INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Ahad, 17 Mei 2009

ISTILAH DALAM PERUBATAN HOLISTIK


1. APAKAH ITU POTENTIAL DIFFERENCE?

'Potential Difference' merupakan bezantara tekanan (kod penawar gelombang elektromagnetik) di antara tekanan tinggi dan tekanan rendah. di mana, bezantara gelombang penawar gelombang elektromagnetik ini akan menyebabkan hanya tenaga penawar yang diperlukan oleh tubuh sahaja yang akan berfungsi dan diambil oleh sistem tubuh.
.
Contohnya, apabila kita demam dan mengambil ubat Perubatan Holistik, hanya gelombang penawar demam dan gelombang yang diperlukan oleh badan seperti kod multi vitamin, kod ketidakseimbangan hormon dan sebagainya sahaja yang akan diambil oleh sistem saraf tubuh. Manakala gelombang penawar lain seperti kod penawar kanser, kod penawar parkinson, kod penawar HIV dan sebagainya tidak berfungsi kerana tiada 'Potential Difference' di situ.

2. APA ITU AGGRAVATION?
.
Aggravation merupakan tindak balas dari proses penyembuhan. Ia juga dikenali sebagai 'Healing Crisis' (krisis penyembuhan). Apabila berlakunya pertembungan di antara dua gelombang penawar gelombang elektromagnetik dengan gelombang penyakit yang sedia ada di dalam tubuh badan, maka 'Amplitude' gelombang tersebut akan menjadi bertambah besar (Contructive Wave Interference).
.
Di mana, sakit akan bertambah sakit sedikit kerana fungsi Perubatan Holistik laksana terapi dalaman yang berusaha untuk memperbaiki segala tidak keseimbangan tubuh badan. Proses ini hanya bersifat sementara.
.
Oleh itu, pesakit digalakkan meminum air sebanyak mungkin, supaya segala kesakitan tadi dapat disingkir melalui sistem perkumuhan semulajadi manusia seperti peluh, pembuangan air kencing, pembuangan air besar dan kahak.
.
3. APAKAH ITU BAKTERIA DAN VIRUS?

Dianggarkan lebih 100 trillion bakteria yang hidup disekiling kita dan setiap hari keluar masuk ke dalam tubuh kita. walaupun setengahnya tidak merbahaya kepada tubuh badan yang sihat, namun ia sangat merbahaya kepada tubuh badan dan organ yang lemah akibat pemakanan yang tidak sihat, pencemaran dan gaya hidup yang tidak sihat.
.
Segala bakteria di sekeliling kita laksana pencuri ataupun peragut yang sentiasa berlegar-legar di sekeliling kita. jika kita leka, nescaya mereka akan mengambil kesempatan ke atas kita. namun, jika kita sentiasa berwaspada, kita boleh mencegah dan mengurangkan kadar jenayah di tempat kita.
.
Begitulah juga tugas bakteria-bakteria ini. Mereka akan sentiasa berlegar-legar di dalam tubuh badan kita dan jika ada sebahagian organ kita lemah, maka mereka akan menjadikannya sarang tempat tinggal mereka sehingga organ tubuh kita menjadi lumpuh dan gagal menghasilkan enzim untuk menyahkan mereka.
.
Oleh itu, Perubatan Holistik berusaha mengaktifkan semula fungsi organ supaya ianya dapat menghasilkan enzim yang diperlukan bagi menyingkirkan segala anasir luar yang jahat ini.
.
4. APAKAH ITU CENTRAL NERVE SYSTEM (CNS)

