INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Isnin, 29 Mac 2010

BATUK BERPANJANGAN





Batuk adalah tindakbalas semulajadi untuk menyingkirkan bendasing dan kuman di mana ia dapat membantu menghalang salur pernafasan daripada terkena sebarang jangkitan dan memasuki paru-paru yang boleh menyebabkan penyakit yang serius seperti radang paru-paru (pneumonia). Tindakbalas ini akan menghasilkan lendir atau kahak.


SEBAB BATUK

1. Penyakit yang berkaitan dengan virus seperti selesema.
2. Jangkitan pada salur pernafasan (bronchitis, sinusitis) atau paru-paru (pneumonia, tuberculosis).
3. Alahan.
4. Asma.
5. Merokok.
6. Penyakit paru-paru seperti chronic obstructive pulmonary disease (COPD).
7. Terdedah kepada habuk, asap dan bahan kimia di tempat kerja.
8. Asid dari perut naik semula ke esofagus, yang dipanggil gastroesophageal reflux disease (GERD).
9. Rembesan cecair ke dalam tekak (postnatal drip syndrome).
10. Tekanan.
11. Ubat yang dipanggil ACE inhibitors (Penghalang Enzim Penukar Angiotensin) yang digunakan untuk mengawal tekanan darah tinggi.

BATUK KERING

Batuk kering adalah disebabkan oleh jangkitan kuman 'tubercle bacilli'. Ia disebarkan oleh titisan udara apabila pesakit yang mempunyai kuman yang aktif batuk. Paru-paru adalah organ utama yang selalu dijangkiti. Ia juga boleh melibatkan otak, tulang, kelenjar limfa, buah pinggang dan kulit. Batuk kering yang menyerang paru-paru dikenali sebagai 'pulmonary tuberculosis'.

Terdapat sebanyak 100 juta penduduk diseluruh dunia dijangkiti batuk kering dimana 8 juta mempunyai jangkitan yang aktif. Sebanyak 2 juta pesakit maut. Pada tahun 2003, sebanyak 15 912 kes batuk kering direkodkan di Malaysia dan 966 dari padanya maut.

GEJALA BATUK KERING

1. atuk berpanjangan selama 2 minggu atau lebih.
2. Batuk berdarah.
3. Demam dan berpeluh pada waktu petang atau malam.
4. Hilang selera makan atau turun berat badan.
5. Sakit dada semasa batuk atau bernafas secara dalam.
6. Mudah letih dan lemah

RAWATAN DI PUSAT PERUBATAN HOLISTIKDAN ALTERNATIF


Jika anda mengalami batuk kering dan cara untuk melegakannya ialah:

1. Minum lebih banyak air untuk mengelakkan kahak yang banyak.
2. Madu yang dicampur dengan air panas, teh dan jus lemon sesuai untuk batuk yang kering dan kerap.
3. Cuba kunyah gula-gula ubat batuk untuk menyejukkan tekak. Kebanyakan gula-gula ubat batuk ini tidak memberi kesan untuk mengurangkan batuk.
4. Berhenti merokok.
5. Elakkan terdedah kepada asap, habuk dan pencemaran. Pakai topeng muka sekiranya perlu.

Jika masih juga batuk berpanjangan, maka kami di Pusat Perubatan Holistik mempunyai ubat khusus untuk mereka yang menghidap batuk berpanjangan.

Biasanya kami akan mengambil DNA anda seperti rambut, darah, urin dan kahak anda supaya pihak kami dapat mengkodkan gelombang penyakit yang ada di DNA anda dan seterusnya dapat memusnahkan gelombang asal yang ada di dalam tubuh anda terutama kuman-kuman yang menyebabkan batuk.

Semasa anda mengamalkan ubat kami, batuk anda akan bertambah kuat. Ini kerana antara fungsi Perubatan Holistik ialah menscan penyakit anda dan berusaha mengeluarkan kuman-kuman jahat melalui kahak. Batuk yang agak kuat ini hanya bersifat sementara. Setelah kesemua kuman jahat dapat disingkirkan, maka batuk akan reda dan anda akan menuju ke arah penyembuhan.

Oleh itu, semasa mengamalkan Perubatan Holistik, anda dikehendaki meminum air sebanyak yang mungkin supaya segala anasir jahat dapat dinyahkan melalui sistem perkumuhan tubuh seperti melalui pembuangan air besar, pembuangan air kecil, peluh dan penafasan.

Natijahnya, antara fungsi Perubatan Holistik ialah ia berusaha mengawal hormon di dalam tubuh, memperbaiki ketidakseimbangan tubuh, menyahkan anasir jahat, memperbaiki imun sisitem, menguatkan antibodi dan memperbaiki kerosakan DNA secara semulajadi menurut fitrah kejadian manusia.

Untuk rawatan secara online tentang batuk berpanjangan sila klik di sini.