INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Ahad, 18 Julai 2010

KANSER BUAH PINGGANG



Buah pinggang (ginjal) merupakan dua organ berbentuk kacang berwarna perang kemerahan yang terletak betul-betul di bahagian atas pinggang, satu di setiap sebelah tulang belakang. Organ-organ ini adalah sebahagian daripada sistem kencing.

Fungsi utama mereka ialah untuk menapis darah dan menghasilkan kencing untuk membersihkan badan daripada sisa. Semasa darah mengalir melalui buah pinggang, bahan sisa dan air yang tidak diperlukan di asing keluar. Bahan yang diasingkan ini akan dikumpulkan di bahagian tengah setiap buah pinggang di dalam satu kawasan yang dipanggil pelvis renal. Kencing mengalir keluar daripada tubuh melalui tiub yang satu lagi, dipanggil uretra. Buah pinggang juga menghasilkan bahan yang membantu mengawal tekanan darah dan mengatur pembentukan sel-sel darah merah.

APA ITU KANSER
Kanser ialah suatu kumpulan beberapa penyakit yang berlainan yang mempunyai kesamaan di dalam beberapa perkara penting. Kesemua mereka menjejaskan sel-sel, unit asas kehidupan bagi tubuh. Bagi memahami kanser, adalah penting mengetahui tentang sel-sel normal dan apa yang berlaku apabila sel-sel menjadi berkanser.

Tubuh kita terdiri daripada pelbagai jenis sel. Biasanya, sel-sel membesar dan membahagi untuk menghasilkan lebih banyak sel hanya apabila tubuh memerlukan. Proses yang teratur ini menjaga kesihatan tubuh. Walau bagaimanapun, kadang-kala sel-sel terus membahagi walaupun sel-sel baru tidak diperlukan. Suatu gumpalan tisu terbentuk dan gumpalan ini dipanggil tumbesaran atau tumor. Tumor boleh jadi benigna atau malignan.

1. Tumor benignaIa tidak berkanser. Ia biasanya dapat diambil keluar, dan di dalam kebanyakan kes, tidak berulang. Sel-sel di dalam tumor yang benigna tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Lebih penting lagi, tumor benigna tidak mengancam nyawa.

2. Tumor MalignanIa adalah kanser. Sel-sel di dalam tumor malignan abnormal dan membahagi tanpa kawalan dan aturan. Mereka boleh menyerang dan membinasakan tisu-tisu di sekitarnya. Juga, sel-sel kanser boleh berpisah daripada tumor yang malignan dan memasuki saluran darah atau sistem limfa. Inilah caranya kanser merebak daripada tempat kanser yang asal (primer) untuk membentuk tumor-tumor baru di dalam bahagian-bahagian lain tubuh. Proses merebaknya kanser ini dipanggil metatesis.

KANSER BUAH PINGGANG
Beberapa jenis kanser boleh berkembang di dalam buah pinggang. Sel kanser peralihan (karsinoma), yang menjejaskan pelvis renal ialah jenis kanser yang jarang terjadi. Ia adalah serupa dengan kanser yang terjadi di dalam pundi kencing dan selalu dirawat seperti kanser pundi kencing. Tumor Wilm, jenis kanser kanak-kanak yang paling lazim, adalah berbeza daripada kanser buah pinggang pada dewasa.

Faktor-faktor risiko kanser buah pinggang yang lain termasuk:
1. Penggunaan tembakauKajian menunjukkan yang perokok dua kali berisiko mendapat kanser buah pinggang berbanding dengan bukan perokok. Tambahan pula, lebih lama seseorang merokok, lebih tinggi risikonya. Walau bagaimanapun, risiko kanser buah pinggang berkurangan bagi mereka yang berhenti merokok.

2. Obesiti
Obesiti mungkin meningkatkan risiko mendapat kanser buah pinggang. Di dalam beberapa kajian, obesiti telah dikaitkan dengan risiko yang meningkat bagi wanita. Suatu kajian mencadangkan yang mempunyai berat badan yang berlebihan mungkin merupakan suatu risiko bagi lelaki juga. Sebab bagi perkaitan yang mungkin ini adalah tidak jelas.

