INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Jumaat, 2 Julai 2010

MULTIPLE SCLEROSIS



Multiple sclerosis (MS) adalah suatu penyakit di mana saraf dari sistem saraf pusat (otak dan sumsum tulang belakang atau spinal cord) menjadi lemah dan tidak berfungsi dengan sempurna.

Myelin (suatu bahan kompleks), yang menyediakan suatu penutup atau sarung untuk saraf, memperbaiki pengantaran (konduksi) dari impuls-impuls sepanjang sistem saraf dan juga adalah penting untuk memelihara kesihatan dan fungsi saraf.

Ketika seseorang itu mengidap multiple sclerosis, ia boleh menyebabkan myelin menjadi musnah dan hilang. Manakala impuls-impuls eletrik yang berjalan sepanjang sistem saraf menjadi lambat untuk bertindak sehingga menyebabkan sistem saraf menjadi rosak.

Seterusnya, anasir luar seperti suatu virus akan mengubah sistem imun sehingga sistem imun akan menyangka myelin itu sebagai suatu pengganggu lalu menyerangnya. Serangan yang dilakukan oleh sistem imun pada jaringan-jaringan yang seharusnya melindungi sistem imun disebut autoimmunity, dan multiple sclerosis dipercayai adalah suatu penyakit dari autoimmunity tersebut.

Ketika semakin banyak saraf yang lemah dan rosak, seorang seorang pesakit multiple sclerosis akan mengalami suatu gangguan yang progresif pada fungsi-fungsi yang dikawal oleh sistem saraf seperti penglihatan, kemampuan berbicara, berjalan, menulis dan ingatan.

GEJALA MULTIPLE SCLEROSIS

Antara gejala Multiple sclerosis seperti :

1. Gangguan penglihatan mungkin adalah gejala-gejala pertama dari multiple sclerosis. Seorang pengidap MS mungkin mengalami penglihatan yang kabur sehingga menyebabkan kebutaan pada sebelah mata.
2. Kelemahan otot dan sendi.
3. Kekejangan otot, keletihan, hilang deria rasa dan kebas-kebas tubuh.
4. kemungkinan terdapat suatu kehilangan sensasi, kesukaran berbicara, gementar atau sering pening.
5. Konsentrasi yang berkurangan.
6. Lemah dalam ingatan.
7. Ketidakmampuan melakukan tugas secara berturut-turut.
8. Gangguan dalam emosi dan pertimbangan.
9. Tidak dapat mengawal perasaan sedih atau gembira seperti tidak dapat mengawal ketawa atau menangis.

RAWATAN DI PUSAT PERUBATAN HOLISTIK DAN ALTERNATIF

Multiple sclerosis adalah penyakit yang mengakibatkan kerosakan myelin, iaitu pengawal pelindung yang mengelilingi serabut saraf pada sistem saraf pusat.

Ketika myelin mengalami kerosakan, maka ia akan mengganggu penyampaian ‘pesanan’ antara otak dan bahagian-bahagian tubuh lainnya.

Myelin ialah suatu bahan kompleks, dibentuk daripada protein dan fosfolipid yang disusun sebagai satu sarung sekeliling akson beberapa neuron yang dikenali sebagai serat-serat saraf bermielin (bermedula).

Jika serat-serat bermielin ini sudah rosak dan lemah, ia akan menyebabkan sistem imun dan antibodi seseorang itu menjadi lemah atau gagal berfungsi.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan sistem imun dan antibodi seseorang itu menjadi lemah atau gagal berfungsi:

i-Faktor alam sekitar
~Penggunaan bahan kimia dan pengawet di dalam sektor pertanian dan pemakanan.
~Pelbagai radiasi dari pancaran matahari akibat pemusnahan lapisan ozon.
~Pembakaran minyak fosil yang terkandung di dalam ekzos kenderaan.
~Bahan kosmetik yang berasaskan bahan kimia atau mengandungi unsur kimia.

ii-Faktor genetik atau faktor keturunan.


iii-Amalan cara hidup yang tidak sihat.
~Cara hidup yang tidak sihat seperti merokok, alkohol, stress, kurang rehat dan sebagainya.

