INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Rabu, 1 Julai 2009

KEBIJAKSANAAN SANG PENCIPTA




Suatu hari al-Mufaddhal bin Umar al-Ju’fi, seorang sahabat Imam Ja’far Shadiq (salah seorang keturunan Rasulullah s.a.w. dan guru kepada Imam Abu Hanifah) bertemu dengan seorang atheis (Zindiq) yang berdebat dengannya tentang keberadaan Tuhan dan pengaturannya atas segala sesuatu. Baginya segala sesuatu terjadi tanpa kesengajaan.

Tiada pencipta dan tiada yang mengatur melainkan segala sesuatu terjadi dengan sendirinya. Atas dasar inilah, dunia ini ada dan tetap akan ada. Begitu tajam hujah yang dibawanya sehingga al-Mufaddhal tidak dapat menguasai diri kerana marah.

Kemudian dia melaporkan perkara tersebut kepada Imam Ja’far Shadiq. Maka Imam Ja’far Shadiq pun berkata kepadanya:
“Wahai Mufaddhal, Saya akan sampaikan kepadamu tentang kebijaksanaan pencipta yang Maha Agung dan Maha Suci dalam mencipta alam, binatang buas dan seluruh yang bernyawa dari kelompok binatang, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya. Semua ini menjadi pelajaran bagi mereka yang mahu mengambil pelajaran. Datanglah ke rumahku pagi esok.”

Al-Mufaddhal menceritakan,
“Malam itu terasa amat panjang bagiku kerana menanti apa yang beliau janjikan kepadaku. Keesokan hari, pagi-pagi lagi aku meminta izin untuk masuk menemui Imam Ja’far Shadiq. Aku berdiri di depan beliau lalu beliau memerintahkanku duduk. Kemudian aku pun duduk dan kelihatan beliau bangun menuju sebuah bilik kosong. Aku mengekorinya dan Imam Ja’far Shadiq pun berkata:
“Marilah ikutku.”

Maka aku pun mengikuti beliau masuk ke bilik tersebut. Tidak lama kemudian Imam Ja’far Shadiq duduk dan aku pun duduk di sebelahnya. Kemudian beliau berkata: “Wahai Mufaddhal, Jika saya berada di tempatmu, saya akan merasakan malam ini begitu panjang sekali kerana menunggu apa yang saya janjikan kepadamu.”

Aku menjawab:
“Tentu wahai Imam Ja’far Shadiq.”

Beliau berkata lagi:
“Wahai Mufaddhal, Sesungguhnya Allah s.w.t. itu sedia ada tanpa ada sesuatu sebelumnya. Dia kekal tanpa ada penghujungnya. Baginya segala pujian atas apa yang dikurniakan kepada kami (Ahlul Bait) dan bersyukur atas apa yang dianugerahkan kepada kami. Dia telah mengurniakan kami (Ahlul Bait) dengan ilmu beserta seluruh ketinggian dan seluruh kemuliaannya. Dia memilih kami (Ahlul Bait) dari seluruh ciptaan dan mengurniakan kami pelbagai ilmu yang tidak diberikan kepada sesiapapun.”

Aku bertanya lagi:
“Wahai Imam, Bolehkah saya menulis apa yang anda jelaskan. Sesungguhnya saya telahpun menyediakan kelengkapan alat tulis.”

Keturunan Rasulullah s.a.w. lantas menjawab:
“Lakukanlah wahai Mufaddhal.”

Kemudian beliau memulakan pembahasan,
“Ketahuilah wahai Mufaddhal, tentang hikmah tangisan kanak-kanak. Ketahuilah bahawa di dalam otak kanak-kanak terdapat satu cecair yang jika cecair tersebut tidak dikeluarkan nescaya akan menyebabkan penyakit yang parah, seperti hilang penglihatan, terencat akal dan sebagainya."

"Sesungguhnya hikmah tangisan akan mengalirkan cecair tersebut dari otak menjadi air mata sehingga menyebabkan badan menjadi sihat dan penglihatan menjadi normal."

"Bukankah sering terjadi kanak-kanak memperolehi faedah dari tangisannya. Namun, kebanyakan kedua orang tuanya tidak mengetahui rahsia tersebut. Mereka tidak mengetahui tangisan adalah lebih baik bagi anaknya dan lebih baik kesudahannya."

