INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Rabu, 24 Februari 2010

SAKIT KEPALA/MIGRAIN




Hampir setiap orang pernah merasakan pening atau sakit kepala. Data perubatan juga menunjukkan bahawa 90% masyarakat dunia pernah mengalami gangguan ini sekali atau dua kali dalam setahun. Sakit kepala juga menjadi alasan terbanyak kedua seseorang untuk bertemu doktor samada di klinik atau hospital.

Sakit kepala ialah satu keadaan di mana sakit kepala terjadi disebabkan oleh aliran darah dan perubahan kimia di otak. Perubahan ini akan menyebabkan arteri yang membekalkan darah ke otak tersekat dan menimbulkan sakit kepala diikuti oleh rasa tidak selesa pada perut, loya dan pening.Ia juga kadangkala menimbulkan kesan pada pandangan dan menimbulkan satu fenomena pada pemandangan yang dipanggil aura.

Ia adalah satu keadaan neurologikal yang biasa dialami oleh penduduk negara maju dan membangun. Ia biasa menyerang pada peringkat usia selepas baligh. Sakit kepala ialah sejenis penyakit keturunan dan mempunyai kecenderungan untuk berulang. Wanita mempunyai kecenderungan mengidap migrain yang lebih tinggi berbanding lelaki (75%), kebiasaan sebelum haid dan selepas menopaus.

Sakit kepala yang berlaku berulang, berdenyut-denyut selalunya terjadi sebelah kepala sahaja. Ada juga yang bermula di sebelah kepala dan kemudiannya melarat kedua-dua belah kepala. Dalam kes yang teruk, migrain menyebabkan pening, loya, muntah, cirit-birit, pengekalan cecair badan (retention of fluid) dan sensitif kepada bunyi atau cahaya.

PUNCA SAKIT KEPALA

1. EMOSI DAN STRES

Beban pekerjaan yang terlalu berat sering sekali menyebabkan sakit di kepala. Ini kerana setiap yang menimbulkan ketegangan atau stres akan membuatkan kita lebih mudah diserang sakit kepala atau migrain. Sakit kepala yang disebabkan oleh tekanan emosi ini disebut sebagai sakit kepala fungsional atau tension headache.

Gejalanya bermula dengan ketegangan di otot leher, bahu, dan tengkorak akibat tekanan emosi. Sakitnya selalu dimulai dari kepala di sebelah belakang, menuju ke hadapan, lalu ke kedua sisi kepala. PUrutan ringan di bahagian tersebut boleh mengurangkan sakit kepala, namun setelah beberapa ketika sakit akan kembali semula.

2. PERUBAHAN HORMON

Sakit kepala yang diakibatkan oleh perubahan hormon ini biasanya merupakan sakit kepala berat yang terjadi di salah satu sisi kepala. Umumnya, sakit kepala ini dirasakan lebih berat berbanding sakit kepala akibat ketegangan. Pengidap sakit kepala pada wanita kira-kira tiga kali lebih ramai dibandingkan dengan lelaki. Penyebab utama ialah kerana perubahan hormon.

3. PERUBAHAN CUACA

Kenaikan suhu udara seringkali menyebabkan timbulnya sakit kepala berat. Dalam sebuah kajian yang dijalankan, 7.5% responden mengalami sakit kepala ketika cuaca panas.

4. BAUAN YANG KUAT

Pernahkah Anda merasa pening ketika mencium bauan minyak wangi? Bauan minyak wangi yang kuat boleh menyebabkan pening kepala. Belum diketahui mengapa hal ini terjadi, namun para saintis mendakwa bau yang memiliki aroma yang kuat akan merangsang sistem saraf. Selain wangian, bau cat dan bahan kimia juga boleh menyebabkan sakit kepala.

5. AKSESORI RAMBUT
Cara kita menghiasi rambut juga boleh mempengaruhi kepada kepala. Mengikat rambut terlalu kuat boleh membuat jaringan tisu di kepala menjadi tegang dan mengundang sakit kepala. Penyepit rambut dan topi yang terlalu sempit akan menyebabkan sistem saraf kepala menjadi lemah.

