INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Isnin, 19 Oktober 2009

KEGAGALAN BUAH PINGGANG/KIDNEY FAILURE




Buah pinggang berfungsi melakukan proses utama untuk mengekalkan keseimbangan kimia cecair tubuh kita.

Proses keseimbangan ini dinamakan sebagai homeostasis. Ia juga berfungsi membersihkan sel kimia yang tidak diperlukan di dalam tubuh.

Proses ini memastikan darah hanya mengandungi campuran garam galian dan air yang cukup serta mengekalkan tahap asid alkali di dalam cecair tubuh.

Dengan berfungsi sebagai bahan penapis, buah pinggang memastikan bahan yang tidak diperlukan tubuh dikeluarkan dalam bentuk air kencing.


CARA BUAH PINGGANG BEKERJA

Kedua-dua buah pinggang terletak atas sedikit daripada pinggang di belakang rongga abdomen. Arteri renal membawa darah daripada jantung ke buah pinggang. Satu tiup yang dipanggil ureter mengalirkan darah daripada setiap buah pinggang ke pundi kencing.

Setiap buah pinggang mengandungi lebih sejuta struktur berbentuk bola kecil yang dinamakan glomeruli.

Gromeruli terletak di cortex atau bahagian luar buah pinggang. Fungsinya ialah menapis cecair mengandungi glukos, asid amino, garam dan bahan kotoran daripada darah.

Buah pingganag berupaya melakukan proses ini kerana darah daripada arteri renal memasuki buah pinggang dengan tekanan yang kuat. Tekanan ini memaksa cecair tadi ke medulla melalui beberapa tiup kecil. Tiup ini dikelilingi oleh saluran darah yang meresapkan zat dan air yang diperlukan tubuh.

Darah yang ditapis tadi kemudian keluar daripada buah pinggang melalui saluran renal dan membuat pusingan semula. Cecair yang ditapis ini mengandungi bahan kotoran yang terkumpul di dalam pundi kencing.

Manakala air kencing keluar daripada tubuh melalui satu lagi salauran yang dinamakan urethra. Kesemua sistem daripada buah pinggang ke urethra dikenali sebagai sistem perkumuhan buah pinggang.

Selain membersihkan darah, buah pinggang mengawal kandungan air dan garam yang terdapat di dalamnya. Umpamanya, jika kita minum banyak air, ia terus memasuki saluran darah dan mencairkan darah. Apabila darah yang cair ini memasuki buah pinggang, air yang berlebihan akan dikeluarkan secara automatik sebagai air kencing.

Begitu juga jika kita banyak berpeluh, tubuh kekurangan air dan air kencing berwarna pekat sehingga buah pinggang yang sihat akan mengumpul jumlah air yang diperlukan.
Sistem buah pinggang yang sihat tidak mengandungi organism mikro dan air kencing yang melaluinya telah dengan sendirinya disteril.

Bagaimanapun, sistem ini boleh mendapat jangkitan jika bakteria di luar tubuh memasuki urethra dan sampai ke pundi kencing.

Bakteria ini boleh merebak dan mungkin berjangkit pada buah pinggang sehingga menyebabkan keradangan yang dinamakan pyelonephritis. Ini biasanya berlaku apabila aliran biasa air kencing tersekat. Bakteria terus membiak di dalam air kencing yang terkumpul.

Adakalanya perkara ini terjadi tanpa diketahui sebabnya. Orang yang sihat pun boleh dijangkiti bakteria. Manakala wanita pula lebih mudah mendapat jangkitan kerana urethranya pendek menyebabkan bakteria mudah masuk ke dalam buah pinggang.


FAKTOR RISIKO
BATU KARANG
Air kencing mengandungi garam galian yang telah hancur. Jika garam ini terlalu pekat, garam berlebihan bertukar menjadi keras dan dinamakan Kristal batu. Batu karang yang besar boleh menyekat pengaliran air kencing dan menyebabkan jangkitan yang dikenali sebagai renal colic iaitu sakit teruk di sekeliling buah pinggang hinga ke bahagian kelengkang. Sesetengah orang yang mengalami batu karang tidak merasakan apa-apa tanda. Ada pula terlalau sakit dan keradangan.