"Demikianlah dalam setiap perkara terdapat faedah yang tidak diketahui orang yang menyakini bahawa segala sesuatu terjadi dengan ketidaksengajaan. Jika mereka mengetahui perkara tersebut, maka mereka tidak akan mengatakan bahawa tiada sesuatu ciptaan Allah s.w.t yang sia-sia.”

“Adapun air liur yang keluar dari mulut kanak-kanak adalah cecair yang jika dibiarkan di dalam badannya akan menyebabkan penyakit yang sangat berbahaya. Jika air liur lebihan kanak-kanak tersebut tidak keluar, maka ia boleh menyebabkannya menjadi dungu, mindanya menjadi lemah dan akhirnya boleh menyebabkan kelumpuhan dalam otak. Oleh itu, Allah s.w.t. telah menjadikan cecair lebihan tersebut meleleh keluar dari setiap kanak-kanak bertujuan supaya dia menjadi bertambah sihat apabila dewasa kelak."

"Sesungguhnya Allah s.w.t. telah memuliakan ciptaannya dengan sesuatu yang tidak mereka ketahui. Maha Suci Allah s.w.t., betapa agung kenikmatannya dan Dia telah memberikannya kepada yang berhak (Ahlul Bait).”

“Wahai Mufaddhal, Fikirkanlah mengenai makanan yang masuk ke dalam badan manusia dan sistem penghadaman di dalam tubuh manusia. Makanan yang dimakan dan masuk ke dalam perut manusia akan dihadamkan sebaik mungkin. Segala tenaga makanan yang dimakan akan disalurkan ke dalam sistem hati melalui pembuluh darah yang halus. Pembuluh darah tersebut juga berfungsi sebagai penapis tenaga makanan supaya sesuatu yang tidak terhadam tidak akan masuk ke dalam sistem hati, kerana jika ini berlaku, ia akan merosakkan hati tersebut."

"Kemudian, sistem hati akan menerima tenaga makanan tersebut lalu dengan pemprosesan yang sangat teliti dan baik ia diproses menjadi darah beroksigen dan disalurkan pula ke seluruh badan melalui saluran darah yang sudah tersedia. Saluran darah tersebut bagaikan tali air yang mengalirkan air ke seluruh pemukaan bumi serta menyahkan segala kekotoran. Kemudian kotoran dari jenis yang pahit dan berlemak akan disalurkan ke hempedu, manakala yang berwarna kehitaman (kekotoran) akan disalurkan ke limpa dan yang berbentuk cecair yang beroksigen pula akan disalurkan ke seluruh badan.”

“Perhatikanlah betapa teraturnya dalam susunan tubuh badan manusia. Organ-organ di dalam tubuh badan ditempatkan di tempat yang sesuai. Kemudian disediakan pundi untuk menampung segala hampas supaya tidak tersebar dan merebak ke seluruh badan sehingga menyebabkan penyakit. Maha Suci Tuhan yang telah mengaturkan organ dengan sebaik-baiknya.”

"Kini perhatikan wahai Mufaddhal, tentang manusia yang tidak tahu berapa lama jangka hayatnya. Jika manusia itu mengetahui kadar usianya, maka dia tidak akan merasa tenteram kerana kematian akan menghampirinya. Sesungguhnya orang yang ketakutan kerana kehilangan nyawa lebih dahsyat daripada orang yang kehilangan harta benda, kerana orang yang kehilangan harta masih dapat berharap untuk mendapatkannya kembali."

"Sedangkan orang yang yakin akan kehilangan nyawa akan merasa putus asa. Jika seseorang itu mengetahui dia akan berumur panjang, nescaya dia akan merasa gembira sehingga akan menghabiskan sepanjang usianya dengan kelazatan dunia dan melakukan maksiat sehingga di saat akhir usianya barulah dia bertaubat."

"Perkara yang terbaik bagi manusia adalah tidak mengetahui had umurnya. Sehingga walaupun seseorang itu memiliki usia yang panjang ia sentiasa akan mengingati mati. Ia akan berusaha meninggalkan segala maksiat dan memperbanyakkan amal soleh. Manusia yang tidak mengetahui lama hidupnya akan sentiasa mengingati kematian setiap kali dia ingin melakukan kemungkaran.”

