INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Khamis, 24 September 2009

OTITIS MEDIA


FUNGSI TELINGA
Telinga terdiri dari tiga bahagian iaitu telinga luar, tengah dan dalam. Telinga luar mengandungi struktur tulang rawan, kulit dan daun telinga. Telinga tengah mengandungi gegendang yang membantu mengarahkan suara masuk ke saluran pendengaran manakala telinga dalam mengandungi satu ruangan yang sangat kecil yang bertemu dengan tengkorak. Di dalam ruang ini ada tiga tulang kecil.
.Ketiga bahagian ini bekerjasama menangkap gelombang suara dan menjadikannya bunyi yang jelas dan nyata.

Biasanya, gelombang suara diterima oleh telinga luar. Telinga luar sendiri terdiri dari daun dan liang telinga. Daun telinga menampung suara, yang kemudian disalurkan ke liang telinga.

Dari liang telinga, suara kemudian masuk ke telinga tengah melalui gegendang telinga. Di belakang gegendang telinga, terdapat tulang pendengaran yang bentuknya menyerupai rantai. Tulang-tulang ini saling berhubungan pada sendi dan berfungsi menghantar gelombang suara sehingga menggetarkan gegendang dan sampai ke telinga dalam.

Di telinga dalam terdapat alat penerima yang disebut rumah siput. Di dalam rumah siput terdapat saraf-saraf halus, cairan, dan organ yang mengembang. Gelombang suara yang dihantar ke gegendang dan tulang telinga akan menggetarkan cairan dalam rumah siput, sehingga membuat organ yang mengembang bergerak dan menyentuh saraf-saraf kecil pendengaran. Proses yang tadinya menggunakan tenaga mekanik kemudian diubah menjadi tenaga elektrik, dan disampaikan ke otak sehingga kita mendengar suara.

Sementara itu, sebagai alat keseimbangan tubuh, prosesnya lebih kompleks. Proses ini terjadi di telinga dalam. Telinga dalam juga bekerjasama dengan organ lain seperti mata, hidung, otak dan sebagainya. Jika ada organ telinga yang tidak berfungsi, maka keseimbangan tubuh kita juga turut akan hilang.

Kadang-kadang telinga kurang mendapat perhatian jika dibandingkan dengan jantung atau otak, namun fungsi telinga sebenarnya sangat penting kepada kita. Jika organ tersebut terganggu kerana jangkitan kuman contohnya, ia akan menjejaskan pendengaran kita dan jika tidak dirawat akan mengancam nyawa kita seperti meningitis atau barah otak.

Otitis Media Akut (OMA) atau telinga yang berair dan mengeluarkan bau tak sedap, merupakan penyakit yang membuat telinga sengsara.

Otitis Media Akut merupakan radang yang menyerang telinga tengah. Untuk mengetahui apa yang dimaksud dengan telinga tengah, cuba perhatikan organ pendengaran kita.
.Otitis Media Akut (OMA) boleh diakibatkan karena alergi, pembesaran adenoid atau boleh juga akibat dari resdung, batuk dan selesema.

RAWATAN DI PUSAT PERUBATAN HOLISTIK DAN CARA MEMBUANG KOTORAN TELINGA

Ketika salah seorang pengidap otitis media mengeluh kerana telinganya sering berdesing atau bernanah dan ketika dia bertanya tentang puncanya, biasanya kami di Perubatan Holistik akan bertanya cara beliau membersihkan telinga sebelum ini.

Dalam jawapannya beliau mengatakan bahawa beliau sering membersihkan telinganya hampir setiap hari menggunakan cotton bud. Beliau melakukanya setiap hari kerana telinganya sering terdapat lendir dan kotoran. Oleh itu, beliau mengorek telinganya sehingga ia benar-benar bersih dari abuk.

Adakah tindakannya itu benar? Biasanya orang ramai menganggap tahi telinga itu bersifat kotor dan jijik. Adakah benar tahi telinga itu harus dibersihkan setiap hari dan adakah kotoran yang terdapat di dalam telinga tidak memiliki sebarang fungsi?

Memang benar, lubang telinga itu hendaklah dibersihkan dari sebarang kekotoran, namun ianya hendaklah dilakukan dengan cara yang betul.