3. Pendedahan tempat kerjaBeberapa kajian telah meneliti pendedahan tempat kerja untuk melihat sama ada ia meningkatkan peluang seseorang mendapat kanser buah pinggang. Kajian-kajian mencadangkan, contohnya, para pekerja relau kok di kilang-kilang besi mempunyai kadar kanser buah pinggang yang melebihi purata. Di samping itu pula, terdapat bukti yang menunjukkan yang asbestos di tempat kerja, yang telah dikaitkan dengan kanser-kanser paru-paru dan mesotelium (suatu membran yang mengelilingi organ-organ dalaman tubuh), juga meningkatkan risiko sesetengah kanser buah pinggang.

4. Sinaran
Wanita yang telah menerima terapi sinaran bagi pemeriksaan uterus mungkin mempunyai sedikit peningkatan risiko mendapat kanser buah pinggang. Juga, orang yang terdedah kepada toro tras (torium dioksida), suatu bahan radioaktif yang digunakan pada tahun 1920an dengan x-ray diagnostik tertentu, mempunyai kadar kanser buah pinggang yang meningkat. Walau bagaimanapun, bahan ini tidak lagi digunakan, dan ahli sains berpendapat bahawa sinaran bertanggungjawab terhadap peratusan yang sangat kecil daripada keseluruhan jumlah kanser buah pinggang.

5. Dialisis
Pesakit-pesakit yang menggunakan dialisis bagi tempoh jangka panjang untuk merawat kegagalan buah pinggang yang kronik mempunyai risiko yang meningkat mendapat sista renal dan kanser renal. Kajian lanjut diperlukan untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang kesan-kesan jangka panjang dialisis ke atas pesakit-pesakit kegagalan buah pinggang.

6. Penyakit Von Hippel-Lindau (VHL)Para penyelidik telah mendapati bahawa orang yang mempunyai penyakit yang diwarisi ini mempunyai risiko yang lebih tinggi mendapat karsinoma sel renal, serta tumor di dalam organ-organ lain. Para penyelidik telah menemui gen yang bertanggungjawab bagi VHL, dan mereka percaya yang pengasingan gen ini mungkin membawa kepada kaedah diagnosis, rawatan, dan malahan penyembuhan kanser-kanser buah pinggang.

Orang yang berpendapat bahawa mereka mungkin mempunyai risiko mendapat kanser buah pinggang harus membincangkan keraguan ini dengan doktor mereka. Doktor itu mungkin akan mencadangkan cara-cara mengurangkan risiko dan membantu merancang suatu jadual yang sesuai bagi pemeriksaan-pemeriksaan.

Gejala-gejala lain yang jarang dialami mungkin termasuk:
1. Letih;
2. Hilang selera;
3. Berat badan menurun;
4. Demam yang berulang-ulang;
5. Rasa sakit di bahagian tepi pinggang yang berlarutan;
6. Rasa tidak sihat.

Tekanan darah tinggi atau kiraan sel darah merah di dalam darah yang kurang dari normal (anemia) mungkin juga menunjukkan suatu tumor buah pinggang; walau bagaimanapun, gejala-gejala ini sangat jarang dialami.

Gejala ini mungkin berpunca daripada kanser atau masalah lain yang kurang serius seperti jangkitan atau sista. Hanya doktor boleh melakukan diagnosis. Orang yang mempunyai salah satu atau lebih gejala-gejala ini harus berjumpa dengan doktor keluarga mereka atau seorang pakar urologi, seorang doktor yang mahir di dalam penyakit-penyakit sistem kencing.
.Selalunya, kanser peringkat awal tidak menyebabkan rasa sakit; adalah mustahak untuk tidak menunggu sehingga berasa sakit sebelum berjumpa doktor. Di dalam kebanyakan kes, lebih awal kanser didiagnosis dan dirawat, lebih baik peluang seseorang untuk sembuh sepenuhnya.

RAWATAN DI PUSAT PERUBATAN HOLISTIK DAN ALTERNATIFKanser memang penyakit yang menakutkan kerana ia bukan saja dikaitkan dengan kematian, malah kaedah rawatannya lebih ‘keras’ berbanding penyakit lain, terutama jika kanser dihidapi sampai ke peringkat serius.

Rawatan kanser menjadi lebih payah jika ia merebak ke organ atau bahagian badan lain (dipanggil mengalami metastasis). Bagaimanapun, ini kerap dialami pesakit kanser buah pinggang apabila mereka menjalani pemeriksaan kesihatan.

Kajian menunjukkan hampir 30 peratus pesakit kanser buah pinggang mengalami metastasis ketika penyakit mereka dikesan. Dalam kebanyakan kes, kanser mereka merebak ke paru-paru, tisu lembut, tulang, hati, kulit dan sistem saraf pusat.

