INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Khamis, 26 November 2009

PAHALA DAN KEISTIMEWAAN BERKORBAN

Aidil Adha adalah salah sebuah hari raya bagi umat Islam. Pada hari ini diperingatkan tentang peristiwa korban, iaitu ketika Nabi Ibrahim A.S. yang bersedia mengorbankan putranya Ismail untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T., sehingga kemudiannya digantikan Allah S.W.T. dengan kambing biri-biri.

Pada hari raya korban ini, umat Islam berkumpul pada pagi hari dan melakukan solat hari raya bersama-sama terutama di tanah lapang, seperti ketika merayakan solat hari raya puasa. Setelah solat, di anjurkan melakukan ibadah korban yang mempunyai banyak kelebihan.

Saidina Ali K.WH. berkata:
Barangsiapa yang meninggalkan rumahnya untuk membeli haiwan korban, maka setiap langkah dikurniakan 10 kebajikan, dihapuskan 10 kesalahan dan dinaikkan 10 darjat martabatnya.

Apabia dia bercakap-cakap dengan penjual ketika membelinya, maka setiap patah kata yang diucapkannya adalah sama dengan satu tasbih (pujian terhadap Allah S.W.T.).

Jika dibayar harganya, maka setiap satu dirham, dia beroleh 700 kebajikan.

Jika haiwan itu dibaringkan di atas tanah, maka setiap titis darah yang tertumpah, dijadikan oleh Allah S.W.T. 10 malaikat yang mendoakan dan meminta ampunkan kesalahannya kepada Allah S.W.T. sehingga hari kiamat.

Apabila dagingnya dibahagi-bahagikan, maka setiap suap yang dimakan orang, baginya adalah seperti memerdekakan seorang anak cucu Nabi Ismail A.S..

Haiwan yang dikorbankan itu kelak akan menjadi kenderaan bagi orang yang mengorbanakannya pada hari kiamat kelak. Rasulullah S.A.W. bersabda,

“Muliakanlah korban-korbanmu, kerana nanti dia menjadi kenderaan kamu ketika melintasi titian Siratul Mustaqim.”

Selain daripada itu, orang yang melaksanakan ibadah korban dipandang sebagai orang yang baru di antara umat Nabi Muhammmad.

Rasulullah S.A.W. juga menyatakan bahawa korban itu juga dapat menyelamatkaan orang yang berkorban dari segala kejahatan di dunia mahupun di akhirat.