Jika anda mengorek lubang telinga anda menggunakan cotton bud hendaklah tidak terlalu dalam kerana ia akan menjejaskan gegendang telinga, kerana daun telinga diciptakan untuk menghalang segala kotoran bahaya. Daun telinga juga dicipta khas supaya segala abuk atau serangga tidak boleh menembusi ruang dalam telinga dengan mudah.

Tugas menghalang segala kekotoran pula dilakukan oleh rerambut kecil yang berada disekitar lubang telinga. Sebenarnya, tahi telinga berfungsi sebagai perangkap kotoran dan anasir jahat yang ingin memasuki lubang telinga. Biasanya, orang sering salah anggap dan menyangka tahi telinga sebagai kotoran yang perlu dibersihkan setiap hari.

Padahal, fungsinya sangat penting kerana secara semula jadi segala kotoran yang masuk ke dalam telinga akan kering dan akan keluar sendiri.

Sebaik-baiknya, anda dikehendaki hanya membersihkan di bahagian luar telinga sahaja. Kerana dengan mengorek terlalu dalam akan menyebabkan pembengkakan atau pendarahan. Ini akan menyebabkan pendengaran menurun kerana gelombang suara tidak dapat disalurkan dengan baik.

Mengorek telinga terlalu dalam juga akan menyebabkan saraf telinga yang berhubung dengan saraf tubuh akan terjejas. Sebab itu, kadangkala seseorang itu mengalami batuk-batuk atau telinga berdesing bahkan keadaan muka menjadi senget ketika mengorek telinga terlalu dalam.

Salah satu saraf yang terdapat di telinga ialah saraf muka. Saraf ini berada di belakang liang telinga. Fungsinya menggerakkan otot muka dan sebagai sebahagian yang mengawal pendengaran.

Walaupun saraf ini dilindungi tulang rawan, namun jika ia dijangkiti kuman atau gangguan lain sudah mengenainya, maka boleh mengakibatkan muka menjadi serot, mata sukar untuk ditutup, dan sebagainya yang disebut kelumpuhan saraf muka (Bell Palsy).

Infeksi akibat mengorek terlalu kuat dan dalam boleh menyebabkan bisul atau nanah. Biasanya, Infeksi boleh terjadi di liang telinga, kelenjar rambut, bahkan sehingga ke bahagian telinga tengah di belakang gegendang.

Selain itu, jika mengorek telinga terlalu kuat dan dalam boleh menyebabkan saluran pernafasan dan hidung terjejas dan akhirnya akan menyebabkan resdung.

Di dalam telinga terdapat banyak saraf yang halus. Sebab itulah telinga sangat sensitif. Ketika kita mengidap sakit gigi atau resdung, telinga juga akan berdesing, kerana telinga kita dipenuhi dengan pelbagai saraf deria rasa. Saraf ini akan mengalihkan rasa sakit di daerah lain sehingga ke telinga.

Antara penyebab pendengaran menjadi lemah adalah kerana mendengar muzik terlalu kuat terutama yang sering menggunakan eyephone dan kerap ke disko sehingga menyebabkan sel-sel rambut menjadi mati dan tidak berfungsi.

Penyakit seperti darah tinggi dan diabetes juga boleh menyebabkan pendengaran terjejas, kerana pembuluh darah yang berada di sekitar telinga menjadi rosak sehingga oksigen dan tenaga tidak dapat dibekalkan dengan secukupnya.

Biasanya, jika anda mengalami Otitis Media dan mendapat rawatan di Perubatan Holistik, kami akan membekalkan anda ubat yang mampu memperbaiki fungsi saraf telinga dan fungsi rerambut yang ada di sekitar lubang telinga supaya fungsi kedua belah telinga kembali seperti sediakala.

Di samping itu, kami juga akan membekalkan ubat penawar elektromagnetik dalam bentuk pil untuk dimakan dan dalam bentuk air yang perlu dititikkan ke dalam telinga sebanyak tiga kali sehari. Ini bertujuan supaya segala gelombang penyakit dapat dimusnahkan dan kerosakan DNA tubuh dapat diperbaiki dengan seberapa segera.

Untuk rawatan Otitis Media secara online sila klik di sini.