INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Ahad, 5 Julai 2009

PENYAKIT JANTUNG KORONARI


Jantung merupakan pam berotot di dalam dada yang berfungsi mengepam darah secara berterusan ke seluruh badan. Ia mengepam siang dan malam, dari saat kita dilahirkan sehinggalah kita menemuai ajal.

Otot jantung akan mengecut dan mengendur sebanyak 100,000 kali dalam sehari dan disebabkan semua tugas ini, jantung juga memerlukan bekalan darah beroksigen yang di bawa oleh arteri koronari.

BAGAIMANA JANTUNG BERFUNGSI?


Fungsi asas jantung adalah untuk mengepam darah merah yang kaya dengan oksigen dan nutrien melalui arteri besar ke bahagian badan lain.

Setelah oksigen ini digunakan oleh tisu badan, vena atau saluran darah membawa darah yang kurang beroksigen atau darah biru akan balik semula ke jantung.

Jantung boleh dibahagikan kepada dua belah bahagian yang setiap satu bertindak sebagai pam tersendiri.

Setiap belah bahagian ini pula terbahagi kepada dua ruang. Oleh itu, terdapat empat ruang kesemuanya di dalam jantung kita.

Dua ruang di atas, iaitu atria bertindak sebagai takungan darah, manakala dua ruang di bawah pula iaitu ventrikal mengecut untuk mengepam darah keluar.
Sebelah kanan jantung menerima darah melalui vena yang datang dari seluruh badan lalu mengepamnya melalui paru-paru supaya darah ini dapat mengumpulkan oksigen untuk dihantar ke seluruh badan.

Sebelah kiri pula menerima darah dari paru-paru dan megepamnya ke seluruh badan ke tisu-tisu badan yang memerlukan oksigen.

Jantung perlu mengepam darah pada tekanan yang tinggi untuk memastikan darah sampai ke semua organ dan otot. Oleh itu, otot jantung memerlukan bekalan darah yang baik dan fungsi ini dikendalikan oleh arteri koronari serta cabangnya.

ARTERI KORONARI

Arteri koronari keluar dari aorta (saluran darah utama dari jantung) sebaik sahaja arteri meninggalkan ruang mengepam darah sebelah kiri, iaitu ventrikal kiri yang menjadikannya bahagian pertama menerima darah yang beroksigen tinggi.

Kedua-dua arteri koronari kanan dan kiri adalah bersaiz kecil dan setiap satu hanya berdiameter 3 hingga 4 mm. Arteri ini merentasi permukan jangtung dan bertemu di bahagian lain yang seolah-olah membentuk bulatan.

Ketika orang purbakala melihat bentuk arteri ini buat kali pertama, mereka menyangka ianya kelihatan seperti mahkota, oleh itu mereka menamakan mahkota dalam bahasa latin sebagai ‘arteri koronari’.

TROMBOSIS

Trombosis merupakan istilah perubatan bagi pembekuan darah, iaitu proses biasa yang menghentikan pendarahan apabila kita terluka.
Untuk mengelakkan darah daripada beku pada masa yang tidak sepatutnya ,terdapat bahan kimia di dalam darah kita yang dikenali sebagai ‘antikoagulan’ yang bertindak mencairkan darah.

Apabila pembuluh darah mengalami kerosakan, suatu siri bahan kimia dibebaskan di kawasan berhampiran dengan kerosakan tadi, untuk mengaktifkan darah sehingga menyebabkan pembekuan.

Dari segi penyakit koronari pula pembekuan berlaku bukan disebabkan oleh kerosakan dari luar, tetapi kerosakan pada lapisan dalam dinding hasil pengumpulan lemak di atasnya.

Biasanya, lapisan dalam arteri adalah licin dan tidak membenarkan pembekuan berlaku. Apabil ateroma (dinding arteri yang mengandungi plak berlemak) terjadi, lapisan ini tidak lagi licin.

Apabila terdapat rekahan kecil pada permukaan, sel-sel kecil darah iaitu platelet akan melekat pada rekahan tersebut untuk membantu menutup rekahan. Jika rekahan tersebut kecil, keadaan ini tidak menjadi masalah. Namun, apabila lubang arteri terlalu sempit, pembekuan kecil sekalipun boleh menjejaskan pengaliran darah sehingga boleh menyebabkan angina atau heart attack.

SERANGAN JANTUNG

Serangan jantung merupakan kesan akhir apabila arteri koronari yang rosak terhalang sepenuhnya oleh darah beku atau trombus.
Apabila ini berlaku, Otot jantung tidak dapat menerima bekalan darah dan oksigen sehingga menyebabkan sakit dada.