Pembentukan RCC (sel renal karsinoma) bermula dengan satu ketumbuhan unilateral (pada satu sisi), bintik atau bergelung. Ia boleh menjadi besar sehingga tujuh sentimeter (tiga inci). Ia juga boleh bermula sebagai ketumbuhan dalam salur darah yang menyambungkan buah pinggang.

Sel kanser ini mempunyai sifat unik dan memerlukan darah serta nutrien untuk membesar. Sel kanser ini boleh menyebabkan pembentukan cabang baru pada salur darah sedia ada untuk membekalkan darah kepadanya.

Cabang salur darah yang baru (salur darah tidak normal) ini kemudian menjadi banyak untuk mengalirkan lebih banyak darah dan mempercepatkan proses pembesaran sel kanser.
Apabila kanser bertambah besar, ia merebak ke organ atau bahagian badan lain melalui salur darah tidak normal tadi dan memasuki ureter (salur kencing) atau pembuluh darah pada jantung.

Biasanya jika anda disahkan mengidap kanser buah pinggang, kami di Pusat Perubatan Holistik mempunyai pelbagai penawar gelombang elektromagnetik yang mampu memusnahkan sel-sel kanser dan dan ubatan yang mampu memperbaiki dan menguatkan fungsi buah pinggang.

Antara fungsi ubatan yang dibekalkan ialah ia mampu bertindak dan mampu menghalang ke atas sel kanser dan salur darah yang dijangkiti kanser. Ia bertindak dengan merencatkan tindakan reseptor kinase yang bertanggungjawab dalam menggalakkan pertumbuhan kanser dan menghentikan pembentukan salur darah baru yang membekal nutrien pada sel kanser.

Disamping itu, kami juga membekalkan pelbagai gelombang elektromagnetik berupa multi vitamin yang diperlukan oleh tubuh terutama vitamin B17 yang mampu menghalang sel kanser terus merebak.

Biasanya, kami akan mengambil sample DNA pesakit kanser buah pinggang seperti rambut, air liur atau kuku supaya Perubatan Holistik dapat mengenal pasti kerosakan DNA pesakit buah pinggang dan seterusnya berusaha memperbaiki DNA yang rosak dan menjadikan DNA dan RNA pesakit kanser buah pinggang sentiasa aktif di dalam tubuh.

Kesimpulannya, Perubatan Holistik sangat sesuai untuk penyakit kanser buah pinggang dan pelbagai penyakit kanser lain.

Untuk rawatan online berkaitan masalah buah pinggang sila klik di sini.

ISTILAH GLOSARI KANSER1. Abdomen
Bahagian badan yang mengandungi pankreas, perut, usus, hati, pundi hempedu, dan organ-organ lain.

2. Kelenjar adrenal
Sepasang kelenjar yang kecil, setiap satunya terletak di atas setiap buah pinggang. Kelenjar-kelenjar ini menghasilkan hormon-hormon steroid, adrenalina dan nonadrenali, yang membantu mengawal kadar degupan jantung, tekanan darah dan fungsi-fungsi penting tubuh.

3. Anemia
Suatu keadaan di mana kiraan sel-sel darah merah ialah di bawah normal.

3. Embolisasi arteri
Penyekatan suatu arteri dengan segumpal bahan asing. Ini boleh dilakukan sebagai rawatan untuk menyekat pengaliran darah ke tumor.

4. Arteriografi
Suatu prosedur untuk melakukan x-ray ke atas arteri-arteri. Arteri-arteri ini boleh dilihat kerana suatu suntikan pewarna yang menggariskan salur-salur pada x-ray.

5. Benigna
Tidak berkanser; tidak menyerang tisu yang berhampiran atau merebak ke bahagian lain tubuh.
.6. Terapi biologi
Rawatan untuk menggalakkan atau mengembalikan keupayaan sistem daya tahan badan untuk melawan jangkitan dan lain-lain penyakit. Ia juga digunakan untuk melegakan kesan-kesan sampingan yang mungkin disebabkan oleh sesetengah rawatan kanser. Juga dikenali sebagai imunoterapi, bioterapi, atau biological response modifier (BRM) therapy.

7. Biopsi
Pengeluaran sel-sel atau tisu-tisu untuk diperiksa di bawah mikroskop. Apabila hanya sampel tisu sahaja dikeluarkan, prosedur ini dipanggil biopsi insisional atau biopsi teras. Apabila suatu sampel tisu atau cecair dikeluarkan melalui suatu jarum, prosedur ini dipanggil biopsi eksisional atau aspirasi jarum halus.

