INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Rabu, 19 Mei 2010

KANSER RAHIM


Kanser rahim adalah kanser yang kedua paling penting di dalam organ reproduktif wanita selepas kanser pangkal rahim. Mengikut data dari Statistik Kanser Kebangsaan 2003, kadar kejadian kanser rahim adalah 6.9 di dalam 100,000 populasi. Kadar kejadian kanser rahim tidak setinggi di negara-negara Barat. Di negara-negara Barat seperti Amerika, Kanser Rahim adalah kanser wanita yang paling utama selepas kanser payudara.

Di Malaysia insiden kanser rahim adalah paling tinggi di kalangan wanita yang berusia 60-69 tahun dengan kadar 29.7 di dalam 100,000 populasi. Ianya didapati lebih kerap berlaku di kalangan wanita berbangsa Cina dan India jika dibandingkan dengan wanita berbangsa Melayu.

APA ITU KANSER RAHIMRahim adalah organ reproduktif yang berfungsi sebagai tempat membesarnya janin ataupun kandungan. Rahim merupakan organ berbentuk buah pear dan terdiri dari bahagian badan (uterine body) dan bahagian pangkal rahim (serviks). Sempadan yang memisahkan bahagian badan rahim dan pangkal rahim adalah dipanggil istmus. Bila disebut kanser rahim ianya merujuk kepada kanser yang terjadi ataupun berasal dari bahagian badan rahim.

Terdapat dua bahagian utama badan rahim iaitu selaput dinding rahim ataupun endometrium dan dinding rahim yang terdiri dari 3 lapisan otot dan stroma.

Kanser rahim terbahagi kepada beberapa kumpulan berdasarkan asal usul kanser itu:

Kanser yang berasal dari selaput dinding rahim dinamakan Kanser Endometrium
Kanser yang berasal dari otot dinding rahim dinamakan Liomiosarkoma (Leiomyosarcoma)
Kanser yang berasal dari kedua-dua komponen selaput dan dinding rahim dinamakan Karsinosarkoma (”Carcinosarcoma”)
Kanser yang berasal dari stroma selaput rahim yang dinamakan ”Endometrial stromal sarcoma”

RISIKO MENGHIDAP KANSER ENDOMETRIUMKejadian kanser endometrium mempunyai kaitan yang rapat dengan pengedaran serta kandungan hormon wanita yang dipanggil estrogen. Wanita-wanita yang mempunyai kandungan hormon estrogen yang tinggi samada diperolehi dari dalam badan mereka sendiri ataupun dari ubat-ubatan yang diambil dari luar boleh terdedah kepada kemungkinan menghidap kanser endometrium.