6. SENAMAN
Senaman yang terlalu berat, termasuk juga hubungan seks yang terlalu kerap juga boleh menyebabkan sakit kepala. Kegiatan fizikal yang berlebihan boleh membuat pembuluh darah di kepala dan leher bengkak dan tertekan. Sakit kepala yang disebabkan senaman yang tidak teratur atau seks lebih mudah menyerang orang yang sering terkena migrain.

7. TRAUMA

Sakit kepala juga akan menyerang apabila seseorang itu pernah mengalami kecederaan terutama di bahagian kepala walaupun kecederaan tersebut hanya sedikit. Namun ia boleh mendatangkan kesakitan di kepala berminggu-minggu lamanya.


8. MELAMBATKAN MAKAN TENGAHARI

Perut yang kosong kerana tidak sempat makan tengahari boleh menyebabkan seseorang itu sakit kepala. Perut kosong juga boleh membuatkan gula di dalam darah turun, sehingga menyebabkan badan merasa kurang berupaya.

Oleh itu, makanlah tepat pada waktunya dengan makanan yang seimbang. Hindari memakan makanan manis seperti cokelat dan makanan ringan (snek) untuk mengisi perut yang kosong. Gula dari makanan manis akan membuat gula di dalam darah naik mendadak dan seterusnya akan turun lebih rendah lagi.

9. ALERGI

Gangguan allergi sering disertai dengan gejala hidung berair, mata merah dan kerongkongan terasa sakit. Kemunculannya dapat ditimbulkan oleh makanan tertentu atau segala sesuatu yang boleh menimbulkan alergi.

10. MEROKOK

Merokok termasuk dalam penyebab sakit kepala, bukan cuma terhadap orang yang merokok, tetapi juga perokok pasif di sekitarnya. Kandungan nikotin akan menyebabkan pembuluh darah ke otak menyempit sehingga mengakibatkan aliran darah ke otak berkurang.

11. KAFEIN

Mereka yang sering sakit kepala biasanya gemar meminum kopi. Kadang-kadang kafein boleh menjadi kawan, namun kebiasaannya ia akan menjadi lawan bagi orang yang mengidap penyakit sakit kepala.

12. RESDUNG

Biasanya mereka yang mengidap resdung akan mengalami sakit kepala. Apabila lubang hidung tersumbat atau selesema berpanjangan, aliran darah menuju ke kepala akan mengalami gangguan sehingga menyebabkan sakit kepala atau migraine.

MIGRAIN
Migrain berlaku apabila seseorang itu mengalami sakit kepala yang berulang-ulang, berbeza tahap kesakitannya, kekerapan dan jangka masa serangan.
Perkataan migraine berasal dari perkataan Perancis yang bermaksud sakit kepala sebelah.

Biasanya serangan sakit kepala sebelah boleh menyebabkan sakit kedua-dua belahnya.
Migrain juga dikenali sebagai hemikrania, perkataan Greek yang membawa maksud sebelah tengkorak. Ia juga dikenali sebagai vascular headache.

JENIS MIGRAIN

1. Migrain tanpa aura
2. Migrain dengan tanda aura
3. Opthalmoplegic migraine
4. Status migrain

PUNCA MIGRAIN

1. Genetik/keturunan.

2. Aktiviti saraf ‘trigemino’ yang mengawal saraf dalam kepala dengan ‘neurotransmitter’ yang dipanggil substance P dan lain-lain’neurotransmitter’ sperti ’stamine’ dan kinine’ menyebabkan urat-urat darah dalam kepala mengembang dan berdenyut.

3. Aktiviti yang berlebihan pada pangkal otak mengakibatkan ‘neurotransmitter’ seperti ‘norephenepherine’ dan ’serotinin’ yang menjadikan urat darah sempit, kembang dan mengakibatkan rasa sakit.

