah ini. Ketegangan perasaan, bebanan kerja, keletihan, perkahwinan yang tidak harmoni juga boleh menyebabkan lelaki menghadapi masalah ketidakupayaan. Sebenarnya, masalah ini adalah masalah perubatan yang biasa dan lelaki tidak pernah keseorangan menghadapinya. Cuma, tanpa rawatan segera, ia boleh menyebabkan banyak masalah emosi yang seterusnya menjejaskan imej diri, hilang keyakinan, ketegangan fikiran dan masalah perhubungan suami isteri.

Masalah kesihatan lain yang boleh menyebabkan lemah tenaga batin ialah gangguan neurologi seperti sclerosis berbilang, penyakit alzemir (angin ahmar) dan trauma akibat kecederaan pelvik atau tulang belakang. Pembedahan khususnya penyakit prostat dan terafi radiasi juga boleh menjejaskan fungsi tenaga batin sama seperti sesetengah ubat yang dipriskripsi untuk merawat penyakit seperti tekanan darah tinggi, ketegangan perasaan, penyakit jantung, ulser gastrik dan barah.

Kurangnya komunikasi antara pasangan dan pakar penjagaan kesihatan lambat laun boleh membawa kesan negatif. Masalah lemah tenaga batin boleh menjejaskan perhubungan suami isteri. Jika isteri mengetahui bahawa suaminya menghadapi penyakit tersebut, dia boleh-membantu dengan menggalakkan suaminya membicarakan perkara tersebut secara terbuka. Ketika inilah peranan pasangan penting dalam membantu merawat masalah lemah tenaga batin.

Faktor gaya hidup juga penting. Merokok misalnya boleh menyempitkan aliran darah ke zakar dan memburukkan keadaan vaskular seperti tekanan darah tinggi. Meminum minuman beralkohol secara berlebihan serta penyalahgunaan dadah boleh memburukkan lagi masalah tersebut.


RAWATAN DI PUSAT PERUBATAN HOLISTIK

Biasanya rawatan asas bagi mereka yang menghidap mati pucuk ialah dengan mengukur tekanan darah dan mengukur bacaan gula di dalam darah. Begitu juga, sejarah penyakit pesakit juga perlu diambil kira seperti samada pengidap lemah tenaga batin pernah mengalami masalah buah pinggang, sendi, dan pelbagai penyakit keturunan.

Jika anda berusia 40 tahun ke atas dan merasakan kekuatan tenaga batin anda menurun, maka kami di Pusat Perubatan Holistik mempunyai penawar yang boleh mengembalikan kekuatan tenaga batin anda kembali seperti semulajadi.

Antara prosedur rawatan yang kami jalankan ialah dengan mengambil sample DNA anda supaya kami dapat menganalisa dan mengkodkan DNA anda supaya segala gelombang penyakit yang ada di DNA anda dapat dimusnahkan.

Setelah itu, kami akan memancarkan penawar gelombang elektromagnetik berupa gelombang halus (125,000 kali lebih halus dari nano) yang bertenaga dan kod-kod elektronik yang mampu memperkuatkan tenaga batin dan organ dalaman pesakit. Penawar gelombang elektromagnetik tersebut akan dipancarkan ke atas media berbentuk tablet kunyah yang perlu dimakan tiga kali sehari.

Disamping itu, kami akan melakukan terapi 'Live Auto-Nosode' yang bertujuan memancarkan ke atas tubuh anda penawar gelombang elektromagnetik secara langsung supaya alatan elektronik yang dikenali sebagai ‘OPAMP MACHINE’ dapat memperbaiki sistem saraf tubuh dan dapat memperbaiki kerosakan DNA anda secara langsung.

Anda dikehendaki mengamalkan ubat yang dibekalkan selama tiga hingga enam bulan atau sehingga tenaga batin anda telah pulih sepenuhnya.

Untuk rawatan secara online sila klik di sini.