Sistem saraf ialah pusat kawalan tubuh dan jaringan kamunikasi yang bertanggungjawab terhadap integrasi semua aktiviti saraf. ia juga bertindak menghantar impuls-impuls dari otak ke semua otot dan kelenjar. Sistem saraf mempunyai tiga fungsi utama iaitu deria, integrasi dan motor.
.
Pertama, sistem saraf mampu merasakan perubahan di dalam tubuh dan juga di sekitarnya, ini merupakan fungsi deria.
.
Kedua, sistem saraf mampu menafsirkan sebarang perubahan yang berlaku, ini merupakan fungsi integrasi.
.
Ketiga, sistem saraf mampu bertindak balas terhadap tafsiran yang dibuat dengan memulakan tindakan dalam bentuk kontraksi otot atau rembesan kelenjar, ini merupakan fungsi motor.
.
Melalui fungsi deria, integrasi dan motor, sistem saraf berupaya mengawal atur pelbagai proses dalam tubuh dan meningkatkan sistem immunisasi agar fungsi tubuh berjalan dengan sempurna dan afisien.
.
Sebenarnya, Central Nerve System laksana satelite semulajadi ciptaan Tuhan yang berfungsi mengawal dan mentadbir sistem tubuh. Jika anda mengamalkan Perubatan Holistik, satelite ciptaan Tuhan ini akan segera mengambil segala gelombang penawar elektromagnetik yang diperlukan dan seterusnya dengan segera memancarkan gelombang penawar tersebut ke seluruh tubuh supaya kesemua organ dan sistem tubuh berfungsi dengan sempurna.
.
Contohnya, apabila kita berasa lenguh dan sakit otot, sistem satelite ciptaan Tuhan ini akan menghantar maklumat kepada organ berkaitan supaya organ tersebut menghasilkann enzim semulajadi sehingga sakit dapat disingkirkan dengan seberapa segera.
.
Kesimpulannya, Perubatan Holistik mampu memperbaiki sistem saraf, memperbaiki kerosakan DNA dan meningkatkan sistem imun tubuh supaya ia dapat merawat secara semulajadi menurut fitrah kejadian manusia.
.
5. APAKAH ITU FITRAH KEJADIAN MANUSIA?

Manusia adalah makhluk terbaik ciptaan Tuhan. Manusia diciptakan terdiri dari dua unsur iaitu jasad dan roh. Yang mana, jasad dan roh ini sangat memerlukan antara satu sama lain. Jika roh terpisah dari jasad, maka manusia akan menemui ajal.
.
Oleh itu, rawatan Perubatan Elektronik terhadap sesuatu penyakit itu mengambil kira keseluruhan aspek jasmani dan rohani. Jika jasad seseorang itu sakit, maka rohaninya juga turut terganggu.
.
Di dalam ilmu moden jasad sesuatu makhluk itu dikenali sebagai jisim (mass) manakala roh pula dikenali sebagai getaran (gelombang), sebagaimana mereka percaya bahawa setiap sesuatu jisim itu berada di dalam getaran (dinamik). Getaran di dalam jarak dan waktu tertentu yang juga dikenali sebagai 'Simple Harmonic Motion'.
.
Manakala haiwan pula diciptakan mirip manusia. Hanya 'Haiwan Ghairu Natiq' ini tidak dikurniakan akal fikiran. Di dalam tubuh haiwan terdapat organ-organ dan sistem saraf yang berfungsi mentadbir dan meningkatkan sistem imun tubuh dengan sempurna.
.
Haiwan juga diciptakan seperti manusia iaitu beribadah kepada sang pencipta dengan berzikir dan mengabdikan diri untuk keperluan manusia. oleh itu jika ia ingkar, maka haiwan tersebut akan dibalas serta merta oleh Tuhan di dunia ini, seperti ditimpa penyakit atau mati serta merta.
.
Di dalam Islam, kita perlu percaya bahawa sebenarnya haiwan juga mempunyai jasad dan roh. Sebab itu, haiwan yang halal dimakan wajib disembelih dahulu supaya kita dapat memisahkan jasad dan rohnya secara terhormat. Penyembelihan secara Islam ini juga dinamakan pensucian terhadap haiwan yang halal dimakan.
.
Tumbuh-tumbuhan di atas muka bumi juga diciptakan Tuhan mempunyai roh dan jasad. Roh tumbuh-tumbuhan sentiasa berzikir kepada Allah S.W.T. dengan bahasa yang kita tidak faham, kerana setiap ciptaan makhluk Tuhan itu ditugaskan supaya berbakti, berzikir dan beribadah kepada sang pencipta.
.
Jika ia ingkar, maka tumbuh-tumbuhan itu akan dibalas serta merta samada berpenyakit ataupun mati serta merta.Tumbuh-tumbuhan juga mempunyai saraf yang mengawal tumbesarannya. Saraf di dalam sepohon pokok berfungsi supaya pokok tersebut dapat menghasilkan daun, tangkai, bunga dan buah dengan sempurna demi keperluan dirinya dan manusia. Jika saraf dan sistem imunnya lemah, maka pokok tersebut akan terbantut tumbesarannya dan akhirnya akan mati.
.
Begitu juga 100 trillion kuman yang ada di sekeliling kita. Ia juga sebenarnya mempunyai roh dan jasad. Perubatan berasaskan jisim hanya mampu melemah, menidur atau sesetengahnya mampu membunuh jasad kuman sahaja.
.
Sedangkan roh kuman tersebut sebenarnya masih hidup dan masih berlegar-legar di dalam tubuh pesakit. Roh kuman jahat ini akan bermutasi dan mengganggu sistem jasmani dan rohani seseorang yang menghidap sesuatu penyakit.
.
Sebaliknya, Perubatan Holistik  berupaya bertindak membunuh roh kuman jahat di dalam badan seorang pesakit dengan begitu afisien. Jika roh kuman jahat sudah terbunuh, maka jasad kuman jahat juga turut terbunuh sehingga pesakit akan menuju ke arah penyembuhan.
.
Kesimpulannya, Perubatan Holistik mampu membunuh roh dan jasad kuman yang jahat serta mampu menguatkan roh dan jasad kuman yang baik sebagai antibodi dan sistem imun tubuh.

