INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Ahad, 28 Mac 2010

AMENORRHOEA/KETIADAAN HAID



Amenorea bermaksud tidak datang haid (menstruasi). Ia juga dikenali sebagai ovari tidak mengeluarkan telur (anovulation). Dalam kebanyakan kes, ia berlaku di kalangan remaja perempuan sebelum dewasa atau semasa mengandung, ibu menyusukan bayi atau menopaus, ini adalah normal dan dipanggil Amenorea secara fisiologikal. Oligomenorea adalah keadaan merujuk kepada haid yang tidak tetap, biasanya 3 atau 6 bulan sekali dan berpanjangan.

Amenorea primer ialah kegagalan menstabilkan kedatangan haid. Ia dikategorikan sebagai tidak normal, jika remaja perempuan tiada perkembangan fizikal secara seksual pada usia 14 tahun, atau remaja yang normal perkembangan fizikal dan seksualnya tetapi tidak datang haidnya pada umur 16 tahun. Amenorea primer hanya berlaku kepada kira-kira 3 remaja dalam per 1000.

Amenorea sekunder didenifisikan sebagai tidak datang haid berturut-turut selama 6 bulan bagi wanita yang kedatangan haidnya tetap setiap bulan. Amenorea sekunder juga menandakan gangguan pada sakit atau akibat yang umum.

Amenorrhoae sekunder berlaku kepada 3% remaja perempuan. Lebih 50% berlaku kepada peserta pelari jarak jauh dan lebih 44% penari balet.

TANDA DAN GEJALA


Banyak penyebab kemungkinan berlaku termasuklah:
1. Senaman yang melampau biasanya di kalangan ahli sukan atau atlet.

2. Kurang berat badan yang teruk. Hasil pemakanan yang tidak sempurna (berat dalam KG dibahagi dengan ketinggian dalam M²) kurang daripada 19 (kadar normal adalah 20 hingga 25 kg/m².

3. Tekanan perasaan yang teruk dan gangguan pada emosi .

4. Gangguan kepada ovari untuk mengeluarkan telur.

5. Pengambilan pelbagai jenis ubatan moden berasaskan streroid dan dadah.

6. Kesan sampingan apabila berhenti mengambil pil perancang keluarga.

7. Sindrom Polisistik ovari iaitu keadaan terdapatnya multilple cysts pada ovari, mandul, obesiti dan gangguan hormon.

8. Penyakit yang lama dihidapi, atau aktiviti kelenjar tiroid yang kurang atau lebih.

10. Hormon yang mengawal ovulasi dan haid yang dikeluarkan oleh kelenjar hypothalamus pada paras luarbiasa (yang seterusnya mengawal kelenjar pituitary).


Sebab lain amenorea termasuk:
Tiada vagina atau rahim atau keduanya semasa lahir dan selaput dara yang menutup vagina keseluruhannya.

Terdapat kes yang jarang berlaku di mana jantina sebenar kanak-kanak masih tidak dapat ditentukan kerana organ genitalnya tidak terbentuk dengan baik semasa lahir.


DIAGNOSIS


Ia bergantung kepada keadaan dan sebab berlaku. Bergantung kepada umur dan sejarah, selalunya ujian semasa hamil adalah langkah pertama yang perlu diambil sebelum meneruskan dengan penyiasatan yang lain.

Mengambil sejarah yang penuh, seperti sejarah keluarga , pekerjaan dan sejarah aktiviti, sejarah aktiviti seksual, gangguan emosi, perubahan berat badan dan sejarah perubatan lepas. Walau bagaimanapun, untuk menentukan hasil diagnosis pemeriksaan penuh sakit puan dan pelbagai ujian perlu dilakukan. Ujian ini termasuklah ujian darah untuk mengenal pasti paras pelbagai hormon. Ujian Fungsi tiroid mungkin diambil. Analisis koromosom perlu jika terdapat kesangsian jantina. Ultrasound, tomografi berkomputer (CT Scan) atau imbasan MRI akan menunjukkan sebarang keabnormalan alat kelamin.

RAWATAN BIASA


Rawatan akan bergantung kepada penyebab berlakunya Amenorea.
Amenorea berkaitan dengan senaman akan bertindakbalas kepada pengubahsuaian program senaman itu sendiri dan dengan memberi perhatian kepada pengambilan diet dan penjagaan berat badan.

Amenorea yang berkaitan dengan berat badan perlu diuruskan untuk mendapatkan berat yang normal dan bantuan pskiatrik mungkin diperlukan bagi mengatasi masalah gangguan emosi.

Dalam kes di mana organ genital tidak terbentuk dengan sempurna , mungkin pembedahan di perlukan.

Bagi kes sindrom Polisistik ovari tindakbalas boleh berlaku dengan penurunan berat badan dan sekarang insulin-sensitising agen seperti metformin digunakan. Kekurangan hormon tiriod boleh dirawat dengan menggunakan hormon (thyroxine). Selaput dara yang menutup vagina keseluruhannya memerlukan pembedahan.

RAWATAN DI PUSAT PERUBATAN HOLISTIK DAN ALTERNATIF


Antara tanda seorang wanita yang sihat ialah apabila sistem pusingan haidnya teratur dan tekanan darah pula berada dalam keadaan normal.

Biasanya, bagi orang dewasa bacaan normal perjalanan darah ataupun paras hemoglobinnya ialah 120/80 mmHg. Manakala Anemia atau low Blood Pressure bermaksud tekanan darah rendah (peredaran darah berjalan agak perlahan). Contoh bacaan Anemia ataupun paras hemoglobinnya ialah 100/70 mmgh.

Bagi mereka yang mengalami masalah ketiadaan haid dan haid yang tidak teratur, maka kami di Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif dapat membantu mengembalikan keteraturan sisitem haid dan membantu menstabilkan hormon yang berlebihan sehingga menyebabkan ketiadaan haid.

Biasanya, kami akan mengambil DNA anda seperti rambut, air liur, darah dan urin supaya Perubatan Holistik dapat mengkodkan penyakit yang ada di dalam DNA anda dan seterusnya menjadikannya penawar yang akan di pancarkan ke atas ubat dan perlu dimakan tiga kali sehari.

Antara kod-kod gelombang yang dipancarkan ke atas ubat tersebut ialah kod-kod penawar yang mampu menguatkan organ dalaman wanita, kod penawar yang mampu menguatkan antibodi, kod penawar yang mampu menguatkan imun sisten dan kod-kod penawar yang mampu memperbaiki kerosakan DNA anda.

Disamping itu, kami juga akan melakukan ‘Therapy Live Auto-Nosode’ iaitu memancarkan penawar gelombang elektromagnetik secara langsung ke atas tubuh anda supaya segala gelombang asal penyakit anda dapat dimusnahkan dan gelombang antibodi pula dapat dikuatkan sehingga mampu menyahkan anasir jahat yang menganggu sistem saraf dan menganggu kestabilan hormon anda.

Kesimpulannya, anda dikehendaki mengamalkan Perubatan Holistik selama empat hingga enam bulan sehingga haid anda kembali normal secara semulajadi seperti biasa.

Untuk rawatan secara online berkaitan Amenorrhoea sila klik di sini.