iv -Faktor Pemakanan yang tidak seimbang.
~Pemakanan seimbang merupakan tabiat memilih makanan yang hendak dimakan dengan tujuan memperbaiki atau mengekalkan kesihatan. Makanan yang seimbang perlu mempunyai karbohidrat, protein, lemak, vitamin, garam galian dan serat dalam kadar yang betul. Ini dapat diperolehi dari buah, sayuran, daging, ikan, susu, bijiran dan lain-lain.
.
v – Kesan Sampingan Rawatan Perubatan.
~Rawatan ubatan yang menggunakan antibiotik, streroid, x-ray, vaksinasi dan seumpamanyasehingga memberi kesan buruk kepada sistem imun.

Di samping itu, senario yang berlaku adalah banyak ubat-ubatan moden yang mempunyai kesan sampingan. Pada masa yang sama, adab dan prosedur rawatan yang diamalkan kebanyakan sistem perubatan moden berasaskan model dari Barat.

Jika kita lihat fenomena yang berlaku di Barat, masyarakat mereka sudah lama menolak perubatan moden. Mereka telah menjadikan sistem perubatan sumber alam seperti herba dan homeopati sebagai kaedah perubatan utama kerana mereka sedar kebanyakan ubat-ubatan yang dihasilkan hanya untuk tujuan komersil semata-mata.

Ini terbukti apabila Jerman mempelopori kaedah perubatan homeopati dan kajian di UK mendapati bahawa kaedah kemoterapi untuk merawat kanser adalah merbahaya.

Biasanya, jika anda disahkan menghidap multiple sclerosis dan ingin membuat rawatan di Kumpulan Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif, kami akan mengambil DNA anda seperti rambut dan air liur bertujuan kami dapat mengkodkan gelombang penyakit yang ada di dalam tubuh anda.
.
Seterusnya, ianya DNA tadi akan dikodkan menjadi gelombang penawar secara automatik lalu ditransferkan ke dalam ubat untuk dimakan 3 kali sehari. Ini bertujuan supaya Perubatan Holistik dapat memperbaiki kerosakan myelin, menguatkan sistem neuron, memperbaiki kerosakan DNA sehingga mampu menstabilkan aliran eletrik di dalam otak.

Pelbagai penawar gelombang elektromagnetik yang dipancarkan ke dalam ubat berbentuk tablet kunyah tersebut sangat halus iaitu 125,000 kali lebih halus dari nano dan 2,500 kali lebih halus dari sel darah sehingga ia dapat menembusi sel-sel otak yang tidak dapat ditembusi oleh ubatan dan herba biasa.

Di samping itu, kami di Pusat Perubatan Holistik akan melakukan terapi Life Auto-nosode menggunakan peralatan elektronik yang dikenali sebagai OPAMP MACHINE, bertujuan memancarkan gelombang penawar elektromagnetik secara langsung ke dalam tubuh pesakit supaya sistem saraf (central nerve system) dapat diaktifkan dan berfungsi secara semulajadi.

Biasanya mereka yang mengidap MS akan mengalami pening kepala dan peluh yang berlebihan ketika mengamalkan Perubatan Holistik.

Ini kerana antara fungsi Perubatan Holistik adalah sebagai scanner yang baik dan sebagai pengurai thrombosis terbaik.

Oleh itu, peluh yang berlebihan adalah kesan Perubatan Holistik yang cuba menyingkirkan toksik, cecair yang dijangkiti kuman di dalam otak pesakit MS.

Anda dikehendaki meminum air sebanyak mungkin supaya memudahkan Perubatan Holistik berfungsi dan aktif dengan efisien.
.
Anda juga dikehendaki membuat rawatan susulan di Kumpulan Perubatan Holistik selama 6 bulan hingga setahun. Ini bertujuan supaya sistem imun dan DNA tubuh pesakit yang menghidap multiple sclerosis benar-benar pulih dari kerosakan.

Untuk rawatan secara online berkaitan penyakit MS dan saraf sila klik di sini.