INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Selasa, 16 Mac 2010

SAKIT BELAKANG/DEGENERATIVE DISC DISEASE



Sakit belakang akut merupakan satu fenomena yang biasa terjadi. Boleh dikatakan, antara 50 hingga 80 peratus daripada penduduk Malaysia yang berusia antara 25 hingga 60 tahun pernah mengalami masalah ini, sekali dalam seumur hidup mereka.

Dianggarkan, antara 12 hingga 26 peratus kanak-kanak dan remaja juga mengalami sakit belakang. Kebanyakkan kecederaan belakang terjadi bila-bila masa sahaja, oleh yang demikian, jagalah belakang anda sentiasa dan di mana sahaja. Tulang belakang anda adalah antara tulang yang amat penting dan ia sentiasa bekerja walaupun semasa anda tidur.

Apabila anda mengalami sakit belakang, secara automatik ia akan menyukarkan aktiviti seharian anda. Duduk, berjalan dan membongkok boleh menyebabkan kesakitan yang menusuk, rasa berdenyut dan kebas.

Masalah sakit belakang adalah masalah yang biasa dihidapi. Dianggarkan lebih 90 peratus penduduk Malaysia akan mengalami masalah sakit belakang sekurang-kurangnya sekali seumur hidup kita.

Sakit belakang antara lain disebabkan oleh diska tergelincir (slipped disk) atau turut dikenali sebagai diska hernia atau diska pecah (herniated disc atau ruptured disk).

Struktur sokongan belakang secara kasar terdiri daripada tulang vertebra, tulang lembut/diska intervertebral, sendi, ligamen dan otot.

Pada tulang belakang terdapat satu terowong yang dilalui oleh saraf tunjang dan penghujung saraf tunjang. Masalah sakit belakang boleh berpunca daripada kecederaan pada otot, ligamen, sendi, diska dan vertebra.

Jatuh atau kemalangan, aktiviti lasak atau teknik mengangkat barang yang salah dan juga faktor usia merupakan penyebab biasa kecederaan tulang belakang.

Diska tergelincir adalah satu masalah kecederaan pada tulang lembut/diska yang juga dikenali sebagai diska intervertebral. Masalah ini kerap berlaku pada peringkat umur 30 hingga 50 tahun.

Diska intervertebral pula bolehlah diumpamakan sekeping tulang lembut di antara tulang vertebra. Ia terdiri daripada satu tisu yang kuat (annulus fibrosus) di mana di dalamnya terkandung sejenis bahan yang lembut yang dikenali sebagai nucleus polposus.

kecederaan pada diska intervertebral boleh menyebabkan kerosakan pada annulus fibrosus. Akibatnya, ia akan menjadi bengkak dan seringkali juga pecah pada diska intervertebral.

Bengkak yang berlaku akan menekan urat saraf yang terletak di belakangnya. Keadaan akan menjadi lebih serius apabila ia pecah menyebabkan isinya atau nucleus polposus keluar dan menekan urat saraf.

Di antara segmen tulang belakang terdapat rawan(disk) yang bertindak sebagai penyerap hentakan. Semakin usia seseorang itu meningkat, rawan akan menjadi lemah lalu terbonjol keluar dan menekan urat-urat saraf. Ini boleh meyebabkan rasa sakit yang amat sangat yang akan merebak turun ke kaki sehingga pesakit akan mengalami kebas dan lemah kaki.

SAKIT BELAKANG KETIKA KEHAMILAN
Sakit belakang semasa mengandung adalah perkara biasa yang berlaku. Ia selalunya berlaku pada bahagian tengah atau bawah tulang belakang. Selalunya ia semakin teruk bila usia kandungan meningkat.

Kebanyakan masalah ini tidaklah begitu serius. Bagaimanapun, sekiranya ia berlaku dengan cepat atau disertai dengan tanda-tanda lain seperti pendarahan dan sebagainya, rawatan segera adalah diperlukan.

SAKIT BELAKANG SELEPAS EPIDURAL
Kajian terbaru menunjukkan risiko mendapat sakit belakang selepas epidural sama seperti risiko bagi wanita yang bersalin tanpa epidural. Oleh itu, masalah sakit belakang ini berpunca ketika mengandung lagi, dan tidak berkait dengan kesan berpanjangan dari teknik epidural. Walaupun sakit belakang dirasai selepas epidural, ia adalah sementara saja dan akan pulih seperti biasa.

