INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Rabu, 28 Julai 2010

FUNGSI HATI

Sejauh mana anda mengenali hati sendiri? Hati yang banyak digunakan dalam frasa kata harian jarang mendapat perhatian dari sudut kesihatan berikutan jarang berlaku kes penyakit yang amat teruk berbanding masalah jantung, buah pinggang atau kanser.

Pada dasarnya, ramai di antara kita yang mengambil mudah kesihatan hati memandangkan ia antara organ yang paling pantas tumbuh kembali. Keupayaan tersebut menyebabkan jarang berlaku masalah hati di kalangan orang dewasa, di samping tempoh rawatan penyakit hati yang mungkin lebih pendek berbanding penyakit lain.
.
Kebelakangan ini, lebih tumpuan mula diberikan kepada organ malang ini berikutan peningkatan kes jangkitan virus yang menyebabkan hepatitis atau keradangan hati. Bagaimanapun, secara umumnya, orang ramai masih mengambil ringan betapa pentingnya organ ini dalam kehidupan seharian mereka.
.
FUNGSI HATI

Hati merupakan organ dalaman dan kelenjar terbesar di dalam badan manusia yang memainkan peranan penting dalam penyahtoksikan serta metabolisma badan. Hati merupakan antara organ utama di bahagian abdomen dan berada di bawah tulang rusuk.
.
Kedudukan hati selalunya di bawah rusuk sebelah kanan tetapi ada juga individu yang hatinya terletak di sebelah kiri.
.
Organ ini banyak fungsinya, bukan sahaja dalam metabolisma makanan malahan sebagai penawar toksin atau apa juga racun yang masuk ke dalam badan. Fungsi menguraikan ubat dan racun ini amat penting bagi mengelakkannya menjadi racun dan merosakkan badan.
.
Hati juga boleh menukar sesetengah bahan menjadi bahan aktif yang boleh digunakan badan dan membuang bahan sampingan berbahaya yang dikeluarkan melalui najis atau air kencing.Hati juga menghasilkan hempedu yang disimpan di dalam pundi hempedu untuk digunakan dalam proses penghadaman lemak. Selain itu, hati turut berfungsi sebagai kilang simpanan untuk gula, lemak, protein dan vitamin yang akan dikeluarkan mengikut keperluan badan.
.
Kerosakan HatiKesemua fungsi-fungsi ini akan terganggu jika berlaku kerosakan pada hati. Kerosakan hati boleh menyebabkan kegagalan hati berfungsi dengan mendadak (akut) dan boleh menyebabkan pesakit koma akibat pengumpulan toksin di dalam badan.Walaupun kegagalan akut fungsi hati jarang berlaku, jumlah kematian di kalangan pesakit yang mengalaminya amat tinggi dan boleh berlaku dalam masa beberapa minggu sahaja.
.
Pesakit juga boleh mengalami pendarahan teruk akibat kegagalan hati menghasilkan faktor pembekuan darah.
.
GEJALA KEROSAKAN HATI

Antara gejala masalah hati adalah hilang selera makan, muntah, demam dan badan menjadi gatal di banyak tempat. Pesakit juga mungkin menunjukkan simptom mata berwarna kuning dan air kencing kuning keemasan seperti teh ‘O’ pekat.
.
Pesakit juga mungkin akan perasan warna najis yang kurang pekat kerana hati tidak dapat menghasilkan hempedu (yang memberikan warna najis). Pesakit juga mungkin mengalami simptom penyakit kuning, loya, sakit pada kawasan hati dan hati bengkak.
.
Punca utama keradangan hati di Malaysia adalah akibat jangkitan virus, bakteria, fungus atau parasit. Virus merupakan punca utama hepatitis di negara ini, dengan Virus Hepatitis A (HAV) yang merebak melalui minuman dan makanan paling banyak ditemui.
.
Selain HAV, virus hepatitis jenis B (HBV) dan C (HCV) juga kerap ditemui di Malaysia berbanding jenis D, E, F dan G yang jarang ditemui di Malaysia. Virus Hepatitis E (HEV) mempunyai ciri-ciri yang hampir serupa dengan HAV seperti merebak melalui air atau orang yang menguruskan makanan.
.
HEV bagaimanapun kerap ditemui di India dan Bangladesh dan boleh di bawa masuk ke negara ini oleh imigran dari negara terbabit.Penawar HatiKeupayaan hati untuk tumbuh semula, dan lebih pantas berbanding organ lain membolehkannya menggantikan tisu hati yang rosak. Namun, ini tidak bermakna pesakit tidak perlu 'menjaga hati' mereka kerana memikirkan hati boleh membaiki diri sendiri.
.
Semua pesakit hepatitis perlu mengawal pemakanan, pengambilan nutrien dan juga mengelakkan pengambilan ubat, kecuali yang perlu. Pesakit perlu mengurangkan benda-benda berlemak, banyakkan pengambilan karbohidrat serta jauhkan dari mengambil ubat-ubatan termasuk paracetamol.
.
Mereka juga perlu memastikan pengambilan protein dan air secukupnya untuk membantu pemulihan hati serta mengambil suplemen vitamin tertentu seperti vitamin K untuk masalah pendarahan.
.
Bagi jangkitan HAV iaitu yang paling banyak berlaku bagi hepatitis akibat jangkitan virus, kebanyakan pesakit sembuh akan sendiri dan tidak perlu dimasukkan ke wad. Pesakit HAV dianggarkan pulih sepenuhnya selepas kira-kira 45 hari, dan virus tersebut juga akan hilang sepenuhnya dari badan pesakit.
.
Jangkitan HBV dan HCV bagaimanapun mungkin memerlukan rawatan ubat tertentu seperti interferon, ubat bagi mengurangkan replikasi virus dan ubat untuk menggalakkan penghasilan antibodi. Hampir 10% pesakit HBV dan sehingga 50% pesakit HCV mungkin akan menghidap sirosis dan kanser hati. Dari segi keberkesanan ubat yang digunakan pula, jangkitan HCV lebih sukar dirawat kerana kadar keberkesanan rawatan cuma 40% berbanding 60% untuk HBV.