Berikut adalah faktor-faktor risiko terjadinya kanser endometriuma. Kegemukan, wanita yang gemuk mempunyai simpanan hormon estrogen yang tinggi terutama
di lapisan lemak badan.
b. Wanita yang sukar mendapatkan anak ataupun mandul.
c. Wanita yang menghidap penyakit darah tinggi
d. Wanita yang menghidap penyakit kencing manis
e. Wanita yang mempunyai keturunan kanser wanita .
f. Wanita yang mengambil ubat hormon Tamoxifen untuk rawatan kanser payudara juga risiko menghidap kanser endometrium. Walau bagaimanapun manafaat yang diperolehi dari mengambil ubat ini lebih besar dari mudharat kemungkinan mengidap kanser rahim.
g. Wanita yang mengambil hormon estrogen yang berpanjangan. Wanita yang putus haid perlu mengambil hormon estrogen untuk memulihkan kesihatan badan mereka. Walau bagaimanapun jika sekiranya mereka masih lagi mempunyai rahim, hormon estrogen ini
perlu diambil bersama hormon progesteron. Kadar kejadian kanser rahim akan menjadi tinggi jika sekiranya mereka mengambil hormon estrogen sahaja. Wanita yang ingin mengambil hormon selepas putus haid perlu mendapat pandangan Pakar Sakitpuan.
.JENIS KANSER RAHIM- Kanser serviks
- Kanser korpus
.
LOKASI TUMORS GANAS
- Samada di serviks rahim (bahagian sempit) atau di bahagian akhir rahim. Ini adalah kanser mukosa atau endometrium. 20-25 dari 100,000 orang wanita dipengaruhi setiap tahun, tak kira berapa umurnya dan ia bermula pada umur 25. Ia kerapkali berlaku pada wanita di negara sedang membangun, Amerika Selatan, China, Asia Timur Selatan dan Afrika.- Atau di dalam rahim (kanser korpus). 20-25 dari 100, 000 orang wanita setiap tahun, terutamanya di Amerika Syarikat dan Kanada : 30 kali lebih banyak di California dibanding dengan Jepun.
.
FAKTOR RISIKO
Kebanyakannya pada wanita berumur lebih dari 50, tetapi kadang-kala lebih muda.
a) Kanser serviks: kurang kebersihan
- Kebersihan seks: ramai rakan seks (samada wanita punya atau rakannya) : kelakuan ini dapat merebak jangkitan, terutamanya virus (virus papilloma dan virus herpes). Kanser ini jarang berlaku pada wanita yang tidak melakukan seks (tidak berlaku antara rahib perempuan).
- merokok.
b) Kanser korpus:
- tidak mengandung;
- obesiti;
- Tamosifen: mengambil ubat ini selepas menghidap kanser payudara meninggikan risiko kanser rahim.
Sebaliknya, pil kontraseptif mengurangkan risiko, bahkan 5 tahun selepas berhenti mengambil pil. Progesteron melindungi rahim.
.
PERKEMBANGAN
Kanser serviks mengakibatkan peringkat "pra-kanserus": ia senang dikesan oleh ujian Pap: ujian ini mudah dilakukan oleh Doktor: spekulum diselit masuk ke vagina, spesimen dari mukosa, ujian oleh pakar patologi. Kanser berkembang dari korpus, serviks, nodus limfa, pelvis, pundi-pundi kencing, rektum, dan lain-lain bahagian tubuh.
.
SIMPTOM
- susah atau sakit semasa kencing;
- sakit pada bahagian abdomen;
- pendarahan:
- serviks: pendarahan vagina yang abnormal, semasa melakukan seks dan/atau pendarahan bukan masa haid.
- korpus: sedikit abnormal tetapi selalu mengeluarkan darah walaupun sesudah putus haid.
.
DIAGNOSA
- serviks: - Pap smear dan teknologi "bright light" yang terkini dipanggil spekuloskopi dilakukan serta-merta selepas Pap ;
- biopsi;
- pemeriksaan pundi kencing dengan sistoskopi, urografi.
- korpus: - histerografi (X rays di dalam kaviti) ;
- ultrasound; - histeroskopi; - biopsi.
- ujian petanda tumor: SCC , Cyfra 21-1.
.
RAWATAN DI HOSPITAL
bergantung kepada saiz, peringkat dan gred penyakit tersebut.
- terapi hormon;
- surgeri : pembuangan rahim (histerektomi);
- radiasi: radioterapi diguna sebelum surgeri untuk menyusutkan tumor sebelum ia dapat dibuangkan. Radiasi dilakukan samada di luar (radiasi bertumpu pada tumor), atau di dalam (letakkan radioaktif di vagina untuk beberapa hari), kadang-kala kedua-dua cara digunakan.
.
RAWATAN SUSULAN
Sering membuat pemeriksaan untuk memastikan tiada perubahan kesihatan.
- kadar mengubati serviks adalah tinggi : dekat sehingga 100%, bila tumor dirawat pada peringkat mikroskopik ; 80-85% bila belum merebak ke luar serviks; adalah susah untuk membuat rawatan bila tumor sudah merebak ke bahagian lain.
- korpus: pemeriksaan klinikal, ultrasound. Bagi kedua-dua serviks dan kanser korpus, petanda tumor adalah ujian penting.
.
PENCEGAHAN
- serviks : seks yang selamat: kondom digunakan untuk megurangkan risiko; Ujian Pap yang sistematik : dijalankan pada umur 20, 21, kemudian setiap 3 tahun. Ujian ini tidak perlu selepas umur 55 (dengan keadaan dimana ujian ini selalu dilakukan pada tahun yang lebih dahulu).
- korpus: lakukan pemeriksaan klinikal dengan segera jika ada sebarang pendarahan. - jalankan ujian petanda tumor.

RAWATAN DI PUSAT PERUBATAN HOLISTIK DAN ALTERNATIF

Uterus juga dikenali sebagai rahim. Rahim sebenarnya sebuah organ yang kecil dan kosong yang diperbuat daripada otot. Rahim sama saiz dan bentuk dan buah pir yang terlangkup. Uterus terletak pada bahagian bawah abdomen dan terpegang di situ oleh otot ligamen. Uterus adalah sebahagian daripada sistem pembiakan wanita. Telur akan bergerak dari ovari melalui tiub fallappio kepada uterus. Telur yang dipersenyawakan akan membesar menjadi bayi dalam uterus. Uterus dihubung dengan faraj melalui serviks atau leher bahagian rahim.
.
Dinding uterus mempunyai lapisan sel yang wujud untuk menerima serta memberi makanan telur yang telah dipersenyawakan. Lapisan ini dikenali sebagai endometirum dan terdiri daripada beberapa lapisan termasuk sel seakan sel kulit( Epitelium permukaan), sel darah, ruang tisu dan kelenjar. Jika sesuatu telur tidak dipersenyawakan oleh sperma lelaki, telur ini akan disingkirkan bersama lapisan tersebut setiap bulan melalui faraj dan dikenali sebagai kitaran haid.
.
Apabila ovari seorang wanita berhenti menghasilkan hormon estrogen dan progesteron, yang menyebabkan kitaran pengeluaran telur setiap bulan serta penghilangan endometrium, maka wanita tersebut sedang melalui sesuatu perubahan besar dalam kehidupan mereka yang dikenali sebagai putus haid. Ini jelas bermaksud kitaran haid tidak berlaku lagi dan darah yang terkeluar setiap bulan akan berhenti. Selepas putus haid, adalah mustahil menjadi hamil.
.
Kanser uterus adalah kanser organ pembiakan yang paling kerap berlaku pada kaum hawa. Kanser uterus wujud dalam beberapa bentuk bergantung pada bahagian uterus kanser ini berlangsung. Majoriti kanser uterus adalah kanser endometrium, lapisan uterus. Kanser juga boleh berbentuk dalam lapisan otot uterus. Mengenal pasti jenis kanser yang berlaku sangat penting kerana ini akan mempengaruhi pilihan rawatan yang akan anda dan doktor anda melakukan

