INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Sabtu, 6 Jun 2009

STONE/BATU KARANG



Pemendapan berbagai zat kimia di dalam air kencing pada keadaan tertentu boleh menyebabkan terbentuknya kristal. Ia kemudian bersifat hydus(pucat) Hydus akan membesar dan bahan-bahan lain akan bertompok di atasnya.

Pada asasnya, batu karang terbentuk daripada zat kalsium yang bercampur dengan bahan-bahan lain dan akhirnya membentuk batu. Ia dapat dilihat melalui sinaran X. Namun, batu yang terhasil dari asid urik mungkin tidak dapat dilihat.

Ini kerana ia berlaku pada saluran ureter (saluran kencing) dan juga saluran buah pinggang.


JENIS-JENIS BATU KARANG
1) Calcium oxalate - merupakan 80% batu karang yang terjadi hasil campuran dengan bahan kalsium dengan rupa bentuk bercabang dan tajam.
2) Calcium phosphate-10% batu karang yang terjadi akibat jangkitan kuman dalam air kencing yang bersifat alkali.
3) Asid urik - akibat dari serangan gout.
4) Cystin.


PUNCA-PUNCA PENYAKIT/FAKTOR RISIKO
1) Ketidaksempurnaan dalam aliran saluran kencing.
2) Terlalu banyak makan makanan laut yang mengandungi kandungan kimia yang tinggi
3) Kegagalan buah pinggang.
4) Tahap metabolisme seseorang.
5) Nanah yang mengeras akibat jangkitan kuman semasa kecil.
6) Kekurangan pengambilan air minuman.
7) Jangkitan parasit atau cacing di dalam pundi kencing.


TANDA-TANDA/SIMPTOM

1) Sakit pada bahagian abdomen iaitu pada sisi kanan dan kiri pinggang.
2) Kesakitan seperti berdenyut, berat dan sakit melilit yang amat sangat seperti hendak bersalin.
3) Loya-loya,hendak muntah dan berpeluh.
4) Sukar kencing atau lansung tak boleh kencing dan kencing berdarah atau bernanah.
5) Demam yang mengigil dan tubuh jadi lemah, muka jadi pucat atau sembab dan kulit jadi kering.


LANGKAH PENCEGAHAN
1) Minum 1.5 liter air setiap hari terutama air ECPI.
2) Elakkan makan daging merah, makanan laut dan makanan yang mengandungi asid urik.


KOMPLIKASI
1) Boleh menyebabkan kerosakan atau kegagalan buah pinggang.
2) Jangkitan kuman penanahan dalam buah pinggang boleh mengakibatkan terjadi bisul. Jika tidak dirawat pesakit akan mendapat septicimea di mana kuman merebak ke seluruh tubuh dan menyebabkan kematian.
3) Sakit yang datang tiba-tiba boleh mengakibatkan seseorang itu hilang pertimbangan.


RAWATAN DI PUSAT PERUBATAN HOLISTIK

Sebentar tadi, saya baru menerima panggilan seorang lelaki berusia awal 40an yang bertanya tentang penyakit batu karang di dalam buah pinggang. Persoalan pertama yang saya ajukan kepada beliau ialah dari mana beliau memperoleh nombor handphone saya.

Dalam jawapannya, beliau yang tinggal di Seberang Takir memberitahu bahawa nombor handphone saya beliau perolehi dari risalah yang diambil di masjid berhampiran rumahnya.

Saya mengatakan kepada pemuda tadi bahawa Insya-Allah Perubatan Holistik mampu memperbaiki saraf di bahagian buah pinggang, mampu menguatkan fungsi buah pinggang dan mampu memecahkan batu karang secara perlahan-lahan. Saya juga menyarankan supaya beliau datang ke klinik saya untuk membuat rawatan khusus.

Kebetulan, malam ini saya telah merawat seorang pesakit yang menghidap penyakit batu karang. Pesakit saya mengatakan bahawa beliau telah menghidap penyakit batu karang semenjak dua bulan yang lalu. Petang tadi, beliau telah ke klinik berdekatan dan doktor telah melakukan suntikan di pinggangnya kerana beliau merasa sakit yang amat sangat.

Sebelum ini, beliau pernah mengamalkan Perubatan Homeopathy di Kuala Lumpur. Kini, beliau ingin mencuba kaedah Perubatan Holistik dan Alternatif di klinik saya pula.

Semasa saya merawat pesakit batu karang, biasanya saya akan pastikan ujian air kencing dilakukan. Ketika saya membuat ujian air kencing terhadap pesakit saya malam tadi, kandungan protein dan ketone amat tinggi. Manakala bacaan pH pula 5.0. Ini bermakna tubuh beliau mengandungi asid urik yang agak tinggi.

Ketika saya menerangkan keputusan ujian air kencing kepada pesakit saya, beliau lantas bertanya tentang langkah pencegahan terhadap penyakit batu karang.

Dalam jawapannya, saya mengatakan bahawa cara yang paling baik ialah meminum air sebanyak 1 hingga 2 liter sehari. Kerana antara fungsi buah pinggang adalah sebagai sistem penapisan tubuh. Oleh itu, ia memerlukan air yang banyak supaya sistem penapisannya tidak terjejas. Antara lain, kurangkan makanan laut dan makanan yang mengandungi kadar asid urik yang tinggi.

Jika anda mengidap batu karang dan membuat rawatan di Pusat Perubatan Holistik, kami akan mengambil specimen DNA anda seperti rambut, air liur, darah dan urin supaya Perubatan Holistik dapat memecahkan kandungan batu karang secara perlahan-lahan dan supaya Perubatan Holistik dapat menyingkirkan asid urik yang berlebihan di dalam tubuh pesakit.

Disamping itu, kami akan melakukan Life Auto-Therapy supaya peralatan elektronik yang dikenali sebagai OPAMP MACHINE dapat membunuh gelombang penyakit pengidap batu karang seberapa segera.

Kesimpulannya, Perubatan Holistik sangat sesuai bagi mereka yang mengidap penyakit batu karang, kegagalan buah pinggang, masalah pundi kencing dan dan masalah kencing yang tidak lawas.

Untuk rawatan secara online sila klik di sini.