INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Selasa, 26 Mei 2009

WANITA MENGANDUNG

Pada hari ini, pada pukul 9.00 a.m. setelah saya menghantar anak saya yang bernama Muhammad Asyraf Iskandar berusia 5 tahun ke Nursery, saya terus menjalankan rutin harian saya iaitu memasuki klinik saya yang berada di traffic light (simpang empat) Tok Jiring untuk merawat pesakit harian saya. Setelah selesai mengemas data dan fail pesakit, saya telah menerima panggilan telefon daripada salah seorang pesakit saya. Beliau yang sedang mengandung tiga bulan mengadu bahawa setelah mengamalkan Perubatan Holistik selama seminggu, tiba-tiba berlaku pendarahan yang agak banyak. Beliau menyangka bahawa beliau keguguran. Namun, setelah beliau melakukan scan di klinik berhampiran, doktor mengatakan kandungannya ok dan tiada keguguran berlaku.

Oleh itu, beliau berhenti sekejap makan ubat Perubatan Holistik. Dalam tempoh itu, pendarahan berhenti seketika. Namun, setelah beliau mengamalkan Perubatan Holistik semula, pendarahan berlaku sekali lagi namun, ianya hanya sedikit dan tidak seperti sebelum ini yang keluar agak banyak dan berwarna hitam.

Dalam jawapan pesakit saya tadi, saya mengatakan bahawa antara fungsi Perubatan Holistik ialah laksana scanner dan terapi dalaman. Jika terdapat ketidak seimbangan dalam tubuh pesakit, maka Perubatan Holistik berusaha untuk memperbaiki kawasan tersebut. Jika ada bahagian organ yang tersumbat, maka Perubatan Holistik berusaha supaya kawasan tersebut menjadi mudah dimasuki oksigen dan enzim yang berupaya mengeluarkan segala anasir jahat dan segala kekotoraan. Oleh itu, punca pendarahan yang berlaku pada beliau ialah kerana beliau sebelum ini menghidap penyakit Dysmenorrhea (senggugut) dan haid yang tidak lawas. Oleh itu, Perubatan Holistik berusaha mengeluarkan segala kekotoran dan darah beku yang selama ini berada di sekitar organ dalaman beliau.

Kesimpulannya, saya mengatakan bahawa Perubatan Holistik berupaya merawat penyakit yang telah lama dihidapi beliau dan berupaya menghalang penyakit baru yang ingin menyerang beliau. Saya juga mengatakan kepada beliau bahawa usahlah bimbang. Teruskan makan ubat dan jika segala kekotoran dalaman sudah bersih, keadaan akan menjadi normal dan pendarahan juga akan berhenti. Saya juga menyarankan kepada beliau supaya meminum air mineral sebanyak mungkin, kerana di dalam Perubatan Holistik, jika pesakit kurang minum air nescaya akan berlaku tindak balas yang agak kuat.

Alhamdulillah, setelah beliau mendengar penjelasan saya, beliau bersemangat untuk menghabiskan ubat yang saya bekalkan. beliau juga mengatakan bahawa sepanjang kehamilan ini, Insya-Allah beliau akan mengamalkan Perubatan Holistik terutama Vitamin wanita mengandung bernama Seri Selusuh kerana beliau juga mengalami anaemia (tekanan darah rendah).

 Oleh itu, jika anda sedang mengamalkan Perubatan Holistik dan mendapat pemeriksaan di Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif, pastikan anda menelefon doktor yang merawat anda jika berlaku sesuatu diluar jangkaan.

Natijahnya, Perubatan Holistik sangat sesuai bagi wanita yang mengandung. Ini berbeza sekali dengan perubatan yang berasaskan jisim (mass), kerana sesetengahnya tidak sesuai untuk wanita yang mengandung. Oleh itu, saya sarankan kepada wanita yang sedang mengandung supaya mengamalkan Perubatan Holistik, terutama mereka yang mengandung buat kali pertama. Kerana vitamin wanita mengandung bernama Seri Selusuh berfungsi mengelakkan berlaku segala komplikasi yang tidak diingini ketika mengandung.

Malahan, Perubatan Holistik juga berfungsi sebagai pendinding dan mengawal tumbesaran bayi dengan sempurna. Kerana di dalam Perubatan Holistik terdapat penawar gelombang elektromagnetik bagi menghalang berlakunya kecacatan dalam kandungan. Bukan hanya Homeopathy sahaja yang ada ubat selusuh, bahkan di Perubatan holistik ada segala-galanya.

Untuk witamin wanita mengandung sila klik di sini.

Untuk rawatan secara online sila klik di sini.