8. Pundi kencing
Organ yang menyimpan kencing.

9. Kanser
Suatu istilah bagi penyakit-penyakit yang di dalamnya sel-sel abnormal membahagi tanpa kawalan. Sel-sel kanser boleh menyerang tisu-tisu yang berhampiran dan merebak melalui salur darah dan sistem limfa ke bahagian lain tubuh.

10. Keteter
Tiub yang fleksibel yang digunakan untuk menghantar cecair masuk ke dalam tubuh atau mengeluarkan cecair dari tubuh.

11. Kemoterapi
Penggunaan dadah-dadah yang khas (sitotoksik) untuk merawat kanser dengan membunuh sel-sel kanser atau melambatkan tumbesaran mereka.

12. Skan CT
Skan tomografi berkomputer. Suatu siri gambar-gambar kawasan-kawasan di dalam tubuh yang terperinci diambil daripada sudut-sudut yang berlainan; gambar-gambar ini dibentuk oleh sebuah komputer yang bersambung kepada suatu mesin x-ray. Juga dipanggil tomografi berkomputer dan skan tomografi aksial berkomputer (CAT skan).

13. Sista
Suatu kapsul yang dipenuhi cecair.

14. Sinaran luar
Terapi sinaran yang menggunakan suatu mesin untuk memancarkan sinaran-sinaran bertenaga tinggi kepada kanser. Juga dipanggil sinaran pancaran luar (external-beam radiation).

15. Gen
Unit keturunan yang berfungsi dan fizikal yang diturunkan daripada ibu bapa kepada anaknya. Gen-gen merupakan cebisan-cebisan DNA dan kebanyakan gen mengandungi maklumat bagi membuat suatu protein yang tertentu.

16. Folikel rambut
Tangkai atau bukaan-bukaan pada permukaan kulit yang melaluinya rambut tumbuh.

17. Terapi hormon
Rawatan yang menambah, menyekat atau mengasingkan hormon-hormon. Bagi keadaan-keadaan tertentu (seperti kencing manis atau menopaus), hormon diberikan untuk menyeimbangkan tahap-tahap hormon yang rendah. Untuk melambatkan atau menghentikan tumbesaran kanser-kanser tertentu (seperti kanser prostat atau buah dada), hormon diberikan untuk menyekat hormon-hormon semula jadi di dalam tubuh. Juga dipanggil terapi hormon, rawatan hormon atau terapi endokrin.

18. Hormon
Bahan-bahan kimia yang dihasilkan oleh kelenjar-kelenjar di dalam tubuh dan diedarkan di dalam saluran-saluran darah. Hormon mengawal tindakan-tindakan sel-sel atau organ-organ yang tertentu.
.
19. Sistem daya tahan badan
Sekumpulan organ-organ dan sel-sel yang kompleks yang mempertahankan tubuh terhadap jangkitan atau penyakit.

20. Interferon
Suatu pengubah tindak balas biologi (biological response modifier) (suatu bahan yang boleh meningkatkan tindak balas semula jadi tubuh terhadap jangkitan dan penyakit). Interferon mengganggu pembahagian sel-sel kanser dan boleh melambatkan tumbesaran tumor. Terdapat beberapa jenis interferon, termasuk interferon- alpha, -beta dan -gamma. Tubuh kita biasanya menghasilkan bahan-bahan ini. Bahan-bahan ini juga boleh dihasilkan di dalam makmal bagi kegunaan merawat kanser dan penyakit-penyakit lain.

21. Interleukin-2
Suatu pengubah tindak balas biologi (biological response modifier) (suatu bahan yang boleh meningkatkan tindak balas semula jadi tubuh terhadap jangkitan dan penyakit) yang menggalakkan tumbesaran sel-sel darah tertentu di dalam sistem daya tahan badan yang melawan jangkitan. Tubuh kita biasanya menghasilkan bahan-bahan ini. Aldesleukin ialah IL-2 yang dihasilkan di dalam makmal bagi kegunaan merawat kanser dan penyakit-penyakit lain.

22. Intravena
Di dalam suatu salur darah. Intravena. Disuntik ke dalam suatu salur darah.

23. IVP Pielogram intravena atau intravena
Suatu siri x-ray buah pinggang, ureter dan pundi kencing. Beberapa x-ray diambil setelah suatu pewarna disuntik ke dalam suatu salur darah. Pewarna ini akan tertumpu di dalam kencing, yang menggariskan buah pinggang, ureter dan pundi kencing pada x-ray.