Ada dua cara pembiusan yang digunakan sebelum melakukan pembedahan caesarean, iaitu pembiusan secara tidak sedar yang memerlukan intubasi di mana, gas anestetik diberikan atau bius separuh badan.

Kaedah epidural dan spinal ialah dua cara pembiusan separuh badan. Mengikut kaedah ini, pesakit itu sedar dan teknik untuk membius ialah dengan memasukkan ubat ke kawasan epidural atau spinal pada bahagian tulang belakang. Ubat ini akan melalikan urat saraf yang merangsang bahagian badan yang terbabit termasuk bahagian kulit, rahim dan kedua-dua belah kaki. Prosedur ini hanya dilakukan pakar bius.

Kawasan epidural dan spinal adalah berbeza, epidural ialah lapisan sebelum ruang spinal. Akar saraf yang keluar dari saraf tunjang berada di lapisan ini. Bila ubat pelali dimasukkan di kawasan ini melalui kateter yang halus, ia akan membasahi akar saraf ini menyebabkan pembiusan yang efektif.

Kelebihannya ialah ia boleh diberi secara berterusan selagi kateter itu tidak dikeluarkan atau tidak beralih. Ia menjadi cara pembiusan yang sangat sesuai untuk digunakan dalam kes pembedahan yang mengambil masa lama dan juga untuk menahan sakit bersalin. Selepas pembedahan, kateter ini masih boleh ditinggalkan selama mana yang perlu.

Kaedah spinal pula ialah memasukkan ubat terus ke ruang spinal. Kesan pembiusan bermula sejurus selepas ubat dimasukkan, tetapi ia akan tahan selama jangkamasa ubat pelali itu saja, biasanya lebih kurang dua jam. Ini sudah mencukupi kerana pembedahan caesarean tidaklah mengambil masa lama.

GEJALA SAKIT BELAKANG
Antara gejala sakit belakang ialah:

1. Kejang otot
2. Sakit yang menjalar dari belakang turun ke kaki kiri atau kanan.
3. Sakit di sekeliling pinggang
4. Sakit di bahagian rusuk belakang
5. Sakit di bahagian bahu
6. Sering sakit kepala
7. Sakit di bahagian tulang rawan

PUNCA SAKIT BELAKANG
1. Terjatuh atau kemalangan sehingga patah tulang belakang.
2. Mengangkat benda berat dengan kedudukan badan yang tidak betul.
3. Peningkatan usia
4. Jangkitan kuman.
5. Kanser tulang belakang.

RAWATAN DI PUSAT PERUBATAN HOLISTIK

Seorang kerani contohnya, bekerja antara 35 hingga 48 jam seminggu dalam keadaan statik menghadap fail-fail dan komputer di pejabat sehingga menyebabkan tulang belakang kekurangan oksigen yang mencukupi.

Untuk mengatasi masalah sakit belakang ini, kami di Kumpulan Perubatan Holistik mempunyai ubat khusus sakit belakang yang diproses melalui pancaran penawar gelombang elektromagnetik berbentuk tablet kunyah yang perlu dimakan tiga kali sehari.

Antara kelebihan Perubatan Holistik ialah mampu membantu memperbaiki sakit belakang yang disebabkan diska tergelincir (slipped disk) atau turut dikenali sebagai diska hernia atau diska pecah (herniated disc atau ruptured disk).

Perubatan holistik berupaya menguatkan sistem saraf tunjang dan saraf tulang belakang supaya ia berfungsi seperti sediakala. Disamping itu, Perubatan Holistik juga mampu memperbanyakkan bakteria baik, menguatkan imun sistem dan antibodi supaya segala anasir-anasir jahat dapat disinggkirkan.

Natijahnya, Perubatan Holistik sangat sesuai untuk mereka yang menghidap sakit belakang, scoliosis, kyposis, kyphoscoliosis, sakit sendi, sakit bahagian pinggang, sakit dada, sakit tulang belikat dan pelbagai sakit lain.

Untuk rawatan secara online berkaitan sakit belakang sila klik di sini.