INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Rabu, 31 Mac 2010

DEMAM CAMPAK

Demam campak atau chicken pox juga dikenali sebagai cacar air, jintungan atau bertih (mengikut dialek daerah). Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan amat mudah berjangkit. Ia berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa. Rebakan adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti. Rebakan juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox.
Pengidap chicken pox boleh merebakan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping. Kayap (herpes zoster) ialah infeksi dari virus yang sama dan berlaku pada di masa hadapan (umur dewasa).


Tanda dan Gejala

Pengidap chicken pox akan mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada kulit. Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh. Ruam chiken pox akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku. Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.Gejala lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik merah timbul.


Komplikasi

Ruam atau cacar air Chickenpox akan berkurangan dalam jangka masa 2 minggu dan biasanya tiada komplikasi. Adakala penyakit boleh jadi teruk walaupun pada kanak-kanak yang sihat dan mengakibatkan komplikasi teruk termasuklah kematian. Kumpulan berisiko untuk jangkitan serta mendapat komplikasi teruk:

- Bayi baru lahir, di mana ibu tidak penah mengidap chicken pox atau pelalian chicken pox.

- Ibu mengandung menyebabkan kesan pada bayi dalam kandungan seperti tak cukup berat dan kecacatan anggota boleh berlaku. Sekiranya ibu mengidap chickenpox seminggu sebelum kelahiran, ia boleh menyebabkan jangkitan serius serta membahayakan nyawa pada bayi.

- Orang yang lemah atau kurang daya tahan akibat penyakit lain seperti HIV, barah sumsum tulang (leukaemia) dan pesakit kanser dalam rawatan kemoterapi. Orang yang mengambil steroid berpanjangan pesakit asma dan sindrom nefrotik.Penghidap sakit radangan kulit (inflammation eczema).


Komplikasi akibat chicken pox:

- Jangkitan kulit- menjadi lebam merah, bengkak dan sakit. Dehidrasi akibat muntah berterusan atau tidak minum air. Tanda dehidrasi ialah kurang kencing, mulut kering dan dahaga.

- Kerosakan otak akibat radangan otak. Tanda-tanda radangan otak ialah sakit kepala teruk, keliru, mudah marah, leher keras dan belakang mengeras serta tidak sedarkan diri.

- Radang sendi- sendi menjadi sakit, kejang dan bengkak.

- Jangkitan paru-paru (Pneumonia)- tanda-tanda seperti batuk, susah bernafas, pernafasan berbunyi (wheezing) dan sakit dada.



RAWATAN DI PUSAT PERUBATAN HOLISTIK DAN ALTERNATIF

Campak merupakan penyakit mudah berjangkit yang selalunya menyerang kanak-kanak , namun ia juga boleh berlaku pada semua peringkat umur. 90% kontak yang tidak berimunisasi berada berdekatan pesakit akan dijangkiti dengan mudah. Ia menjangkiti sistem respiratori dan menyebabkan ruam kulit. Seseorang boleh dijangkiti selama 1 hingga 2 hari sebelum tanda tanda dapat dilihat dan sehingga 4 hari setelah ruam timbul.

Ia disebarkan melalui bersin, batuk dan bahan terjangkit dan permukaan yang terdedah kepada pesakit. Campak boleh menjadi serius dan membawa kematian kepada sesetengah kanak kanak dan setiap tahun dianggarkan 30 juta hingga 40 juta kes campak berlaku seluruh dunia menyebabkan lebih dari 75,0000 kematian. Orang yang telah dijangkiti campak akan membentuk imuniti semulajadi.


Tanda dan Gejala

Gejala bermula 10 – 12 hari selepas terdedah dengan pesakit, Gejala awal adalah seperti hidung berair, batuk, hidung tersumbat, mata merah, sakit otot , sensitif terhadap cahaya dan demam. Selepas 2 hingga 4 hari gejala tadi, ruam badan dan tompokan putih di dalam mulut mula timbul. Ruam bermula di kepala dan merebak ke bahagian lain, berkembang ke bawah dan bersatu antara satu sama lain. Ia akan beransur hilang dalam masa 4 hari sebagaimana tempoh ia berlaku.


Komplikasi
Kebanyakan pesakit campak akan sembuh sepenuhnya , namun ada sesetengah yang akan menjadi lebih teruk sehingga menyebabkan komplikasi lain berlaku antaranya:

§ Jangkitan telinga.
§ Pembesaran Nodus Limfa.
§ Inflamasi otak : 1 dalam 1000 kes campak.
§ Jangkitan paru paru.
§ Jangkitan bronkus.
§ Jangkitan peti suara.
§ Cirit birit atau muntah.
§ Semasa mengandung, ia boleh menyebabkan kelahiran pramatang, keguguran atau bayi lahir kekurangan berat badan.
§ Kematian amat jarang berlaku ( satu atau dua daripada 1000 kes, selalunya disebabkan oleh jangkitan paru paru atau jangkitan otak.

Jika anak anda menghidap demam campak yang berpanjangan, kami di Pusat Perubatan  holistik mempunyai ubat khusus untuk merawat demam campak.

Ubat yang kami bekalkan berbentuk tablet kunyah yang di pancarkan dengan pelbagai penawar gelombang elektromagnetik yang bertujuan membunuh virus varicella iaitu sebahagian kumpulan virus herpes, menguatkan antibodi dan memperbaiki imun sistem penghidap demam campak. Kami juga akan membekalkan ubat sapu dan mandian holistik.

Perubatan Holistik sangat sesuai bagi kanak-kanak kerana ia diperbuat daripada glukos yang perlu dikunyah tiga kali sehari.

Natijahnya, ubat yang dibekalkan bukan hanya merawat demam campah sahaja, bahkan ia merawat secara holistik yang menyeluruh termasuk penawar untuk tumbesaran, IQ, anti penyakit keturunan, anti penyakit berjangkit, penawar untuk menguatkan fungsi organ dalaman, antibodi dan memperbaiki kerosakan DNA.

Untuk rawatan Perubatan Holistik secara online sila klik di sini.