INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Ahad, 4 November 2012

POLYCYSTIC OVARY SYNDROME (PCOS)




Wanita yang gemuk, pusingan haidnya tidak teratur dan tumbuh rambut pada kaki, badan atau muka. Berwaspadalah mungkin anda mengalami masalah kilang ovary bengkak atau ‘polycystic ovary’.

Polycystic Ovary Syndrom atau PCOs adalah suatu keadaan di mana kilang telur atau ovari pada seseorang wanita menjadi bengkak oleh sebab benih-benih telah terperangkap dalam ovari dan tidak boleh menetas pada waktu subur. Maka apabila berlaku keadaan seperti ini lama-kelamaan ovari akan membengkak dan menimbulkan berbagai jenis masalah kesuburan dan gangguan haid pada wanita tersebut.

Gejala utama akibat PCOS ialah kemandulan, sukar untuk hamil dan bila hamil, mudah gugur. Ramai juga dikalangan pengidap PCOS yang mengalami masalah tidak datang haid untuk jangka waktu yang panjang, perdarahan haid yang banyak atau berpanjagan, masalah kegemukan/obesity dan ada yang bermasalah tumbuh rambut pada kaki dada dan muka.

Kejadian penyakit ini kian meningkat di kalangan wanita-wanita Malaysia ke taraf yang membimbangkan kerana ia menjejaskan kesuburan dan keupayaan mereka untuk hamil dan melahirkan anak.

Apakah tanda-tanda penyakit Polycystic Ovary?

1. TIDAK SUBUR ATAU MANDUL

Kebanyakan dari pesakit-pesakit PCOs datang berjumpa doktor pakar sakit puan sebab sukar hendak hamil walaupun telah lama mencuba. Ada yang telah beberapa tahun berkahwin tetapi masih belum medapat zuriat. Ada yang berjaya mendapat anak pertama dan gagal untuk hamil lagi selepas itu. Ramai juga yang boleh hamil tetapi mudah gugur diperingkat awal kehamilan; malah ada yang berulang-ulang kali gugur.

Pelbagai Jenis Gangguan Haid

Tanda yang biasa ialah haid yang tidak teratur, biasanya lambat datang haid dan kadang- kadang jarak antara haid menjadi begitu jauh sekali sampai hingga 3 atau 6 bulan barulah datang haid yang berikutnya. Ada setengah wanita pula sampai setahun tidak datang haid.

2. Gemuk

Tanda lain ialah peningkatan berat badan menyebabkan wanita itu gemuk atau obes. Seringkali peningkatan berat badan ini berlaku secara mendadak selepas ia berkahwin dan pada ketika itu pusingan haid pun menjadi lebih tidak teratur dan kesuburan mereka sangat kurang ataupun langsung tidak subur kerana telur tidak dapat menetas.

3. Darah haid sikit atau berpanjangan

Wanita pula mengalami selain daripada pusingan haid yang begitu panjang jangka waktunya, ialah perdarahan haid yang mungkin berlaku dengan sedikit sekali, tidak seperti biasa haid akan keluar dengan sederhana selama seminggu. Tetapi wanita yang mengidap penyakit polycystic ovary akan mengalami haid yang sangat sedikit hanya menitis selama 2 atau 3 hari. Ada juga di kalangan mereka yang mengalami pendarahan yang berpanjangan sampai 15 hari ataupun 30 hari tanpa henti.

4. Tumbuh rambut

Setengah wanita pula tanda-tanda lain ialah tumbuh rambut pada kaki, tumbuh misai dan janggut dan juga tumbuh rambut pada bahagian tangan dan ada kalanya di bahagian dada. Ini menandakan peningkatan dalam hormon lelaki dalam darah wanita tersebut. Iaitu satu keadaan yang sering berlaku dikalangan pengidap penyakit polycystic ovary.

Kegagalan seseorang wanita untuk mengeluarkan telur atau ovulation boleh dikesan dengan beberapa cara.

Berikut pula tentang masalah ketidaksuburan yang berlaku di kalangan wanita pula dan kaedah rawatan yang boleh dilakukan.

Biasanya, kita boleh membahagikan punca masalah kemandulan atau ketidaksuburan bahagian wanita kepada beberapa jenis. Pertama mungkin ia berpunca dari masalah kegagalan untuk telur menetas ataupun kegagalan 'ovulation'. Maknanya telur wanita tidak dapat dikeluarkan daripada kilang ovari pada waktu tertentu. Wanita yang tidak dapat mengeluarkan telur atau gagal untuk ovulasi mungkin disebabkan oleh beberapa faktor.

Antaranya masalah kegemukan yang dikaitkan dengan gangguan hormon wanita. Wanita ini biasanya akan mempunyai ovari yang bengkak disebabkan telur-telur ini terperangkap dalam kilang ovari. Keadaan ini digelar dengan nama 'polycystic ovary'. Kadangkala wanita ini mempunyai tumbuhan rambut yang berlebihan pada bahagian kaki serta badan dan ada juga yang tumbuh misai.

