INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Jumaat, 4 September 2009

ASMA, PARU-PARU BERAIR DAN KANSER PARU-PARU


ASMA
Penyakit Asma merupakan salah satu penyakit berbahaya yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit.
Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar untuk menjalankan sebarang aktiviti lasak.

Ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Apabila ini terjadi, paru-paru akan berkurangan udara. Akibatnya, pesakit boleh sesak nafas sehingga boleh menyebabkan pengsan.

APA ITU ASMA
Asma atau biasanya disebut sebagai semput atau lelah, merupakan sejenis penyakit paru-paru yang terjadi akibat radang dan penguncupan saluran pernafasan. Orang yang mengalami penyakit asma akan menunjukkan beberapa tanda atau gejala tertentu.

Di antara tanda-tanda yang boleh diperhatikan termasuklah pernafasan yang berbunyi seolah-olah orang bersiul, terutama sekali apabila pesakit itu menghembuskan nafasnya.

Ini dinamakan "wiz" yang kedengaran secara berulang-ulang. Namun ada juga yang tidak mengalami wiz, tetapi akan mengalami batuk terutamanya di waktu malam atau selepas melakukan latihan fizikal.

Adakalanya batuk tersebut dialami secara berterusan lebih daripada seminggu. Selain itu, pesakit akan mengadu sesak nafas dan ketat dada. Dalam keadaan asma yang tidak dapat dikawal, ramai juga yang mengadu terdapatnya lendir yang amat sukar hendak dikeluarkan.

Penyakit ini sering dikaitkan dengan masalah alahan, walaupun tidak semua pesakit asma mempunyai masalah ini.

Alahan dipercayai dapat meningkatkan kecenderungan seseorang untuk mendapat serangan asma. Di kalangan pesakit asma dianggarkan lebih kurang 80 peratus kanak-kanak dan 50 peratus orang dewasa mengalami masalah alahan.

Selain itu, pesakit asma yang mempunyai masalah alahan lebih mudah mengalami serangan asma apabila terdedah kepada bahan pencetus asma yang tidak mempunyai sifat alahan terhadap jangkitan virus.

Serangan asma yang dialami tidak semestinya sama bagi setiap individu. Ada yang hanya mengalami sedikit rasa sesak nafas manakala yang lain mungkin mengalami sesak nafas yang teruk setiap hari.

Segelintir pesakit asma mengalaminya dalam masa yang singkat manakala ada pula yang mengalami secara berterusan untuk beberapa hari lamanya. Selain itu ada pesakit yang akan mengalami keadaan yang mencemaskan manakala yang lain hanya mengalami sedikit gangguan keselesaan bernafas sekali sekala.

Keadaan sebegini menunjukkan bahawa asma merupakan sejenis penyakit yang tidak menentu dan ini secara tidak langsung menerangkan mengapa penyakit asma sukar difahami dan dikawal.

BAGAIMANA ASMA BERLAKU
Punca sebenar terjadinya serangan asma, apabila terdapat perubahan di dalam saluran pernafasan. Perubahan yang dimaksudkan adalah inflamasi atau bengkak yang seterusnya mengakibatkan saluran pernafasan menguncup dan peka terhadap rangsangan luar.

PERUBAHAN YANG BERLAKU DALAM PENYAKIT ASMA
Inflamasi Tiub dalam saluran pernafasan mudah mengalami iritasi, menjadi bengkak dan kelihatan, merah. Seterusnya lendir yang pekat akan dihasilkan dan menyumbatkan saluran pernafasan. Pesakit akan mula batuk apabila dia cuba untuk mengosongkan saluran pernafasan yang tersumbat ini. Sekiranya inflamasi kerap berlaku dan keadaannya teruk, tisu saluran pernafasan akan menebal secara kekal. Ini menyebabkan pesakit lebih sukar bernafas.

KUNCUP: Otot yang mengelilingi saluran pernafasan mungkin menguncup dan menyebabkan saluran pernafasan menjadi sempit. Keadaan ini dinamakan bronkospasme atau bronkokonstriksi. Pesakit akan berasa dadanya ketat.

PEKA: Saluran pernafasan amat peka terhadap pendedahan kepada benda-benda luaran seperti habuk, asap rokok, atau udara sejuk.

JENIS ASMA
1. ASMA ALAHAN
Asma ini juga dikenali sebagai Asma Ekstrinsik (luaran) atau Asma Atopik. Ia terhasil apabila berlakunya penyedutan bahan-bahan yang pada kebiasaannya tidak membahayakan individu yang sihat.

Contoh bahan-bahan tersebut termasuklah debunga, spora kulat, hama, bulu haiwan dan juga bahan elergi lain.

2. ASMA BUKAN ALAHAN
Ia juga dikenali sebagai Asma Intrinsik (dalaman). Kaum wanita lebih mudah mendapat penyakit ini berbanding kaum lelaki.