24. Buah pinggang (ginjal)
Sepasang organ di dalam abdomen yang mengalirkan keluar sisa-sisa daripada darah (sebagai kencing), menghasilkan eritropoietin (suatu bahan yang menggalakkan penghasilan sel darah merah), dan memainkan peranan di dalam mengawal tekanan darah.

25. Terapi setempat
Rawatan yang menjejaskan sel-sel di dalam tumor dan kawasan yang berhampiran dengannya.

26. Nodus limfa
Suatu gumpalan membulat tisu-tisu limfa yang dikelilingi oleh suatu kapsul tisu-tisu perantara. Nodus limfa menapis limfa (cecair limfa), dan menyimpan limfosit-limfosit (sel-sel darah putih). Ia terletak sepanjang salur-salur limfa. Juga dipanggil kelenjar limfa.

27. Sistem limfa
Tisu-tisu dan organ yang menghasilkan, menyimpan dan mengangkut sel-sel darah putih yang melawan jangkitan dan lain-lain penyakit. Sistem ini termasuk sum sum tulang, limpa, timus, nodus limfa dan salur-salur limfa (rangkaian tiub-tiub halus yang membawa limfa dan sel-sel darah putih). Salur-salur limfa bercabang, seperti salur darah, memasuki semua tisu di dalam tubuh.

28. Malignan
Berkanser; suatu ketumbuhan yang cenderung untuk menyerang dan membinasakan seterusnya merebak ke bahagian lain tubuh.

29. Metatesis
Perkembangan kanser dari satu bahagian tubuh ke bahagian yang lain. Tumor-tumor yang terbentuk daripada sel-sel yang telah merebak dipanggil "tumor sekunder" dan mengandungi sel-sel yang sama seperti sel-sel tumor asal (primer). Perkataan majmuk bagi metatesis ialah metastases.

30. MRI
Magnetic resonance imaging . Suatu prosedur di mana suatu magnet yang bersambung ke suatu komputer digunakan untuk membentuk gambar-gambar terperinci kawasan-kawasan di dalam tubuh. Juga dipanggil pengimbasan magnetik resonans nuklear (nuclear magnetic resonance imaging (NMRI)).

31. Nefrektomi
Pembedahan untuk mengambil keluar suatu buah pinggang. Nefrektomi radikal mengambil keluar buah pinggang, kelenjar adrenal, nodus-nodus limfa yang berhampiran, dan tisu-tisu lain di sekelilingnya. Nefrektomi ringkas mengambil keluar hanya buah pinggang. Nefrektomi separa mengambil keluar tumor sahaja dan bukannya seluruh buah pinggang.

32. Pakar onkologi perubatan
Seorang doktor yang pakar di dalam merawat kanser. Sesetengah pakar onkologi mahir di dalam suatu jenis rawatan tertentu kanser. Contohnya, pakar onkologi sinaran mahir di dalam merawat kanser dengan sinaran.

33. Terapi paliatif
Rawatan yang diberikan untuk melegakan gejala-gejala yang disebabkan oleh kanser yang telah lanjut. Terapi paliatif tidak mengubah perkembangan penyakit tetapi boleh meningkatkan kualiti hidup.

34. Pakar patologi
Seorang doktor yang mengenal pasti sesuatu penyakit dengan meneliti sel-sel dan tisu-tisu di bawah mikroskop.

35. Progesteron
Suatu hormon perempuan.

36. Prognosis
Keputusan atau perkembangan yang mungkin bagi sesuatu penyakit; peluang untuk sembuh atau berulang.

37. Pakar onkologi sinaran
Seorang doktor yang mahir di dalam penggunaan sinaran untuk merawat kanser.

38. Terapi sinaran radiasi
Penggunaan sinaran bertenaga tinggi daripada x-ray, sinaran gamma, neutron dan sumber-sumber lain untuk membunuh sel-sel kanser dan mengecutkan tumor. Sinaran boleh dipancarkan daripada suatu mesin di luar tubuh ( terapi sinaran pancaran luaran) atau bahan-bahan yang dipanggil radio isotop. Radio isotop-radio isotop menghasilkan sinaran dan boleh diletakkan di dalam atau berhampiran tumor atau di dalam kawasan berhampiran sel-sel kanser. Sinaran jenis ini dipanggil terapi sinaran dalaman; sinaran implan, sinaran interstitial atau Brakiterapi. Terapi sinaran sistemik menggunakan suatu bahan radioaktif, seperti suatu antibodi radiolabeled monoclonal yang beredar ke seluruh tubuh. Juga dipanggil radioterapi, irradiasi, dan terapi x-ray.