“Wahai Mufaddhal, perhatikanlah mengenai kepintaran yang dikurniakan kepada binatang untuk kebaikannya. Antaranya, rusa yang telah memakan ular akan merasa sangat dahaga. Tetapi ia akan menghindarkan diri untuk meminum air kerana takut racun akan merebak ke seluruh badan sehingga membuatnya mati. Jika ia meminum air, nescaya ia akan mati ketika itu juga. Perhatikanlah bagaimana tabiat ini diberikan kepada binatang tersebut yang dapat menahan rasa dahaga yang amat sangat. Perkara tersebut hampir tidak dapat diketahui manusia yang berakal sekalipun."

"Begitu juga, ketika serigala kesulitan mendapatkan makanan, maka ia akan berpura-pura mati sambil mengembungkan perutnya sehingga burung menyangkanya bangkai. Ketika burung tersebut menghampirinya, maka dengan segera serigala pun menerkam burung tersebut."

"Maka, siapakah yang membantu serigala tersebut yang tidak mempunyai akal untuk melakukan tipuan ini? Ketika serigala menjadi lemah dibandingkan kebanyakan binatang buas lain yang lebih kuat dalam menyerang buruan, maka ia dibantu dengan diberi kecerdikan dan tipu daya untuk meneruskan kehidupan.”

“Sesungguhnya ikan lumba-lumba sering mencari burung sebagai makanannya. Kecerdasannya dalam perkara ini adalah dengan menangkap ikan dan mematikannya lalu dijadikan umpan dengan membiarkannya terapung di atas permukaan air. Kemudian ikan lumba-lumba akan bersembunyi di bawah ikan tersebut. Ketika burung datang untuk menangkap ikan yang sedang terapung di atas permukaan air, ikan lumba-lumba akan menerkamnya.”

Imam Ja’far Shadiq melanjutkan:
“Apakah yang anda tahu tentang apa yang dimakan oleh binatang yang keluar malam seperti burung hantu dan kelawar?”

Aku menjawab:
“Saya tidak tahu wahai Imam!”

Guru Imam Hanafi berkata:
“Makanannya adalah serangga yang berterbangan di tengah malam seperti nyamuk, rama-rama, belalang dan lebah, kerana kebanyakan serangga tersebut berterbangan di tengah malam tanpa arah tuju. Perhatikanlah perkara tersebut. Contohnya, jika anda letakkan lampu di atas bumbung atau di halaman rumah, maka serangga-serangga tersebut akan mengerumuni lampu tersebut. Perkara tersebut menunjukkan serangga sentiasa berterbangan di udara pada waktu malam dan berada di mana-mana sahaja."

"Perhatikanlah bagaimana disediakan rezeki untuk burung yang mencari makanan di malam hari. Kajilah makna yang terkandung dalam penciptaan serangga kecil ini yang berterbangan yang kebanyakan manusia menyangka ianya diciptakan sia-sia belaka.”

“Kelawar pula diciptakan dalam bentuk yang sangat menakjubkan. Bentuk kelawar hampir serupa bentuk binatang berkaki empat. Ia memiliki dua kuping telinga, gigi dan bulu. Ia adalah sejenis haiwan mamalia yang boleh melahirkan anak, menyusu, boleh membuang air kecil dan dapat berjalan dengan empat kaki. Sesungguhnya sifat ini tidak terdapat pada burung. Kemudian ia juga keluar pada malam hari dan mencari mangsa seperti serangga yang berterbangan."

"Ada yang berpendapat bahawa kelawar tidak memakan makanan selain peluh. Pendapat tersebut dibantah dari dua aspek. Pertama, keluarnya kotoran dan air kencing yang tidak akan terjadi selain dari makanan. Kedua, binatang tersebut memiliki gigi yang mana, jika tidak memakan sesuatu apa pun, maka gigi tersebut tiada ertinya. Pada hal semua ini tidak diciptakan secara sia-sia sahaja.”


Begitulah betapa luasnya ilmu yang dimiliki oleh Imam keturunan Ahlul Bait Rasulullah s.a.w. ini.