Cuaca sejuk, asap rokok, bau cat dan gasolin, infeksi atau jangkitan dan tekanan psikologi adalah antara factor-faktor yang boleh mencetus atau memburukkan lagi keadaan asma ini.

PUNCA ASMA
1.Faktor genetik iaitu mempunyai saluran pernafasan yang sempit secara semulajadi.
2. Terdedah kepada uadara sejuk atau panas
3. Terdedah kepada abuk atau asap
4. jangkitan saluran pernafasan
5. Tekanan emosi dan fizikal
6. Kesan sampingan daripada sesetengah ubat
7. Terdedah kepada bulu binatang seperti kucing

GEJALA PENYAKIT ASMA
1. Sukar untuk bernafas
2. Sering batuk terutama di waktu pagi dan malam
3. Berbunyi (Wheezing) semasa bernafas
4. Dada terasa sempit
5. Kehilangan berat badan atau selera makan
6. Gejala-gejala menjadi lebih teruk semasa melakukan aktiviti
7. Gejala meningkat beransur-ansur dalam masa minggu
8. Gejala bertambah baik apabila tidak melakukan sebarang pekerjaan
9. Gejala bertambah baik apabila persekitaran kerja telah berubah

PARU-PARU BERAIR
Penyakit paru-paru berair juga dikenali sebagai ‘efusi pleura’.
Paru-paru dikelilingi oleh satu rongga kosong yang disebutkan sebagai kaviti pleura (pleural cavity) yang memisahkan antara paru-paru dan dinding dada.

Ia diselaputi oleh ‘prietal pleura’ disebelah dalam dinding dada dan ‘viceral pleura’ yang meliputi paru-paru. Kaviti pleura ini penting semasa proses pengembangan dan pengucupan waktu bernafas.

Jika rongga ini diisi oleh udara disebabkan oleh kebocoran pada viceral pleura ia dikenali sebagai ‘pnemothorax’. Jika dipenuhi dengan darah dikenali sebagai ‘hemothorax’ dan jika dipenuhi dengan nanah dikenali sebagai ‘pyothorax’.

PUNCA PARU-PARU BERAIR
1. Terjadi daripada penyakit pada paru-paru itu sendiri atau penyakit organ lain seperti jantung, hati dan buah pinggang.
2. Batuk kering (TB).
3. Jangkitan kuman di paru-paru.
4. kanser paru-paru atau lain-lain kanser.
5. Kolagen (collegen disease) sepertti ‘rhuemathoid’ ‘arthritis’, SLE dan sistem sterosis.
6. Kegagalan jantung.
7. Sindrom nefrotik (kehilangan protin dari buah pinggang).
8. Sirosis hati.
10. Pneumonia (radang paru-paru).

TANDA-TANDA PARU-PARU BERAIR
1. EXUDATE- Mempunyai kandungan protein yang tinggi (2 gram/100 ml).
- Cecairnya lebih pekat dengan spesifik graviti yang tinggi
- Jika warnanya keruh dan kelabu (cloudiness) ia mengandungi sel darah daripada penyakit kanser atau jangkitan paru-paru.
- Warna air tebu (straw colour) menentukan pesakit batuk kering (TB)
- Jika bernanah ia berpunca dari ‘lung abses’ atau jangkitan bakteria yang serius dalam kaviti pleura.

2. TRANSUDATE- berwarna lebih jernih dan cair
- kandungan protin yang kurang daripada 2 gram / 100ml
- terjadi akibat daripada kegagalan jantung mengepam air keluar dari paru-paru
- dalam penyakit sindrom nefrotik dan sirosis hati mengakibatkan tekanan onkotik palsma darah yang rendah, seterusnya berlakulah pergerakan air keluar dari pembuluh vena dan berkumpul di kaviti pleura.

BARAH PARU-PARU

Barah paru-paru adalah pembunuh nombor satu manusia. Ini kerana paru-paru merupakan organ pada sistem pernafasan dan berhubungan dengan sistem peredaran darah. Ia berfungsi untuk menukar oksigen dari udara dengan karbon dioksida dari darah.

Barah tejadi apabila sel di bahagian paru-paru muncul pada bahagian organ paru-paru. barah paru-paru boleh dikelaskan kepada dua bahagian iaitu:-

1. karsinoma sel kecil - ia berkait rapat dengan menghisap rokok. Malangnya, ia merebak awal dan menyebabkan sedikit sahaja gejala-gejala awal, dan akibatnya, kes ini lambat didiagnosiskan.

2. karsinoma sel bukan kecil - ia termasuk dalam karsinoma sel skuamus, adekarsinoma, karsinoma sel besar, karsinoma sel bronkiol dan mesotelioma.

