INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Rabu, 14 April 2010

FUNGSI ANTIOKSIDAN

Antioksidan merupakan sebutan untuk zat yang berfungsi melindungi tubuh dari serangan radikal bebas. Yang termasuk ke dalam golongan zat ini antara lain vitamin, polipenol, karotin dan mineral. Secara semulajadi, zat ini sangat besar peranannya kepada manusia untuk mencegah terjadinya penyakit. Antioksidan melakukan semua itu dengan cara menekan kerosakan sel yang terjadi akibat proses oksidasi radikal bebas.

Radikal bebas sebenarnya berasal dari molekul oksigen yang secara kimia strukturnya berubah akibat dari aktiviti alam sekitar. Keadaan alam sekitar yang dapat memunculkan radikal bebas antara lain radiasi, polusi, asap rokok, asap kenderaan dan sebagainya. Radikal bebas yang berlegar-legar dan masuk ke dalam tubuh berusaha untuk mencuri elektron yang ada pada molekul lain seperti DNA dan sel.

Pencurian ini jika berhasil akan merosak sel dan DNA tersebut. Cuba bayangkan jika radikal bebas banyak berlegar-legar dan memasuki tubuh badan, maka akan banyak pula sel yang akan rosak. Akibatnya, kerosakan yang ditimbulkan dapat menyebabkan sel tersebut menjadi tidak stabil yang berpotensi menyebabkan proses penuaan dan boleh menyebabkan penyakit berbahaya seperti kanser.


BAGAIMANA ANTIOKSIDAN MEMERANGI RADIKAL BEBAS
Antioksidan membantu menghentikan proses kerosakan sel dengan cara memberikan elektron kepada radikal bebas. Antioksidan akan meneutralkan radikal bebas sehingga tidak mempunyai kemampuan lagi mencuri elektron dari sel dan DNA. Proses yang terjadi sebenarnya sangat komplek dan rumit namun, begitulah hakikatnya.

Beberapa penyakit degeneratif berhubung erat dengan radikal bebas. Di antaranya kanser, penyakit jantung dan pembuluh darah, katarak dan penurunan fungsi kognitif. Proses penuaan juga berhubung kait dengan radikal bebas. Antioksidan dipercayai mampu mencegah terjadinya beberapa penyakit ini.


SUMBER ANTIOKSIDAN
Sumber antioksidan boleh dengan mudah kita perolehi dari makanan. Namun, ramai yang tidak mengetahui bahawa makanan tersebut sebenarnya banyak mengandung antioksidan sehingga mereka membeli suplemen antioksidan yang harganya cukup mahal. Beberapa contoh makanan sumber antioksidan antara lain :

Vitamin A : Lobak, brokoli, sayur hijau, bayam, labu, hati, kentang, telur, aprikot, mangga, susu dan ikan.
Vitamin C : Lada, jambu biji, kiwi, brokoli, taugeh, betik, strawberi, lemon, bawang putih, anggur, bayam, tomato dan nanas.
Vitamin E : Asparagus, buah zaitun, bayam, kekacang, bijiri dan minyak sayur.
Karotin : Beta karoten, likopen, lobak, labu, sayur-sayuran hijau, buah-buahan berwarna merah, tomato dan rumput laut.

Jika anda mengamalkan Perubatan Elektronik, anda dianggap agak bertuah kerana ubat yang dibekalkan telah dipancarkan dengan pelbagai gelombang elektromagnetik termasuk gelombang antioksidan, transfer faktor, multi vitamin, karotin, antibodi, imun sistem dan pelbagai gelombang yang mampu memperbaiki kerosakan DNA serta menghalang radikal bebas yang sentiasa berkeliaran di dalam badan.

Ini kerana, Perubatan Elektronik laksana scanner yang mampu mengesan ketidakseimbangan badan dan mampu mengesan penyakit lama mahupun penyakit baru.