Kegagalan penetasan telur mungkin disebabkan gangguan hormon yang mungkin disebabkan kandungan hormon susu ataupun prolactin yang tinggi. Keadaan ini digelarkan dengan 'hyperprolactinemia'. Ini biasanya disertai dengan tanda-tanda seperti haidnya tidak teratur, atau tidak datang langsung, ataupun kalau datang dua tiga bulan sekali. Kadangkala juga ia disertai dengan keluaran susu atau cecair daripada puting buah dada. Wanita-wanita ini didapati sukar untuk hamil. Keadaan seperti ini boleh disebabkan oleh satu tumbuhan pada kilang pituitari yang terletak pada bahagian otak.

Kadangkala juga kandungan prolaktin ini boleh meningkat dalam penyakit endometriasis yang sering melanda wanita dan tandanya ialah senggugut yang sangat teruk.

Kegagalan seseorang wanita untuk mengeluarkan telur atau ovulation boleh dikesan dengan beberapa cara. Di antaranya ialah jika haidnya tidak teratur ataupun lambat datang, misalnya pusingan haidnya berlaku dalam 2 atau 3 bulan sekali, kadangkala tidak datang sehingga 6 bulan. Ini adalah satu tanda yang mungkin wanita itu tidak mengeluarkan telur.

Kedua ia juga boleh dikesan dengan mencatitkan suhu badan setiap pagi dengan menggunakan alat suhu ovulation termometer yang boleh dibeli di farmasi. Paling penting sekali suhu badan ini patut disukat atau diambil sewaktu pagi sejurus ia bangun tidur sebelum ia memulakan aktiviti-aktiviti lain. Jika dicatitkan setiap hari, maka satu bentuk akan timbul, sebelum telur menetas berlaku, suhu badannya akan menurun sedikit dan sebelum telur keluar suhu badannya akan meningkat. lni lebih daripada paras biasa selama lebih kurang dua minggu. Jika tiada kehamilan, suhu badan akan turun dan akan diikuti dengan haid, tetapi jika ia hamil suhu badannya akan terus meningkat dan bila haidnya telah lambat dua minggu, ujian air kencing untuk mengesan kehamilan akan menjadi positif. Ketika itu juga kehamilan akan disahkan dengan melakukan ujian ultrasound scanning.

Lain-lain kaedah untuk mengesan ovulation ini juga boleh dilakukan dengan memeriksa air kencing setiap pagi, iaitu air kencing pertama pagi hari mulai pada hari ke sepuluh dikira pada hari pertama keluar haid. Biasanya haid turun seminggu bagi wanita biasa dan tiga hari kemudian iaitu hari ke sepuluh mulalah ia catitkan air kencingnya dengan ujian khusus untuk mengesan kesuburan. Banyak jenama ujian kesuburan melalui ujian air kencing ini didapati di pasaran dan mudah didapati di mana-mana kedai farmasi.

RAWATAN DI PUSAT PERUBATAN HOLISTIK

Wanita yang mengalami masalah kegagalan penetasan atau ovulation boleh dirawat dengan pelbagai kaedah.

Wanita-wanita yang mengalami masalah ‘polycystic ovaries' kadang-kadang agak sukar untuk merangsang telur daripada kilang ovari. Kadangkala ia terlebih rangsang dan banyak telur akan tumbuh dan kadangkala ada kemungkinan berlakunya kembar dari 2 bayi hingga ke lapan bayi.

Organ serviks pula adalah salah satu organ dalaman wanita yang sangat penting. Ini kerana antara fungsinya ialah ia menghasilkan cecair yang boleh melembabkan kawasan vagina sehingga segala anasir luar dapat disingkirkan.

Jika fungsi organ serviks berjalan dengan baik, ia akan memudahkan wanita untuk mengandung dan bertindak sebagai penyokong bayi yang berkembang di uterus semasa kehamilan.

Jika anda mengalami 'polycystic ovary syndrome’, kami di Perubatan Pusat Holistik mempunyai rawatan khusus yang mampu membunuh kuman penyebab 'polycystic ovaries’  dan rawatan yang mampu memperbaiki imun sistem, homon serta membantu menguatkan antibodi sehingga DNA tubuh pengidap 'polycystic ovaries dapat disusun secara digital dan DNA yang rosak dapat diganti dengan DNA yang sihat. Manakala stem sel pula dapat  dihidupkan kembali seperti sedia kala menurut kejadian manusia sehingga kebengkakan ovari dapat dipulihkan seperti sediakala.

Antara kelebihan Perubatan Holistik ialah ia mengandungi pelbagai kod penawar gelombang elektromagnetik yang mampu membunuh gelombang sesuatu penyakit,  mampu memperbaiki DNA, antibodi dan menguatkan sistem imun secara semulajadi.

Rawatan Perubatan Holistik juga boleh diibaratkan laksana anti virus yang mampu mengesan (scan) ketidakseimbangan tubuh dari hujung rambut ke hujung kaki. Jika ada DNA ataupun sel yang musnah, ia akan berusaha memperbaiki dan menstabilkan hormon-hormon serta menguatkan antibodi tubuh secara semulajadi menurut fitrah kejadian manusia.

Natijahnya, Perubatan Holistik sangat sesuai dengan penyakit berkaitan kanser dan penyakit   puan.

Untuk rawatan secara online berkaitan PCOS sila klik di sini