INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Rabu, 13 Mei 2009

MAKANISME DAN APLIKASI PERUBATAN HOLISTIK

Di dalam ilmu fizik, sesuatu bahan hidup atau mati mempunyai atom yang sentiasa berada di dalam keadaan bergetar. Peraturan dinamik atau “The Law of Dynamics” menjelaskan bahawa semua jisim berada di dalam keadaan bergetar (dinamik). Getaran asas ini dinamakan Gerakan Asas Harmoni “Simple Harmonic Motion”. Setiap getaran mewujudkan gelombang yang bertenaga dan medan elektromagnetik.

Tenaga gelombang adalah sesuatu yang tidak boleh dilihat tetapi boleh dirasai dan boleh dikesan, contohnya ribut dan taufan yang boleh dirasakan dan boleh dilihat sehingga memberikan kesan kepada manusia dan alam.

Medan tenaga gelombang yang tidak boleh dilihat ini dinamakan "Aura" atau "Medan Ektromagnetik".
.
Kekuatan sesuatu aura atau medan elektromagnetik pula bergantung kepada kekuatan gelombang yang dihasilkan oleh sesuatu bahan kerana sesuatu bahan dan ciptaan Allah S.W.T. mempunyai kekuatan, tenaga dan fungsi tertentu.
.
Nur Muhammad (S.A.W.), adalah contoh Aura yang telah wujud sebelum alam ini dijadikan dan berkekalan sehingga ke alam akhirat.

Revolusi perkembangan teknologi gelombang (hf) bukanlah penemuan yang baru, kerana pada akhir abad ke 18 seorang pakar fizik yang bernama Dr. Abraham beranggapan bahawa manusia bukan hanya mempunyai bentuk fizikal sahaja tetapi mempunyai tenaga hayat “Vital Force” atau tenaga gelombang.

Perubatan Holistik adalah satu-satunya rawatan yang menggunakan teknologi gelombang (hf) yang melalui proses rawatan pancaran ribuan penawar gelombang elektromagnetik yang telah dikodkan. Pengkodan ini diambil dari bahan-bahan yang telah diuji keberkesanannya bagi merangsang dan memperbaiki sistem organ yang meliputi sistem psikologi, saraf, tulang, perkumuhan, endokrin, pembiakan dan sistem otak.
.
Pengkodan ini juga diambil dari bahan yang mempunyai nilai-nilai spiritual yang tinggi seperti doa-doa mustajab dan ayat-ayat suci Al-Quran.

Sebagai bandingan, applikasi atau sistem kod dalam teknologi gelombang (hf) ini samalah dengan penggunaan pengkodan yang diguna pakai dalam sistem telekomunikasi pada hari ini.
.
BEZA PERUBATAN HOLISTIK DAN ELEKTRONIK
.
1. Menggunakan teknologi berasaskan ilmu sains theo fizik (fizik keagamaan).
2. Rawatan terhadap sesuatu penyakit mengambil kira keseluruhan aspek jasmani dan rohani.
3. Mengeluar dan membongkarkan penyakit.
4. Merawat punca penyakit.
5. Menggunakan konsep 'Constructive Interference and Destructive Interference' serta 'Damping off'.
6. Menggunakan tenaga gelombang 'Electromagnetic' sesuatu remedi dan kod penyakit.
7. Peningkatan sesuatu tenaga boleh dilakukan tanpa melibatkan penggunaan jisim.
8. Tidak mengandungi bahan kimia atau bahan yang mempunyai unsur-unsur tersebut.
9. Tidak mempunyai kesan sampingan.
10. Bertindak melalui proses 'Pontential Difference'.
.
BEZA PERUBATAN BIASA (BERASASKAN JISIM)

1. Menggunakan teknologi yang berasaskan ilmu biologi dan kimia.
2. Hubungan yang terpisah di antara jasmani dan rohani.
3. Menahan dan membenamkan penyakit.
4. Merawat simptom penyakit.
5. Menggunakan konsep 'Stationary Interference' dan 'Constructive Interference'.6. Menggunakan bahan atau jisim yang dipercayai mampu merawat sesuatu penyakit.
7. Peningkatan tenaga yang diperlukan bergantung kepada jumlah jisim yang digunakan.
8. Penggunaan bahan yang mengandungi bahan kimia, steroid atau bahan yang mempunyai unsur-unsur tersebut.
9. Mempunyai kesan sampingan.
10. Bertindakbalas melalui proses osmosis.