(Li Khamsatun Uthfi Biha Harral Waba'ilhatimah. Al-Mushtafa Wal-Murtadha Wabnahuma Wal-Fatimah).
"Bagiku lima dengannya aku memadamkan kepanasan penyakit berjangkit. Mereka itu ialah Nabi al-Mushtafa (yang dipilih), Ali al-Murtadha (yang diredai), kedua anak mereka (Hasan dan Husain) serta Fatimah."
Di dalam kitab doa-doa pilihan yang ditulis oleh syeikh Ibnu Ahmad al-Tamimi al-Malizi (seorang mursyid), ada satu doa yang sangat masyhur di kalangan orang zaman dahulu, iaitu doa pelindung dari segala jenis penyakit berjangkit seperti taun, denggi, penafasan akut, selesema burung, selesema babi (influenza A H1N1) dan pelbagai penyakit berjangkit.
Doa tersebut adalah seperti tertera di atas. Sebelum membaca doa tersebut hendaklah dimulai dengan selawat (ALLAHUMMA SHALLI ‘ALA MUHAMMAD, WA ALI MUHAMMAD) dan juga disudahi dengan selawat.
Ianya sangat elok dibaca selepas solat lima waktu sebanyak 7 kali atau 21 kali atau 40 kali dan jika mampu bacalah sepanjang masa.