Terdapat empat punca utama kenapa seseorang mendapat barah paru-paru (atau barah secara umum):

1. Karsinogen seperti yang terkandung dalam rokok
2. Radiasi mengion (Ionizing radiation)
3. Kecenderungan genetik
4. Jangkitan virus

RAWATAN DI PUSAT PERUBATAN HOLISTIK DAN ALTERNATIF

Penyakit sistem pernafasan COPD (Chronic Obstructive Pulmanory Disease) merupakan penyakit yang sentiasa memerlukan perhatian dalam bidang perubatan.

COPD (Chronic Obstructive Pulmonary Disease) seperti yang diketahui tiada ubat kerana amat mustahil kerosakan pada paru-paru boleh diperbaiki.

Rawatan yang ada hanyalah mengawal simptom, mengurangkan risiko komplikasi dan meningkatkan kualiti hidup pesakitnya.

COPD adalah masalah pernafasan kronik yang sangat progres sifatnya. Jika tidak dirawat ia akan menjejaskan kualiti hidup, selain menjadi penyebab utama kematian di seluruh dunia.

Biasanya, jika anda mengalami asma, pneumonia atau paru-paru berair doktor akan membekalkan anda ubat-ubat sedutan seperti ipratropium bromide, salbutamol, dan terbutaline yang dapat mengurangkan ketegangan otot licin bronkial dan melegakan penyempitan bronkus akibat kontraksi.

Namun, kebanyakan ubat-ubat sedutan ini mengandungi streroid yang agak tinggi dan jika diamalkan secara berpanjangan boleh menyebabkan kesan sampingan.

Jika anda mendapat rawatan di Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif, biasanya pihak kami akan mengambil kahak anda supaya Perubatan Holistik dapat mengkodkan gelombang penyakit asma, pneumonia atau paru-paru berair sehingga ubat yang dibekalkan dapat memusnahkan gelombang penyakit asal yang anda hidapi.

Bagi mereka yang menghidap penyakit asma, pneumonia dan paru-paru berair, disarankan supaya bersabar ketika membuat rawatan di Pusat Perubatan Holistik, kerana mungkin anda akan mengalami tindak balas ubat yang agak kuat.

Antara tindak balas yang dihadapi oleh pesakit asma, pneumonia dan paru-paru berair ialah:
1. Batuk akan bertambah sedikit. Ini kerana antara fungsi Perubatan Holistik ialah berusaha membuang kahak dalaman dan membersihkan saluran pernafasan.

2. Sakit di bahagian dada. Ini kerana Perubatan Holistik laksana terapi urutan dalaman yang berusaha memperbaiki saraf dan antibodi di bahagian dada supaya berfungsi secara semulajadi.

3. Tubuh agak lemah disertai lenguh. Ini kerana ketika Perubatan Holistik berusaha memperbaiki sistem saraf, menguatkan immun sistem dan berusaha memperbaiki kerosakan DNA, antibodi tubuh dan kuman jahat sedang bertembung dan berlawan sehingga tubuh akan menjadi panas.

4. Mereka yang meghidap resdung, berkemungkinan akan menghadapi selesema sedikit . Ini bertujuan Perubatan Holistik berusaha mengeluarkan lendir dalaman yang selama ini terpendam kerana pengambilan ubat-ubatan yang mengandungi dadah dan steroid.

5. Mereka yang menghidap migrain pula akan berasa pening sedikit. Ini kerana Perubatan Holistik berusaha memperbaiki CNS (Central Nerve system) dan meneutral aliran elektrik di dalam otak.

Jika tindak balas di atas berlaku, anda tidak perlu gusar, kerana ianya bersifat sementara dan ia adalah pertanda bahawa ubat yang anda makan mulai sesuai dengan tubuh anda.

Anda digalakkan meminum air sebanyak mungkin supaya penyakit yang selama ini terpendam di dalam tubuh anda akan keluar mengikut saluran perkumuhan secara semulajadi seperti melalui air kencing, pembuangan air besar dan peluh. Ini kerana meminum air yang banyak akan mengurangkan tindak balas ubat dan memudahkan ubat yang dimakan meresap dengan cepat.

Antara tanda pemulihan ialah apabila pembuangan air kencing dan pembuangan air besar sudah mulai lawas. Apabila ini berlaku, Insya-Allah penyakit yang anda hidapi menuju ke arah penyembuhan.

Anda dinasihatkan supaya mengamalkan ubat elektronik ini selama empat hingga enam bulan, kerana di dalam Perubatan Holistik, kami perlu membuang dan membersihkan segala toksik, steroid dan dadah yang sudah sebati di dalam tubuh pesakit.

Apabila kesemua organ di dalam tubuh sudah dibersih dan diperbaiki oleh ubat elektronik, maka secara semulajadi organ dapat menghasilkan enzim yang mencukupi supaya dapat menyahkan anasir-anasir luar yang jahat.


Untuk rawatan online berkaitan Asma, Paru-paru berair dan kanser Paru-paru sila klik di sini.