INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Khamis, 3 Jun 2010

VITAMIN A



Vitamin A adalah salah satu daripada keluarga vitamin larut lemak. Retinol salah satu jenis vitamin A ialah bahan yang sangat aktif atau berguna dan ia didapati daripada haiwan seperti hati dan telur. Ia boleh ditukarkan menjadi retinal dan retinoic acid, iaitu jenis lain dalam keluarga vitamin A.

Vitamin A diperlukan untuk tumbesaran , tulang dan gigi yang kuat bagi kanak-kanak. Ia juga perlu untuk penglihatan yang normal dan struktur gigi yang sihat. Ia membantu memelihara kulit yang sihat dan mencegah lapisan mulut, hidung, tekak, paru-paru, penghadaman dan saluran kencing dari dijangkiti kuman.

Vitamin A juga menolong badan kita mengatur sistem kekebalan (immune system) di mana sistem kekebalan badan ini membantu mencegah atau melawan jangkitan dengan membuat sel darah putih yang menghapuskan bakteria dan virus merbahaya.


SUMBER
Vitamin A boleh diperolehi daripada telur, susu, dan hati adalah di antara sumber semulajadi makanan yang kaya dengan vitamin A. Vitamin A terdapat pada bahagian lemak susu, oleh itu ia tidak terdapat pada susu tanpa lemak. Kebanyakan susu/susu tepung tanpa lemak yang terdapat di pasaran telah diperkayakan dengan vitamin A. Terdapat banyak makanan yang diperkayakan seperti bijirin sarapan pagi yang mengandungi vitamin A.

Adalah mustahak anda sentiasa mengambil makanan yang membekalkan vitamin A atau beta-kerotin walaupun badan anda boleh menyimpan vitamin tersebut di dalam hati. Vitamin A yang tersimpan dalam hati akan membantu memenuhi keperluan badan anda bila mana pengambilan vitamin tersebut adalah rendah.

KEKURANGAN VITAMIN A
Kekurangan vitamin A banyak ditemukan di beberapa daerah seperti Asia Tenggara, di mana padi yang diproses menjadi beras (yang mengandung sedikit vitamin A) merupakan makanan asas.
Beberapa penyakit yang mempengaruhi kemampuan usus dalam menyerap lemak dan vitamin yang larut dalam lemak, meningkatkan risiko terjadinya kekurangan vitamin A.
Jika tubuh kita kekurangan vitamin A, saluran hempedu akan mudah tersumbat.

Gejala pertama dari kekurangan vitamin A biasanya adalah rabun senja. Kemudian akan timbul pengendapan bintik kecil di mata putih sehingga boleh menyebabkan kebutaan.Kekurangan vitamin A juga menyebabkan peradangan kulit (dermatitis) dan meningkatkan kemungkinan terkena infeksi.Antara punca anemia ialah kerana kekurangan vitamin A. di mana, kadar vitamin A dalam darah menurun sehingga kurang dari 15 mikrogram/100 mL (kadar normal 20-50 mikrogram/100 mL).

BERLEBIHAN VITAMIN A
Berlebihan vitamin A boleh menyebabkan keracunanan, baik itu terjadi pada satu kali pemberian (keracunan akut) ataupun dalam jangka waktu lama (keracunan kronik).
Gejala awal dari keracunan berlebihan vitamin A adalah:
- rambut yang jarang dan kasar.
- keguguran pada sebagian bulu mata.
- bibir yang pecah-pecah.
- kulit yang kering dan kasar.
-Sakit kepala yang teruk, peningkatan tekanan dalam otak dan kelemahan sistem tubuh.
-Sakit sendi berpanjangan terutama pada kanak-kanak.
-Hati dan limfa menjadi bengkak.
Bayi yang lahir dari ibu yang mengamalkan vitamin A berlebihan yang berbentuk sintetik boleh menyebabkan kecacatan pada bayi di dalam kandungan.

BETA -KAROTEN
Beta-karoten yang terdapat dalam sayuran seperti lobak, diubah secara perlahan oleh tubuh menjadi vitamin A dan boleh diamalkan dalam jumlah yang banyak tanpa menyebabkan keracunan.Walaupun kulit akan berubah menjadi kuning tua (karotenosis), terutama kulit di tapak tangan dan tapak kaki, tetapi tidak menimbulkan kesan sampingan.