INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Selasa, 8 September 2009

KEISTIMEWAAN DAN KEUTAMAAN LAILATUL QADAR




Ibnu Abas meriwayatkan,
“Diceritakan kepada Rasullullah s.a.w. bahawa ada seorang lelaki Bani Israel yang dengan beraninya menghunus pedang di atas kudanya dalam berjihad (berperang) membela agama Allah selama seribu bulan. Rasullulah s.a.w. amat terpegun akan hal itu dan mengharapkan umatnya juga memperoleh pahala sepertinya. Maka baginda pun berdoa,
“Ya Tuhanku, Engkau jadikanlah umur umatku lebih pendek dan lebih sedikit amalnya.”

Kemudian Allah s.w.t. memberikan kepada baginda dan umatnya malam ‘Lailatul Qadar’ yang lebih baik daripada seribu bulan, sebagaimana seorang Bani Israel itu menghunus pedangnya, membela agama Allah s.w.t.. Inilah keistimewaan umat Muhammad s.a.w..

Dikatakan bahawa nama lelaki itu adalah Syam’un. Dia telah berperang dengan musuh selama seribu bulan sehingga tidak pernah kering bulu tengkuk kudanya. Sesunguhnya orang kafir sangat gentar bila berhadapan dengannya.

Tidak lama kemudian, musuh telah menghantar utusan kepada isterinya dengan membawa jaminan sebuah bekas yang berisi emas yang akan diberikan kepadanya bila berhasil mengikat suaminya.

Lantas, isteri Syam’un pun melakukannya. Namun ketika suaminya bangun dan menggerakkan badannya, kesemua ikatan itu terputus.

Si suami bertanya,
“Mengapa engkau berbuat demikian?”
“Aku hendak mencuba kekuatanmu.” Jawab isterinya.

Lalu dia menceritakan perkara tersebut kepada orang kafir. Tanpa berlengah lagi mereka memberikan rantai kepada isteri Syam’un dan dia pun melakukan sebagaimana yang disuruh. Namun, dengan kekuatan yang ada si suami boleh juga memutuskan rantai yang diikat di badannya.

Tidak lama kemudian, iblis datang menemui mereka dan meminta supaya isteri Syam'un bertanya kepada suaminya tali apakah yang tidak mampu diputuskan olehnya.

“Tali rambut yang tumbuh di janggutku ini.” Jawab si suami ketika ditanya.

Setelah itu, orang kafir telah mengikat tubuh Syam’un dengan janggutnya yang memang panjang itu. Kemudian mereka membawanya ke rumah tempat penyembelihan yang amat besar dan tingginya sekitar empat ratus hasta dengan di tengahnya ada sebuah tiang. Dengan sekuat tenaga mereka telah memotong kedua telinga dan bibir Syam'un.

Kemudian Syam’un memohon kepada Allah s.w.t. supaya memberinya kekuatan untuk memutuskan ikatannya serta dapat menggerakkan tiang rumah itu agar roboh dan menimpa orang kafir.

Allah s.w.t. mengkabulkan doanya. Dia berhasil memutuskan ikatannya, menggerakkan tiang rumah itu hingga roboh dan menimpa orang kafir sehingga kesemuanya mati. Hanya Syam’un sahaja yang terselamat.

Ketika mendengar cerita itu, para sahabat Rasullulah s.a.w. bertanya,
“Wahai Rasullulah, bolehkah kami memperolehi pahala seperti yang dilakukan Syam’un itu.”

Tidak lama kemudian, Allah s.w.t. menurunkan wahyu dan mengurniakan mereka keutamaan Lailatur Qadar seperti yang telah diceritakan di atas.

Anas meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda,
“Pada malam Lailatur Qadar, Jibril a.s., para malaikat dan roh yang suci akan turun ke bumi. Mereka akan membaca selawat dan salam dan pahalanya dihadiahkan kepada setiap hamba yang berdiri atau duduk mengingati Allah s.w.t.”.

Abu Hurairah berkata ,
“Pada malam Lailatur Qadar, para malaikat dan roh yang suci yang turun ke bumi lebih banyak daripada jumlah batu kerikil di jalanan. Pintu langit dibukakan untuk mereka turun sebagai mana telah dijelaskan. Maka tersingkaplah bumi ini dengan pancaran cahaya.”

"Adapun manusia dalam hal ini mempunyai pelbagai tingkatan. Sesetengah mereka ada yang disingkapkan kerajaan langit dan bumi sehingga mereka dapat melihat wajah para malaikat.”

“Ada yang berdiri, duduk, rukuk, sujud, berzikir, bertasbih dan bertahlil. Ada juga yang dibukakan untuk mereka pintu syurga, sehingga mereka dapat melihat keindahan mahligai, bidadari, sungai yang mengalir, pohon yang rimbun dan buah-buahannya.”

“Bahkan sesetengah mereka dapat melihat para nabi, para wali dan para syuhada. Mereka juga dapat melihat neraka dengan segala isinya.”

Umar meriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. yang bermaksud,
“Barang siapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar di bulan Ramadhan sehingga subuh, dia lebih kusukai daripada beribadah tiap malam ramadhan keseluruhannya."

Fatimah az-Zahra’ lalu berkata,
“Wahai Ayahku, apa yang mesti dilakukan oleh setiap lelaki dan wanita yang tidak mampu beribadah malam?”

Baginda menjawab,
“Hendaklah mereka jangan terus tidur, kemudian mereka duduk sesaat sahaja
pada malam itu untuk memanjatkan doa kepada Allah s.w.t. Itu yang lebih kusukai daripada ibadahnya umatku seluruh bulan ramadhan.”

Aisyah berkata bahawa Rasullullah s.a.w. telah bersabda,
“Barang siapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar, melakukan solat dua rakaat dan memohon ampun kepada Allah s.w.t. ketika itu, tentu Allah s.w.t. akan mengampunkan dosanya, dia akan mendapat rahmat Allah s.w.t., Jibrail akan membelainya dan barang siapa yang dibelai Jibrail menggunakan sayapnya, pasti dia akan masuk syurga.”