4. Perubahan saiz diameter urat darah yang bergerak dalam kepala berbeza-beza dari masa kesemasa dalam satu serangan (spreading digemia.

5. Pengeluaran serotinin yang berlebihan dari sel platlet darah.

6. Tekanan perasaan atau ’stress’.

7. Terlalu banyak minum minuman yang berkafein seperti kopi atau minuman beralkohol.

8. Cahaya yang sangat terang.

9. Perubahan cara tidur atau tidak cukup tidur.

10. Letih yang keterlaluan.

11. Pengambilan pil ‘ contraceptive’.

12. Haid yang tidak teratur.

13. Pengambilan pemanis tiruan seperti sakarin.

14. Daging yang ditahan lamakan (preservative) supaya tidak mengandungi natrium dan sodium glutamate.

15.makanan yang mengandungi histamine, ‘vasoctive agent’ dan MSG (Monosodium Glutamat).

TANDA MIGRAINE 

1) MIGRAIN TANPA AURA
a. Rasa berdenyut-denyut di sebelah kepala dimana, pesakit ternampak bayangan bergaris- garis.
b. Sering terjaga dari tidur akibat kesakitan yang amat sangat.
c. Berasa sangat loya, muntah dan terlalu sensitif pada cahaya dan bunyi.
d. Denyutan yang dirasakan amat sakit, apabila disentuh penghidap boleh pengsan.

2) MIGRAIN DENGAN TANDA AURA

a. Ianya jarang berlaku.
b. Pesakit akan mengalami pandangan seolah-olah ternampak garisan (line) yang membesar dan kemudiannya hilang.
c. Penghidap akan terasa mabuk, kebas-kebas pada bahagian dalam badan beberapa minit sebelum serangan.

2) OPTHALMOPLEGIC MIGRAIN

a. Ianya terlalu jarang berlaku.
b. Sakit kepala yang keterlaluan boleh menyebabkan mata jadi juling dan buta sementara.
c. Mata akan menjadi sepet sebelum menjadi juling (retinal migraine).
d. Pesakit boleh hilang pandangan dalam masa beberapa minit.

4) STATUS MIGRAIN

a. Ia berlaku apabila seseorang itu mengalami migrain yang teruk dan berterusan.
b. Boleh mengakibatkan penghidapnya mendapat strok.
c. Migrain yang berlaku berulang-ulang pada kanak-kanak menyebabkan mereka muntah-muntah dan sakit perut yang berulang-ulang.

5) BENTUK SERANGAN MIGRAIN

a. ’Severe’ rasa berdenyut-denyut pada bahagian sebelah kepala atau keduanya.
b. ‘Local’ - kulit bertukar menjadi merah sedikit atau kelihatan pucat.
c. ’Pallor’ - berpeluh-peluh.
d. ‘Sono’ - sensitif terhadap bunyi bising
e. ’Photophobea’ - sensitif pada cahaya
f. ’Speak’- percakapan menjadi perlahan untuk elakkan sakit kepala

RAWATAN DI PUSAT PERUBATAN HOLISTIK DAN ALTERNATIF

Sakit kepala atau migraine mempunyai pelbagai jenis. Antara jenis sakit kepala seperti:-

• Sakit kepala karena belaku ketegangan. Gejalanya diawali dengan ketegangan di otot leher, bahu dan tengkorak akibat tekanan emosi. Sakitnya selalu berawal dari kepala belakang, merambat ke depan, lalu ke kedua sisi kepala.

• Sakit kepala kerana migrain. Umumnya sakit kepala yang dirasakan lebih berat berbanding sakit kepala akibat ketegangan. Migrain selalunya dirasakan pada satu sisi kepala saja dan sering juga di belakang salah satu mata. Maka, muncullah istilah “sakit kepala sebelah”. Pengidap migrain pada wanita tiga kali lebih ramai dibandingkan dengan lelaki.