PENINGKATAN USIA
Semakin seseorang itu meningkat usia, jumlah unit penapis di dalam buah pinggang akan berkurangan. Jika buah pinggang turut rosak kerana penyakit, penapis yang ada menjadi kurang berkesan dan bahan kotoraan mungkin terkumpul di dalam darah.

Penyempitan saluran darah di jantung juga turut menjejaskan buah pinggang. Mereka yang mengalami tekanan darah tinggi atau kencing manis lebih mudah mendapat masalah buah pinggang.

BUAH PINGGANG GAGAL BERFUNGSI
Buah pinggang gagal berfungsi apabila ia rosak teruk oleh penyakit kronik dan tidak lagi boleh menapis bahan yang tidak diperlukan. Buah pinggang termasuk dalam kumpulan organ utama seperti jangtung, otak dan paru-paru. Antara kerosakan buah pingang adalah berpunca daripada:
1. Keturunan
2. Jangkitan kuman.
3. Kerosakan disebabkan penyakit seperti darah tinggi.
4. Diabetes Mellitus.
5. Rosak kerana terlalu banyak mengambil ubatan berasaskan dadah dan steroid.


KEGAGALAN BUAH PINGGANG KRONIK
Apabila seseorang itu mengidap penyakit buah pinggang yang kronik, ia akan sakit teruk selama beberapa bulan dan mengalami anemia (tekanan darah rendah). Buah pinggang terus mengeluarkan air kencing namun gagal mengeluarkan bahana kotoran atau menyerap bahan yang berguna.


TANDA PENYAKIT BUAH PINGGANG KRONIK

Pesakit biasanya lemah, sering demam, sering kencing lebih-lebih lagi waktu malam. Jika dibiarkan tanpa rawatan, pesakit akan kehilangan berat badan, luka, gatal-gatal dan sedu. Kulit nampak kekuningan dan garis-garis warna coklat dilihat di kuku tangan. Selain itu terdapat darah dalam air kencing, bengkak di sekeliling mata serta buku lali dan sering bangun kencing waktu malam.


RAWATAN DI PUSAT PERUBATAN HOLISTIK

Biasanya mereka yang mengidap penyakit buah pinggang kronik terpaksa melakukan rawatan dialisis yang diberikan selama tiga hingga empat jam tiga kali seminggu yang memerlukan kos rawatan ribuan ringgit setiap bulan jika ianya dilakukan di hospital swasta.

Namun jika anda mendapat rawatan di Pusat Perubatan Holistik, kami berusaha supaya ubatan holistik yang dibekalkan dapat membantu memperbaiki saraf dan fungsi buah pinggang secara semulajadi. Anda digalakkan terus melakukan rawatan dialisis dan disamping itu juga mengamalkan ubatan holistik yang dibekalkan.

Biasanya, setelah tiga bulan mengamalkan perubatan holistik, anda hanya perlu melakukan rawatan dialisis dua kali seminggu dan setelah enam bulan hingga setahun anda tidak perlu lagi melakukan rawatan dialisis kerana perubatan holistik berupaya memperbaiki fungsi buah pinggang dan membaikpulih penapis yang ada di dalam buah pinggang supaya dapat membersihkan darah secara semulajadi.

Antara kebaikan Perubatan Holistik ialah ia membantu memperbaiki struktur glomeruli yang terletak di cotex di bahagian buah pinggang. Apabila glomeruli berfungsi dengan baik, segala kekotoran dalam darah, glukos, asid amino dan garam yang tidak diperlukan dapat ditapis dengan efisyen.

Oleh kerana Perubatan Holistik mengandungi penawar gelombang elektromagnetik yang sangat halus, ia mampu menembusi sel buah pinggang yang sudah mengecut sehingga ia kembali segar dan berfungsi seperti sediakala.

Untuk rawatan secara online tentang penyakit buah pinggang sila klik di sini.