7. BAGAIMANA PULA DENGAN KEJADIAN CIPTAAN SELAIN MANUSIA?

Hubungan yang sama juga terdapat pada jisim atau makhluk ciptaan Allah S.W.T. yang lain, di mana kesemua makhluk ciptaan Allah S.W.T. juga mempunyai dua unsur. Unsur pertama dikenali sebagai unsur jisim dan unsur kedua dikenali sebagai unsur gelombang. Keupayaan unsur gelombang bertindakbalas terhadap unsur jisim menjadikannya sebagai asas teknologi hf (gelombang).


8. KENAPA SESEORANG ITU JATUH SAKIT?

Seseorang akan jatuh sakit apabila sistem imunisasi (kekebalan) menjadi lemah. Jika sistem kekebalan semakin lemah, kemampuannya melindungi tubuh juga berkurang, sehingga menyebabkan patogen, termasuk virus yang menyebabkan demam dan selesema, dapat berkembang dalam tubuh. Sistem kekebalan juga memberikan pengawasan terhadap sel tumor sehingga ia dapat disingkirkan. Jika sistem kekebalan mulai lemah, sel tumor semakin merebak ke dalam sistem tubuh sehingga akan meningkatkan risiko terkena beberapa jenis kanser.


9. APAKAH YANG BOLEH MENYEBABKAN SISTEM IMUNISASI SESEORANG MENJADI LEMAH?

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan sistem imun dan antibodi seseorang itu menjadi lemah atau gagal berfungsi:

i-Faktor alam sekitar
~Penggunaan bahan kimia dan pengawet di dalam sektor pertanian dan pemakanan.
~Pelbagai radiasi dari pancaran matahari akibat pemusnahan lapisan ozon.
~Pembakaran minyak fosil yang terkandung di dalam ekzos kenderaan.
~Bahan kosmetik yang berasaskan bahan kimia atau mengandungi unsur kimia.

