INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Jumaat, 19 Mac 2010

KANSER PROSTAT



Kata-kata Inggeris 'life begin at 40' (hidup bermula pada usia 40 tahun) mungkin bukan lagi dianggap tepat bagi menggambarkan kehebatan lelaki.

Walaupun pada usia itu lelaki mungkin dianggap berada pada puncak kehidupannya sama ada dari segi ekonomi dan sosial, hakikatnya ia adalah garis yang menandakan bermulanya 'penurunan' fizikal mereka.

Sama seperti wanita yang menghadapi pelbagai risiko penyakit, kaum lelaki pada usia tersebut turut tidak terlepas daripada mengalami masalah sama.

Namun, sehingga kini kesedaran lelaki berbanding wanita untuk melakukan pemeriksaan bagi mengetahui tahap kesihatan mereka dilihat begitu berbeza. Malah, tidak keterlaluan jika ia dikatakan menjadi faktor penyebab utama kenapa golongan ini turut terdedah kepada pelbagai risiko penyakit yang boleh membawa kematian, termasuk kanser prostat.

KELENJAR prostat adalah kelenjar yang mengeluarkan sebahagian cecair yang akan menjadi air mani. Ia terletak di bawah pundi kencing. Kelenjar ini akan membesar dan menimbulkan masalah apabila seseorang menjangkau usia 50-an.

Apabila membesar, ia akan mencerut saluran kencing dan seseorang akan mula mengalami tanda-tanda pembesaran kelenjar prostat.

Manakala prostat pula ialah kelenjar bersaiz “walnut” terletak di belakang dasar penis,di depan rektum,di bawah pundi kencing dan di sekeliling uretra. Uretra ialah saluran tiub yang membawa air kencing dan air mani melalui zakar. Fungsi utama prostat ialah untuk menghasilkan cecair air mani. Cecair dalam air mani melindungi, menyokong dan membantu menyalurkan air mani. Prostat biasanya membesar bila usia lelaki meningkat tua, ini dipanggil Benign Prostate Hyperplasia (BPH). Ini bukannya kanser walaupun gejala mungkin menyerupai dengan kanser prostat.

Kanser prostat ialah perebakan ketumbuhan yang bermula dari dalam kelenjar prostat lelaki . Sesetengah kanser prostat membesar secara perlahan lahan dan mungkin tidak menyebabkan masalah dalam beberapa tahun. Peringkat awal kanser prostat ( juga dikenali sebagai kanser prostat setempat) terletak diantara prostat. Peringkat awal kanser tidak menghasilkan gejala dan mungkin tidak menjadi kanser dan tidak memerlukan rawatan. Walau bagaimanapun sesetengah kanser prostat membesar dan merebak ke sekeliling prostat, ini dipanggil kanser prostat yang teruk.

KOMPLIKASI
Penyebab utama kanser prostat masih tidak diketahui dan juga tidak di ketahui bagaimana untuk mengelakkan kanser prostat. Faktor berikut boleh meningkatkan risiko pembentukan kanser prostat:

USIA
Risiko kanser prostat meningkat dengan usia. Peningkatan yang cepat berlaku selepas umur 50 tahun. Lebih dari 80% kanser prostat didiagnosakan pada lelaki berusia 65 tahun atau warga emas.

GENETIK
Anda berisiko mendapat kanser prostat jika mempunyai ayah atau adik beradik lelaki yang pernah mendapat kanser prostat.

HORMON
Paras testosteron ( hormone seks lelaki) yang tinggi mungkin mencepatkan pembentukan kanser prostat.

TANDA DAN GEJALA
1-Aliran air kencing yang perlahan, terpaksa menunggu lama untuk air kencing keluar.

2-Terpaksa meneran semasa kencing.

3-Air kencing masih menitik walaupun habis kencing.

4-Rasa tidak puas selepas habis kencing.

5-Tidak dapat menahan kencing.

6-Kerap kencing pada waktu malam.

7- Sakit atau pedih semasa buang air kecil.

8- Sakit semasa ejakulasi (pancutan mani).

9- Darah dalam air kencing atau air mani.

PELBAGAI DIAGNOSIS
1. Prostate-Specific Antigen (PSA) test - adalah bahan ( sejenis protin yang dihasilkan olih tisu prostat) didapati tinggi dalam darah bila aktiviti dalam prostat yang luar biasa termasuk kanser prostat, BPH atau Prostatis ( radang prostat).

2. Digital Rectal Examination ( DRE). Doktor memakai glov (sarong tangan) dan jari dimasukkan kedalam dubur dan rasa permukaan prostat dan didapati tidak sekata. Ujian ini tidak sensitif, oleh itu kebanyakan lelaki pada peringkat awal kanser prostat mempunyai DREs yang normal.

3. Transrectal Ultrasound (TRUS) - Doktor memasukkan alat gelombang bunyi ke dalam dubur dan ambil gambar.

3. Biopsy - hanya satu cara untuk memastikan kanser didiagnosiskan iaitu dengan biopsi. Biopsi ialah pengambilan sedikit tisu untuk pemeriksaan di bawah mikroskop.

4. Computed Tomography (CT atau CAT) scan. CT Scan membentuk gambar tiga dimensi di dalam badan dengan menggunakan X'Ray.

5. Magnetic Resonance Imaging (MRI) - MRI mengunakan lapangan magnet, bukan x-ray untuk menghasilkan imej lengkap badan.

PERINGKAT KANSER PROSTAT
* Peringkat 1 Kanser (<5>5%) terletak di kelenjar prostat .
* Peringkat 3 Kanser melibatkan sarong prostat dan/atau vesikal seminal (hasilkan kebanyakan dari komponen cecair air mani)
* Peringkat 4 Kanser melibatkan sekeliling organ seperti pundi kencing atau dubur, kelenjar di pelvik atau bahagian lain kebanyakannya tulang

RAWATAN DI PUSAT PERUBATAN HOLISTIK


Biasanya, jika anda ada masalah pembengkakan prostat dan anda ingin mencari rawatan alternatif, maka kami di Pusat Perubatan Holistik dapat membantu anda kerana Perubatan Holistik adalah satu-satunya rawatan holistik dan alternatif yang menggabungkan semua rawatan moden, tradisional dan theo sains fizik (fizik keagamaan) yang mampu mengecutkan pembengkakan protat secara semulajadi.

Mereka yang menghidap kanser prostat perlu bersabar ketika membuat rawatan di Pusat Perubatan Holistik, kerana Perubatan Holistik berusaha mengecutkan pembengkakan prostat secara perlahan-lahan.

Ini bermakna, anda perlu mengamalkan ubatan yang dibekalkan selama enam hingga lapan bulan dan sehingga penyakit anda benar-benar pulih seperti sediakala.


Antara kelebihan Perubatan Holistik ialah ia berusaha memperbaiki ketidakseimbangan tubuh dan menstabilkan hormon tubuh terutama hormon testosteron sehingga prostat anda berfungsi seperti sediakala dan segala bakteria jahat yang menyerang dapat dinyahkan.

Disampping itu, kami juga akan melakukan therapy yang dikenali sebagai ‘Live Auto-Nosode’ yang bertujuan memancarkan penawar gelombang elektromagnetik secara langsung ke tubuh pesakit supaya segala gelombang penyakit asal dapat dimusnahkan.

Natijahnya, Perubatan Holistik sangat sesuai bagi mereka yang menghidap kanser prostat, masalah sakit tuan, sakit sendi dan pelbagai penyakit berkaitan kanser.


Untuk rawatan secara online berkaitan kanser prostat sila klik di sini.