INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Khamis, 22 April 2010

FUNGSI MINERAL


Tubuh manusia merupakan sebuah makhluk yang sangat kompleks ciptaan Sang pencipta Yang Maha Agung. Oleh itu, mineral antara bahan terpenting untuk melengkapi tubuh manusia. Dengan unsur-unsur mineral yang digunakan oleh badan setiap hari, proses kimia dan elektrik sentiasa berjalan di dalam tubuh kita secara semulajadi.
.
Sistem saraf dapat berfungsi dengan sempurna apabila keseimbangan mineral yang sesuai diberikan kepada sistem saraf tunjang. Ini termasuk zat besi untuk peredaran darah dan jantung, sulfur untuk kekuatan otot, kalsium untuk tulang dan gabungan unsur lain yang seimbang yang bertujuan memberikan kelancaran fungsi organ dan sel di dalam tubuh manusia.

Mineral sangat penting bagi kesihatan badan. Di mana, badan menggunakan lebih dari 70 mineral untuk berfungsi secara maksima.

Dewasa ini, kebanyakan makanan yang kita makan masih kekurangan kandungan nutrisi. Bahkan, jika kita makan makanan yang paling menyihatkan sekalipun, kita belum tentu memperoleh kesemua mineral yang diperlukan.

Jika badan kita kekurangan mineral, ia boleh menyebabkan ketidakseimbangan tubuh badan sehingga menyebabkan kurang bertenaga, lesu, stress, kurang peka dan penyakit degeneratif seperti osteoporosis, jantung serta kanser. Ini semua dapat dicegah bila mineral semulajadi mencukupi di dalam tubuh kita.

Setiap sel dalam tubuh kita bergantung kepada mineral untuk memperbaiki struktur sel dan organ serta fungsinya. Mineral diperlukan untuk pembentukkan darah dan tulang, melancarkan peredaran darah, memperbaiki fungsi sistem pembuluh darah jantung dan pelbagai fungsi lain.

Seperti vitamin, mineral berfungsi sebagai ko-enzim, memungkinkan tubuh melakukan fungsinya seperti menghasilkan tenaga, menguatkan antibodi dan mempercepatkan proses penyembuhan. Meskipun vitamin begitu penting, namun vitamin tidak dapat melakukan apa-apa untuk tubuh kita tanpa dibantu oleh mineral. Tubuh kita mampu menghasilkan pelbagai vitamin, namun tubuh kita tidak mampu menghasilkan satu pun mineral.

Para saintis membuat kajian bahawa 90% manusia mengalami ketidakseimbangan dan kekurangan mineral. Perkara ini terjadi disebabkan kekerapan berolahraga, stress ataupun diet yang berlebihan, makanan yang kurang nutrisi sehingga tubuh kita akan sukar untuk memperbaiki keadaan tersebut, yang biasanya mengakibatkan mudah lapar, otot menjadi tegang dan mudah letih.

RAWATAN DI KUMPULAN PERUBATAN ELEKTRONIK
Perubatan Elektronik adalah satu-satunya perubatan yang dihasilkan melalui proses pancaran gelombang elektromagnetik yang telah dikodkan ke atas sesuatu media seperti air atau tablet kunyah bagi merangsang dan memperbaiki sistem organ yang meliputi sistem psikologi, saraf, tulang, perkumuhan, endokrin, pembiakan dan sistem otak manusia.

Proses ini mampu menangani sebarang jenis keadaan kritikal penyakit, semua jenis ketidakseimbangan dan kekurangan, mampu membantu mencegah serta melindungi sebelum sesuatu simptom penyakit itu muncul.

Ini kerana pelbagai kod Multi Vitamin dan mineral yang telah diuji keberkesanannya dipancarkan ke atas ubat yang akan dibekalkan kepada setiap pesakit yang membuat rawatan di Kumpulan Perubatan Elektronik.

Dimana, ia menggunakan kaedah 'Potential Difference' iaitu merupakan bezantara tekanan (Electromagnetic Code) di antara tekanan tinggi dan tekanan rendah. Di mana, bezantara gelombang penawar elektromagnetik ini akan menyebabkan hanya tenaga penawar yang diperlukan oleh sel dan organ sahaja yang akan berfungsi dan diambil oleh sistem tubuh.

Natijahnya, walaupun ribuan kod penawar gelombang elektromagnetik dibekalkan ke atas pesakit, namun hanya tenaga penawar yang diperlukan oleh sel dan organ sahaja akan berfungsi secara digital dan apabila ia sudah mencukupi di dalam badan, maka secara automatiknya ia akan berhenti secara semulajadi.