ii-Faktor genetik atau faktor keturunan.


iii-Amalan cara hidup yang tidak sihat.
~Cara hidup yang tidak sihat seperti merokok, alkohol, stress, kurang rehat dan sebagainya.

iv -Faktor Pemakanan yang tidak seimbang.
~Pemakanan seimbang merupakan tabiat memilih makanan yang hendak dimakan dengan tujuan memperbaiki atau mengekalkan kesihatan. Makanan yang seimbang perlu mempunyai karbohidrat, protein, lemak, vitamin, garam galian dan serat dalam kadar yang betul. Ini dapat diperolehi dari buah, sayuran, daging, ikan, susu, bijiran dan lain-lain.

v – Kesan Sampingan Rawatan Perubatan.
~Rawatan ubatan yang menggunakan antibiotik, streroid, x-ray, vaksinasi dan seumpamanya
sehingga memberi kesan buruk kepada sistem imun.

Di samping itu, senario yang berlaku adalah banyak ubat-ubatan moden yang mempunyai kesan sampingan. Pada masa yang sama, adab dan prosedur rawatan yang diamalkan kebanyakan sistem perubatan moden berasaskan model dari Barat.

Jika kita lihat fenomena yang berlaku di Barat, masyarakat mereka sudah lama menolak
perubatan moden. Mereka telah menjadikan sistem perubatan sumber alam seperti herba dan homeopati sebagai kaedah perubatan utama kerana mereka sedar kebanyakan ubat-ubatan yang dihasilkan hanya untuk tujuan komersil semata-mata. Ini terbukti apabila Jerman mempelopori kaedah perubatan homeopati dan kajian di UK mendapati bahawa kaedah kemoterapi untuk merawat kanser adalah merbahaya.

10. APAKAH YANG AKAN BERLAKU SETELAH MENGAMALKAN PERUBATAN HOLISTIK?

Jika seseorang itu mengidap penyakit, gejala penyakit akan beransur-ansur kurang, kesakitan mulai berkurangan dan menuju proses penyembuhan.

Gejala penyakit bukan sahaja tidak dapat dikurangkan, malahan menjadi lebih serius. Sesetengahnya mengalami pening, demam, gatal dan sebagainya. Keadaan ini sebenarnya dikenali sebagai ‘Healing Crisis’ atau krisis penyembuhan yang bersifat sementara.

11. SAYA MENGAMALKAN PERUBATAN HOLISTIK, NAMUN TANDA-TANDA SEPERTI DI ATAS TIDAK PERNAH SAYA ALAMI. ADAKAH PERUBATAN HOLISTIK SESUAI UNTUK SAYA?

Jika anda tidak mengalami reaksi “Healing Crisis” seperti yang dinyatakan di atas sila perhatikan beberapa perkara di bawah ini.


i- Keadaan fizikal dan keselesaan ketika tidur.
ii- Keadaan selera makan.
iii- Keadaan pembuangan air kecil dan air besar.
iv- Keadaan fizikal badan adakah bertambah cergas.


Jika kesemua keadaan ini bertambah baik, ini membuktikan bahawa Perubatan Holistik sangat berkesan dan boleh diamalkan berterusan. Oleh itu, jangan hanya menumpukan sejenis penyakit sahaja. Misalnya, seseorang itu mahu mengubati penyakit tekanan darah tinggi sahaja. Maka, dia menumpukan samada tekanan darahnya turun atau tidak lalu mengabaikan gejala lain yang perlu diperbaiki.


12. APAKAH ITU 'HEALING CRISIS'?

Healing Crisis (krisis penyembuhan) juga dikenali sebagai reaksi pengeluaran toksin atau sesuatu penyakit yang sering disalah tafsir oleh sesetengah orang. Sebenarnya, reaksi ini timbul disebabkan tindakan Perubatan Holistik yang berfungsi sebagai pengawal atur Central Nervous System (CNS) dan berusaha menyingkirkan toksin di dalam tubuh badan. Ia juga adalah sejenis reaksi terapi dalaman secara semula jadi.