Biasanya, jika anda menghidap penyakit kanser rahim dan jika anda membuat rawatan di Kumpulan Perubatan Holistik, sebaik-baiknya kami memerlukan laporan perubatan dan keputusan laporan darah tempat anda mendapat rawatan sebelumnya.
.
Ini bertujuan supaya kami dapat mengenalpasti tahap kanser rahim yang anda hidapi.Jika anda disahkan mempunyai kanser rahim, biasanya kami akan mengambil DNA anda seperti air liur, rambut, darah dan air kencing supaya kami dapat mengkodkan kerosakan DNA anda dan seterusnya ia akan diproses secara auto lalu ditransferkan dengan tenaga yang tinggi dan halus ke dalam ubat berbentuk tablet supaya DNA yang rosak dapat diperbaiki dan seterusnya menghalang sel kanser terus merebak.
.
Antara kelebihan Perubatan Holistik ialah ia mengandungi pelbagai kod penawar gelombang elektromagnetik yang mampu membunuh gelombang penyakit, mampu membunuh jasad, mampu memperbaiki DNA, antibodi dan menguatkan sistem imun secara semulajadi.Hasil kajian perubatan menunjukkan bahawa tubuh badan kita memerlukan beberapa enzim bagi tubuh melaksanakan tugasan mereka.
.
Salah satu enzim yang berfungsi untuk menyahkan toksin dalam badan adalah enzim yang dipanggil Rhodanese yang boleh di jumpai dalam kuantiti yang banyak di seluruh tubuh yang sihat, kecuali pada bahagian yang ada sel-sel kanser.
.
Oleh itu, kami di Kumpulan Perubatan Elektronik akan membekalkan gelombang elektromagnetik vitamin B17 kepada pesakit kanser sehingga ia mampu membunuh gelombang dan jisim sel kanser serta menyahkannya melalui peluh, air kencing dan pembuangan air besar.Ini kerana antara fungsi vitamin B17 ialah mampu membunuh sel kanser dengan efisyen.
.
Apabila gelombang elektromagnetik vitamin B17 memasuki ke dalam tubuh pesakit kanser, ia akan dipecahkan oleh enzim Rhodanese. Kemudian enzim Rhodanese pula akan memecahkan Hidrogen Sianida dan Benzaldehyde kepada 2 bahagian, Thiocyanate dan Benzoic asid merupakan enzim yang sangat diperlukan oleh sel-sel yang sihat untuk menjalankan proses metabolisme.
.
Hasil proses metabolisme enzim tersebut akan menghasilkan vitamin B12 manakala lebihan dari proses metabolisme tersebut akan di keluarkan oleh sistem pembuangan samada melalui peluh, air kencing atau najis.
.
Antara fungsi Perubatan Elektronik ialah mampu memancarkan gelombang electromagnetik Vitamin B17 supaya sentiasa berada di dalam tubuh. Apabila B17 bertemu dengan sel-sel kanser, ia tidak dapat di pecahkan sebab tidak terdapat enzim Rhodanese untuk memecahkannya kerana enzim Rhodanese tidak terdapat pada sel kanser.
.
Pada sel kanser hanya terdapat enzim Beta-Glucosidase dengan banyaknya. Sebaliknya apabila B17 bertemu dengan enzim Beta Glucosidase, satu tindak balas kimia akan berlaku disini iaitu Hidrogen Sianida bergabung dengan Benzaldehyde. Gabungan ini akan menghasilkan sebuah bahan yang akan membunuh dan membinasakan sel-sel kanser.
.
Rawatan Perubatan Holistik juga boleh diibaratkan laksana anti virus yang mampu mengesan (scan) ketidakseimbangan tubuh dari hujung rambut ke hujung kaki. Jika ada DNA ataupun sel yang musnah, ia akan berusaha memperbaiki dan menstabilkan hormon-hormon serta menguatkan antibodi tubuh secara semulajadi menurut fitrah kejadian manusia.
.
Natijahnya, Perubatan Holistik sangat sesuai dengan penyakit kanser rahim dan pelbagai jenis kanser lain.

Untuk rawatan online sila klik di sini.