INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Sabtu, 30 Mei 2009

DIABETES/KENCING MANIS



Diabetes bermaksud kencing manis yang merupakan sindrom atau penyakit akibat kekurangan atau hilangnya keberkesanan hormon insulin.

Insulin membolehkan glukosa memasuki sel-sel dalam badan. Sel-sel ini kemudiannya menggunakan glukosa sebagai sumber tenaga. Tanpa insulin, paras glukosa darah akan meningkat.

DIABETES JENIS 1 DAN 2
DIABETES JENIS 1 (NON INDEPENDENT DIABETES MELITUS)
1. Ia jarang berlaku tetapi keadannya lebih teruk.
2. Terjadi di kalangan mereka yang lebih muda antara umur 10 hinggaa 16 tahun.
3. Terjadi begitu cepat (pengeluaran insulin dari pankreas dimusnahkan).
4. Tidak mempunyai sejarah keluarga yang mengidap diabetes.
5. Tidak dikaitkan dengan kegemukan.
6. Pesakit akan mengalami tanda-tanda dari gejala amaran yang serius.

DIABETES JENIS 2 (NON INDEPENDENT DIABETES MELITUS)
1. Ia biasa berlaku.

2. Terjadi di kalangan mereka yang lebih dewasa berusia 35 tahun ke atas.
3. Terjadi secara perlahan-lahan (insulin yang dikeluarkan tidak mencukupi menyebabkan paras glukosa darah meningkat).
4. Mempunyai sejarah keluarga yang mengidap diabetes.
5. Dikaitkan dengan kegemukan.
6. Merupakan penyakit yang senyap, selalunya dikesan secara kebetulan atau selepas berlaku komplikasi.

Petunjuk yang baik untuk menentukan atau mengesahkan penyakit diabetes ialah apabila paras glukosa melebihi 140gm/ml (7.8mmol/L) pada 2 kali pengambilan yang berbeza (berpuasa) atau keputusan yang diambil dalam keadaan pesakit tidak berpuasa menunjukkan paras glukosa melebihi 200mg/ml (11.2mmol/L).

Manakala bacaan normal glukos pula ialah 3.9 hingga 5.5mmol/L ketika berpuasa (Fasting) dan 3.9 hingga 7.7mmol/L semasa tidak berpuasa (Random).

TANDA DAN GEJALA
1. Kerap membuang air kecil.
2. Terasa amat dahaga dan cepat lapar.
3. Kabur penglihatan.
4. Nafas berbau manis.
5. Penurunan berat badan.
6. Keletihan.
7. Apabila terluka lambat sembuh.

RAWATAN DI PUSAT PERUBATAN HOLISTIK DAN ALTERNATIF
Hari ini cuaca sangat panas di sekitar Kuala Terengganu. Pada pukul 11.00 pagi saya telah merawat salah seorang pesakit ulangan saya yang menghidap kencing manis yang bergantung pada insulin.

Beliau telah mengalami kencing manis semenjak lima tahun yang lalu. Bapa yang mempunyai lima orang anak ini adalah kali ke lima membuat rawatan susulan. Sebelum ini beliau hanya bergantung kepada ubat yang dibekalkan oleh hospital. Doktor yang merawat beliau mengatakan bahawa beliau perlu mengambil ubat insulin sepanjang hayat.

Namun, kebelakangan ini beliau merasa amat letih dan sering mengantuk. Manakala kawasan pinggang pula terasa seperti ditusuk sesuatu. Ini belum lagi ditambah sakit lenguh-lenguh dan sakit sendi. Bacaan gula dalam darahnya pula ialah 17.5 mmol/L.

semenjak beliau mengamalkan Perubatan Holistik, lenguh-lenguh dan sakit sendi agak berkurangan. Cuma beliau mengalami kencing yang kerap. Kebelakangan ini pula matanya mulai berair dan rabun.

Boleh dikatakan setiap bulan saya menerima 10 hingga 15 orang pesakit kencing manis samada mereka membuat rawatan kali pertama ataupun rawatan susulan. Selalunya penyakit kencing manis ini berlaku terhadap mereka yang berusia 40 tahun ke atas.

Antara faktor utama mereka menghidap penyakit yang dikategorikan sebagai penyakit genetik dan berkekalan itu ialah kerana mereka tidak peka terhadap makanan. Lebih-lebih lagi mereka yang bermastutin di pantai timur, di mana kebanyakan makanan dan lauk pauk di sini mengandungi gula yang agak banyak.

Setiap kali pesakit kencing manis membuat rawatan, saya akan memberitahu pesakit saya bahawa sebenarnya, gula pasir yang kita beli di kedai asalnya berwarna keperang-perangan. Untuk menjadikan ianya kelihatan cantik dan menarik, pihak syarikat telah menambahkan pewarna putih tiruan. Bahkan gula tiruan juga ditambah dengan pemanis yang dikenali sebagai 'sakarin'. Pewarna tiruan dan sakarin inilah yang jika diamalkan berpanjangan akan merosakkan organ (kilang gula) pangkreas.

Manakala antara fungsi organ pangkreas ialah menghasilkan insulin secara semulajadi supaya dapat mengimbangi gula yang terdapat di dalam darah.

Saya juga mengatakan bahawa suntikan insulin juga hanya bersifat sementara. Bahkan kandungan insulin tiruan yang dibekalkan pihak hospital juga amat meragukan. Kerana kebanyakannya insulin tersebut diimport dari luar negara dan diperbuat daripada ekstrak pangkreas binatang yang haram dimakan.

Oleh itu, jika pesakit mengamalkan Perubatan Holistik, Insya-Allah Perubatan Holistik berupaya mengaktifkan semula fungsi pangkreas supaya ia dapat berfungsi secara semulajadi dan dapat mengimbangi gula di dalam tubuh.

Ketika saya melakukan rawatan refleksologi ke atas tapak kaki pesakit tadi, saya dapati poin bahagian pangkreas terasa sakit apabila ditekan. Begitu juga poin bahagian buah pinggang.

Sambil saya mengurut tapak kaki pesakit saya, sambil itu saya menceritakan tentang kebaikan Perubatan Holistik. Saya juga menyarankan kepada beliau supaya meminum air sebanyak mungkin supaya segala asid dan gula yang berlebihan dapat disingkirkan.

Untuk rawatan Perubatan Holistik secara online sila klik di sini.