Serangan jantung atau penyakit arteri koronari boleh menyebabkan pelbagai masalah, antaranya:

1. Angina, iaitu sakit dada yang dirasakan apabila bersenam atau menjalankan aktiviti harian. Kesakitan akan lega dengan berehat.

2. Serangan jantung, di mana kesakitan dada yang agak teruk disebabkan oleh kelumpuhan suatu bahagian otot jantung apabila bekalan darah ke bahagian berkenaan terputus sepenuhnya.

3. Ritma jantung yang luar biasa (aritmia), di mana degupan jantung yang tidak tetap sehingga boleh menyebabkan sesak nafas dan debaran jantung.

JENIS PENYAKIT


1. ASD (ATRIAL SEPTAL DEFECT)Satu keadaan di mana terdapat satu lubang antara atria, menyebabkan oksigen dari bahagian kiri jantung masuk semula ke bahagian kanan. Oleh itu, bilik jantung bahagian kanan terpaksa mengepam dengan lebih kuat yang mengakibatkan ia bengkak.


Apabila pengaliran darah ke paru-paru menjadi bengkak, tekanannya pula akan meningkat dan merosakkan paru-paru. Penyakit ini dikenali sebagai sakit jantung tidak biru (acyanostic congenital heart disease).

2. VSD (VENTRICULAR SEPTAL DEFECT)Ia dikenali juga sebagai sakit jantung biru (cynostic congenital heart disease). Biasanya ia berlaku di kalangan kanak-kanak.
Di mana, sejumlah darah yang mengandungi oksigen dari bahagian kiri dipaksa masuk ke bahagian kanan melalui dinding penyekat, apabila terdapat lubang pada dinding tersebut.

Darah yang berlebihan ini kemudiannya dipam semula ke dalam paru-paru yang boleh menyebabkan kerosakan.

RAWATAN DI PUSAT PERUBATAN HOLISTIK DAN ALTERNATIF
.
FAKTA TENTANG JANTUNG
1. Jantung adalah otot ciptaan Tuhan yang paling kuat bekerja dalam badan. Saiz jantung sebesar penumbuk sahaja.
2. Tidak seperti otot, mata, mulut dan lain-lain anggota, jantung bekerja siang dan malam tanpa henti. Jantung tidak mengenal erti jemu dan penat.
3. Ia mula berdenyut ketika fetus berusia 8 minggu dalam kandungan ibu.
4. Secara purata, jantung berdenyut sebanyak 2.5 bilion kali dan mengepam hampir 50 juta gelen darah apabila kita mencapai usia 70 tahun.
5. Jantung berdenyut 100 kali seminit atau kira-kira 140,000 kali sehari. Jantung juga mengepam lebih kurang 1,900 gelen darah ke seluruh tubuh badan dalam jangka masa 24 jam.
6. Jantung umpama karburator kereta, di mana tanpa karburator, kereta tidak akan mampu untuk bergerak.
7. Denyutan jantung juga adalah di luar kawalan kita. Ia bergerak tanpa diminta dan berhenti tanpa disuruh.
8. Tisu khas pada jantung yang dikenali sebagai 'pacemaker' adalah penggerak utama denyutan jantung.
9. Jantung mengalirkan darah ke seluruh badan dan juga kepada jantung itu sendiri.
10. Jantung mendapatkan bahan tenaga pukal berbentuk oksigen dan gula dari salur darah koronari pada permukaan jantung.
11. Terdapat 3 salur darah koronari utama pada jantung kita yang mempunyai kebarangkalian tersumbat.
.
Perubatan Holistik dan Alternatif sangat sesuai dengan penyakit berkaitan jantung, kerana antara fungsi utama Perubatan Holistik ialah membersih, memperbaiki dan melancarkan peredaran darah supaya darah dapat membekalkan oksigen secukupnya ke sel-sel tubuh.

Perubatan Holistik juga mampu bertindak menghantar oksigen yang secukupnya ke dalam jantung sehingga ia sentiasa segar dan mampu mengepam darah sepanjang masa supaya darah dapat sampai ke seluruh tubuh dengan lancar adan efisien.

Antara fungsi Perubatan Holistik yang lain ialah ia mengandungi tenaga gelombang elektromagnetik yang halus iaitu 125,000 kali ganda dari nano yang mampu mengimbangi ritma jantung dan mampu menembusi saluran arteri koronari yang halus sehingga ia dapat mengalirkan darah beroksigen ke jantung.

Sebab itu, jika anda mendapat rawatan di Kumpulan Perubatan Holistik anda akan dibekalkan ubat yang dikenali sebagai 'Combined Organ' yang berfungsi mengaktifkan organ-organ dalaman termasuk jantung dan paru-paru supaya ia dapat berfungsi secara semulajadi menurut fitrah kejadian manusia.

Untuk rawatan perubatan Holistik secara online sila klik di sini.