Sebenarnya, ia adalah satu tindak balas positif. Keadaan ini boleh disamakan dengan pembersihan longkang yang kotor lagi busuk.
.Longkang akan menjadi lebih kotor dan busuk semasa dibersihkan. Oleh itu, peringkat permulaan pengambilan ubat Perubatan Holistik, penyakit seperti pening, letih, bertambah sakit dan sebagainya mungkin timbul.

Di dalam keadaan ini, anda dinasihatkan meneruskan mengamalkan Perubatan Holistik sehingga reaksi yang kuat itu reda atau hilang.

13. BAGAIMANA PERUBATAN HOLISTIK  BERTINDAK?

Antara kelebihan Perubatan Holistik ialah ia mengandungi ribuan kod-kod penawar gelombang elektromagnetik yang bertindak sebagai scanner yang paling baik dan berkesan.

Perubatan Holistik bertindak merangsang ‘Central Nervous Sysytem’ (CNS) dan ia juga bertindak menghantar tenaga yang dipancarkan oleh CNS ke seluruh badan mengikut keperluan sel.

Apabila ia mendapati ada sel, tisu atau organ yang cedera, mati atau tidak normal, maka ia akan memberikan isyarat dan berusaha untuk memperbaiki ketidakseimbangan tubuh badan tersebut secara semulajadi.

14. APAKAH KESAN SETELAH MENGAMALKAN PERUBATAN HOLISTIK?

Terdapat banyak kesan setelah mengamalkan Perubatan Holistik. Namun, pada umumnya ia boleh dikategorikan dalam tiga jenis.


i- Letih dan mengantuk.
Perubatan Holistik mengandungi pelbagai tenaga yang berfungsi sebagai penenang jiwa. Tenaga yang diekstrakkan mampu memperbaiki sistem psikologi yang boleh menahan kegairahan, menenangkan jiwa dan membantu dalam tidur.

ii- Keadaan lebih tenat.
Tanda-tanda sedia ada menjadi lebih tenat. Umpamanya penyakit gatal akan menjadi lebih gatal, asma akan menjadi lebih tenat, bahagian yang sakit bertambah sakit, pening biasa menjadi lebih serius dan lain-lain lagi. Ini adalah kerana Perubatan Holistik mengandungi ribuan penawar gelombang elektromagnetik yang mampu meneutralkan toksin di dalam tubuh badan lalu berusaha menyahkannya. Jadi, ketika itu anda akan merasa tidak selesa dan agak sakit sedikit.

Selain itu, Perubatan Holistik juga mengandungi pelbagai pancaran gelombang elektromagnetik yang mampu menghuraikan thrombosis yang menyumbat saluran darah. Apabila ini berlaku, ia boleh menyebabkan ketidakselesaan dan kesakitan.

iii- Pengeluaran toksin
Perubatan Holistik mengandungi pelbagai pancaran gelombang elektromagnetik yang mampu mengeluarkan toksin. Toksin-toksin di dalam tubuh badan manusia akan dikeluarkan melalui empat cara:

a. Melalui sistem perkumuhan.
Pesakit akan kerap membuang air kecil dan urin akan menjadi lebih kotor serta seolah-olah berpasir.

b. Melalui sistem pembuangan air besar.
Pembuangan air besar akan menjadi normal dan najis akan kelihatan seolah-olah kehitam-hitaman, berminyak dan berbau agak busuk.

c. Melalui sistem pernafasan.
Pesakit akan mengalami batuk, kahak, muntah atau selesema.

d. Melalui sistem perkumuhan kulit.
Pesakit akan kerap berpeluh, kulit menimbulkan ruam dan sebagainya kerana kulit adalah sistem perkumuhan semula jadi terbesar di dalam tubuh manusia.

Untuk rawatan Perubatan Holistik secara online sila klik di sini.