39. Sel-sel darah merah
Sel-sel yang membawa oksigen ke seluruh bahagian tubuh. Juga dipanggil eritrosit.

40. Remisi
Pengurangan atau hilangnya tanda-tanda dan gejala-gejala. Di dalam remisi separa, sesetengah, tetapi bukan semua, tanda-tanda dan gejala-gejala kanser telah hilang. Di dalam remisi sempurna, kesemua tanda-tanda dan gejala-gejala telah hilang, walaupun mungkin masih ada kanser di dalam tubuh.

41. Kanser sel renal
Kanser yang terbentuk di dalam pengalas tubul-tubul renal yang menapis darah dan menghasilkan kencing.

42. faktor risiko
Apa sahaja yang meningkatkan peluang seseorang mendapat suatu penyakit, termasuk bahan, agen, perubahan genetik, ciri, tabiat atau keadaan.

43. kesan-kesan sampingan
Masalah-masalah yang timbul apabila rawatan menjejaskan tisu-tisu dan organ-organ selain daripada yang sememangnya harus mendapat kesan dari rawatan. Kesan-kesan sampingan rawatan kanser yang biasa ialah lesu, rasa sakit, rasa loya, muntah, kiraan sel darah yang berkurangan, rambut gugur dan sakit mulut.

44. Peringkat
Tahap kanser di dalam tubuh, terutamanya sama ada penyakit ini telah merebak dari tempat asal ke bahagian lain tubuh.

45. Surgeri
Suatu prosedur untuk mengambil keluar atau membaiki suatu bahagian tubuh atau mengesan kehadiran penyakit. Suatu pembedahan.

46. Sistemik
Menjejaskan keseluruhan tubuh.

47. Tisu
Suatu kumpulan atau lapisan sel-sel yang serupa dan bekerja bersama-sama untuk menjalankan fungsi yang tertentu.

48. Karsinoma sel peralihan
Sejenis kanser yang berkembang di dalam pengalas pundi kencing, ureter atau renal pelvis.

49. Tumor
Suatu gumpalan tisu abnormal hasil daripada pembahagian sel yang berlebihan. Tumor tidak melakukan sebarang fungsi tubuh yang berguna. Ia mungkin benigna (tidak berkanser) atau malignan (berkanser).

50. Ultrasonografi
Suatu prosedur di mana gelombang-gelombang bunyi (dipanggil ultrabunyi) dipantulkan daripada tisu-tisu dan gema-gema akan menghasilkan suatu gambar (sonogram).

51. Ureter
Tiub yang membawa kencing dari ginjal ke pundi kencing.

52. Uretra
Tiub yang melaluinya kencing mengalir keluar daripada tubuh. Ia mengosongkan kencing dari pundi kencing.

53. Kencingalisis
Suatu ujian yang menentukan kandungan kencing.

54. Trek kencingari
Organ-organ tubuh yang menghasilkan dan mengeluarkan kencing. Ini termasuk buah pinggang, ureter, pundi kencing, dan uretra.

55. Kencing
Iaitu air kencing, mengandungi air dan bahan-bahan sisa. Kencing dihasilkan oleh ginjal, disimpan di dalam pundi kencing, dan dialirkan keluar melalui uretra.

56. Pakar urologi
Seorang doktor yang pakar di dalam penyakit-penyakit organ-organ kencingari pada wanita dan organ-organ seks pada lelaki.

57. Sel darah putih
Merujuk kepada suatu sel darah yang tidak mengandungi hemoglobin. Sel-sel darah putih termasuk limfosit, neutrofil, eosinopfil, makrofaj, and sel-sel mast. Sel-sel ini dihasilkan oleh sum sum tulang dan membantu tubuh melawan jangkitan dan penyakit-penyakit lain.

58. X-ray
Sejenis sinaran bertenaga tinggi. Di dalam dos-dos yang rendah, x-ray digunakan untuk mendiagnosis penyakit dengan mengambil gambar-gambar bahagian dalam tubuh. Di dalam dos yang tinggi, x-ray digunakan untuk merawat kanser.