• Sakit kepala kerana pelbagai gejala. Gangguan ini terutama menyerang kaum lelaki. Gejalanya berupa berdenyut luar biasa dan umumnya terfokus di sekitar rongga mata dengan mata berair dan hidung selesema.

• Sakit kepala kerana pelbagai komplikasi penyakit lain seperti sinusitis, mata berair, selesema berpanjangan, batuk berpanjangan dan akibat penyakit kronik seperti kanser, senggugut, dan pelbagai penyakit lain.

• Tumor, stroke, atau mungkin sukar tidur juga menjadi penyebab sakit kepala mendadak yang berdenyut. Akibatnya, tubuh terasa lemah dan disertai dengan penglihatan yang kabur. Sakit kepala ini bermula dengan dengan kecil dan semakin parah di pagi hari.

• Jika sakit kepala disertai dengan demam dan sakit leher, kemungkinan Anda diserang meningitis.

• Apabila sakit kepala muncul tiba-tiba dan sangat berdenyut, pertandanya ialah terdapat pembuluh darah arteri di otak yang pecah. Jika ini terjadi, ia dapat mengancam nyawa.

Jika anda mengidap sakit kepala berpanjangan atau magrain dan membuat rawatan di Pusat Perubatan Holistik, kami bersedia membantu anda dengan memberikan anda ubat khusus merawat sakit kepala dan migrain secara semula jadi.

Ubat yang kami bekalkan hanyalah berbentuk tablet diperbuat dari glukos yang dipancarkan ribuan penawar gelombang elektromagnetik bertujuan supaya ia dapat memperbaiki kerosakan DNA pesakit migrain, memperbaiki sistem saraf kepala dan menguatkan imunisasi tubuh.

Anda dikehendaki bersabar apabila mengamalkan perubatan elektronik, kerana antara fungsi Perubatan Holistik ialah laksana scanner terapi dalaman yang berfungsi sebagai urutan dalaman.

Jika terdapat sel-sel dan saraf tubuh pesakit yang tidak berfungsi dengan baik, maka Perubatan Holistik akan berusahaya memperbaikinya secepat mungkin, kerana tenaga yang terkandung di dalam Perubatan Holistik lebih kuat dan lebih halus berbanding nano ( 125,000 kali ganda).

Oleh itu, mereka yang mengidap sakit kepala atau migrain dan mengamalkan Perubatan holistik akan berasa sedikit tidak selesa di bahagian kepala. Ini adalah fenomena biasa, kerana Perubatan Holistik bertindak secara semula jadi dan pesakit akan merasai tindak balas ubat buat seketika.

Anda dinasihatkan supaya janganlah putus ubat kerana ia adalah proses penyembuhan sedang berlaku. Ini diibaratkan laksana kita membersihkan longkang rumah kita yang sudah tersumbat bertahun-tahun lamanya.

Ketika kita sedang membersihkan longkang tersebut, longkang akan bertambah kotor buat seketika. Namun, apabila kita siram dengan air sebanyak mungkin dan kotoran mengalir ke longkang besar, maka longkang rumah kita akan bertambah bersih.

Begitu juga di dalam Perubatan Holistik. Anda digalakkan meminum air sebanyak mungkin supaya penyakit anda akan mengalir mengikut perkumuhan tubuh secara semula jadi seperti melalui air kencing, pembuangan air besar, peluh dan kahak.

Jika anda tidak tahan dengan tindak balas Perubatan holistik, anda disarankan mengurangkan dos ubat yang dibekalkan iaitu makan dua kali sehari sehingga anda merasa selesa. Selepas itu anda dikehendaki mengamalkan perubatan elektronik seperti biasa iaitu tiga kali sehari. Jangan putus ubat. Anda dikehendaki mengamalkan Perubatan Holistik selama empat hingga enam bualan sehingga penyakit anda benar-benar pulih.

Natijahnya, Perubatan Holistik sangat sesuai untuk penyakit seperti sakit kepala, migraine, tumor, saraf otak dan pelbagai penyakit berkaitan saraf kepala.

Untuk rawatan secara online sila klik di sini.